Follow + Ikhlas = Folas ;)

Bola Handphone


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



" Kau pergi mana tadi Ozil? Ada training ke hari ni? " Tanya Ribery kepada Ozil setelah bertembung di luar pintu masuk Allianz Arena Stadium.

" Eh, mana ada. Hari ni public holiday. Kau lupa ke Ribery? Kenapa, ada masalah apa?" Balas Ozil dengan pantas.

" Oh, betul jugak, lupa pulak. Ye la, aku call kau tadi, asyik mak cik operator tu je yang angkat, letih betul aku, hmm.."

" Bila kau call aku, tak perasan pun..? " Jawab Ozil sambil mengerutkan dahi luasnya.

" Hmm, lepas azan 'Asar tadi la bro. Ingat kau masih kat padang lagi duk training. Baru je nak ajak kau pekena teh tarik kat kedai Mek Joyah kat belakang pintu stadium tu."

" Oh, waktu tu. Patut la pun tak perasan. " Sambil Ozil tersengih kerang.

" Kenapa?" Tanya Ribery dengan terpinga-pinga.

" Sebelum tu, aku nak tanya kau sesuatu. Boleh?"

" Apa ke bendanya pulak ni? Ada hadiah tak kalau jawab soalan kau ni?"

" Ah, merapu la kau. Jawab sudah la soalan aku ni. Nak hadiah pulak, mengada-ngada betul. " Sambil Ozil menggaru hidung yang tak gatal.

" Kau kalau dalam mana-mana match bola, tak kira la masa main liga apa pun hatta world cup sekali pun. Pernah tak kau bawak handphone kau ke dalam padang?" Soal Ozil kepada Ribery untuk menduganya.

" Setakat ni, insya-Allah belum buang tabiat lagi la aku ni. Tak pernah lagi! Gila kau nak buat macam tu. Mau kena hampuk handphone aku dengan referee nanti, free je! Dah nama pun main bola, kenapa nak bawak masuk handphone pulak, hilang fokus pulak nanti!" Ribery membalas sambil membuat muka poyonya.

" So, tak hairan kan aku tak bawak handphone aku masa aku solat berjemaah kat surau kecik tepi stadium tu kan? Betul tak? "

" Laaa, kenapa pulak? " Hairan Ribery separuh mati, kerana tak dapat tangkap apa yang mahu disampaikan oleh kawannya itu.

" Ye la, kalau bawak masuk padang pun tak boleh, inikan pulak aku nak bawak masuk dalam solat. Tak fokus la aku nanti, macam mana nak khusyuk? Khusyuk dalam solat tu kan salah satu sifat mukmin yang berjaya? " Ozil bercakap dengan penuh yakin.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(Al-Mu'minuun 23 : 1-2)


" Hah,  ustaz kita nak ceramah dah.... Tapi, ada betul jugak la apa yang kau cakap tu. Pandai kau ye.. "


" Ceh, aku just nak kongsikan apa yang aku tahu je. Kita kan sesama Islam. Walaupun berbeza team bola, tapi hati kita tetap sama. Mencintai Allah yang esa, mencintai Kekasih-Nya yang mulia. "


""Jangan biar alat memperalat kita. Jangan biar alat meralatkan jiwa kita untuk beribadah kepada-Nya."" ( Muhammad Iqbal, 2012 )




**Kisah ini hanya rekaan semata-mata. Hanya mahu layan jiwa merapu ini sahaja. Mana tahu ada juga manfaat?

Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



Continue Reading (^_^)

Siri 9 : Hening Subuh

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Syukur. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Mata yang letih ditambah pula dihempap 'syaitan-syaitan' subuh. Berat, berat... Sakit melawan dari dalam. Hari-hari memang begitu. Masih di katil. Masih tak mampu lagi untuk ucap doa bangun tidur.

Terlintas laju.

" Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat ISYAK dan SUBUH berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan MERANGKAK."
( H.R Bukhari dan Muslim )

Merangkak. Oh, itu sudah cukup untuk kita bayangkan bahawa pahala kedua-dua solat itu cukup besar ganjarannya. Mahu apa lagi?

Terngiang kalam al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tempoh hari. Ketika kita melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah, seluruh tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan mendoakan kesejahteraan kita. Allah, Allah..

Tumbuh-tumbuhan senantiasa bertasbih memuji Allah, kita?


Bangun bagaikan pendekar. Lawan punya pasal, doa pun kadang-kadang lupa nak baca. Syaitan menang dari sudut itu. Ah!

Muhammad terus ke bilik air. Siap seringkas mungkin, as simple as usual. Padanya, perkara mudah tak perlulah dibuat payah, just do it simply. Dah lambat, lepas tu buat complicated pulak, memang lambat la jawabnya. Terlepas banyak perkara. Rugi!

Jam sudah 5.35 a.m. Dah lewat sangat ni. Lewat 5 minit. Masbuklah gamaknya. Jarak ke tempat yang dituju bukanlah dekat sangat. Seperti kebiasaan lewat, kaki secara automatik pantas berlari selepas keluar daripada rumah. Berlari walau berjubah putih. Subuh subuh ni bukan ada orang duk usha sangat pun.

Berlari sampai letih. Sambung berjalan kaki. Bahang winter masih jelas terasa walau sudah pakai sweater paling tebal.

Kenapa pergi ke masjid tu sedangkan banyak lagi masjid lain? Masjid tu special bro. Ada Syeikh mengajar kitab Muwatta' lepas subuh. Bukan lama pun. Paling lama pun lebih kurang 10 minit sahaja. Itu sahajalah masa yang paling ideal untuk belajar agama. Masa lain sibuk gila kot, tak sempat! Tahu la pelajar medik, baca buku saja memanjang.

Ya, bi tau'an au karhan, suka atau benci, itu amanah. Amanah daripada penaja, amanah daripada ibu bapa. Jangan lupa aulawiyat.

Kalau 10 minit pun takut nak luangkan untuk belajar ilmu agama, beratlah tu. Kamu itu di Mesir. Yakin sahaja, Allah pasti membalas kita dengan keberkatan masa pada waktu-waktu kita yang lain.

Cari la perkara-perkara yang kita sukar dapat di Malaysia. Apa? Antaranya, belajar dengan para Masyaikh. Besar berkatnya insya-Allah!

Sesungguhnya, apabila berfikir soal amanah, laptop pun takut hendak dibuka. Hanya memikirkan soal buku dan ilmu sahaja. Takut sangat!


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzaab 33:72)



Jangan tidur.

Tidur lepas subuh. Tidur lepas asar. Kedua-dua waktu prima untuk tidur, terutamanya lepas subuh. Ianya juga  waktu mega untuk ayah Muhammad jika ada dalam kalangan anak-anaknya tidur dalam waktu tersebut.

'Buatlah apa sahaja yang tak dilarang syara' pada waktu itu, kecuali tidur!' Itu yang selalu ayahnya cakapkan.

Carilah satu atau lebih amalan untuk dibuat selepas subuh, tak kisah walaupun ianya hanyalah amalan kecil. Janji istiqamah, itu yang signifikan!

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, 
"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". 
(HR Bukhari dan Muslim)

Hening-hening subuh. Doakan berada dalam ahli jemaah subuh. Itu bukan satu kejelikan, tapi satu kekuatan!

" Masakan kita punya cita-cita besar untuk bangunkan Islam, tapi diri sendiri tak berupaya untuk bangun subuh berjemaah."

Paksa diri. Cari kelebihan-kelebihan solat subuh berjemaah. Usah risau soal ikhlas atau tidak setelah memaksa diri. Kerana, keikhlasan itu datang bermula apabila kita selalu praktiskan.


Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal.
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


Continue Reading (^_^)

Buang 'Tidak Pedulisme'. Cakna Dunia Islam.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kuliah kembali bermula. Kembali meneguk ilmu diperlembahan Nil ini. Kembali sibuk dengan segala ilmu. Mohon ada keberkatan masa di situ.

[ kredit ]


Syria

Saya menyepi di alam blog ini tidak bermakna saya tak cakna dengan isu-isu besar sebegini. Sesungguhnya, itulah bukan sifat seorang mukmin. Tidak hirau langsung saudara-saudaranya.

Saya tidak akan mengulas isu ini dengan terperinci. Hanya meninggalkan sedikit kalam pemuka buat semua. Saya sedar, masih ramai yang ada sikap 'tidak pedulisme'. Serius, masih ramai!

Nabi S.A.W bersabda, 
“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)
Kini, sudah ramai yang terkorban. Allah..


Ya, kita mungkin kurang mampu tolong secara zahir, tapi insya-Allah semua orang mampu untuk tolong melalui cara lain. Banyak lagi sebenarnya. Sekurang-kurangnya kita mampu utuskan doa kudus kita buat saudara-saudara kita di sana. Mudah sahaja. Setiap kali selepas solat pun boleh buat.

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Doa qunut nazilah boleh dilakukan pada setiap solat baik Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Insyak. Tangan diangkat sewaktu berdoa dan boleh mengaminkan bacaan sang Imam dengan suara yang kuat menurut pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Berdoalah untuk umat Islam di Syiria, Palestin dan seluruh dunia yang sedang tertindas. Sama ada kita membacanya dalam solat sebagai imam atau berusaha memujuk imam di tempat kita supaya membacakannya. Itulah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim!



Usahlah berpeluk tubuh lagi. Mahu tunggu apa? Tunggu bom Israel jatuh di hadapan anda baru mahu ambil peduli hal orang-orang Islam?

Paling tidak pun, baca la info-info tentang saudara-saudara kita ni. Zaman sekarang ni mudah, klik saja. Tak payah pergi kedai beli surat khabar pun tak apa.

Nah, saya sediakan link menarik mengenai Syria. 

Dari facebook : 


Blog :










Mungkin ini sahaja yang saya mampu lakukan melalui blog ini. Moga ada manfaat buat anda semua. 


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


Continue Reading (^_^)

Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Bangun pagi. Doa dibaca. Istighfar dan selawat buat Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengiringi. Tangan kanan pantas merayap mencari handphone. Nak tengok pukul berapa. Sepet menahan cahaya keras si E71.

Entah bagaimana, terperasan tarikh hari ini. Selalu tak terperasan pun. Ada sesuatu yang istimewa dengan tarikh itu.

1 Februari.

Tiada lain yang difikir. Laju saja tangan ini mencari New Message. Saya dan mama berkongsi bulan kelahiran yang sama. Oh, terlupa, adik saya si Danish comei jugak berkongsi sekali. Itu membentuk bond yang sangat kuat di antara kami.

Selalunya, sejak kecil lagi, apabila tiba 1 Februari, ayah akan katakan sesuatu buat kami adik beradik. Bila pagi menjelang, itulah yang ayah suruh.

" Haa, hari ni hari jadi mama, pi sayang mama cepat."

Berderu kami berlari ke mama. Berebut mencium pipi mama dan bersalam. Sangat excited!

Pulang dari sekolah, kami beli coklat dekat mama. Hari ibu pun kami buat macam tu. Bersaing hadiah siapa paling hebat buat sang ibu. Saya beli banyak-banyak coklat hasil duit poket harian untuk ke sekolah. 50 hingga 70 sen puratanya hariannya. Bila bagi kat mama, mama hanya makan sebiji dua sahaja. Yang lain diberikan kembali kepada anak-anaknya. Saat itu saya tak faham kenapa mama buat macam tu. Kini ku mengerti. Oh mulianya mama.

Panas pipiku disimbah air mata pabila mengenang semua ini.

Sejak tinggal di asrama, semua itu semakin sukar. Semakin pudar. 5 tahun tinggal di asrama. Jauh sedikit dengan mereka. Kadang-kadang lupa hari-hari penting sebegini. Namun, ku 'qadha' ucapan itu selepas beberapa hari. Rasa bersalah.

Bila habis SPM, duduk sahaja di rumah. Bekerja pun tidak terlalu berat. Roh dahulu kembali datang. Hari-hari terpenting sebegitu disambut meriah. Bersama lebih ramai adik-adikku. Sangat seronok!


Cairo, 1 Februari 2012.

Ku rindui untuk melayangkan ciumanku ke pipi lembutmu mama. Seperti selalu. Andai mahu diukur cinta dan rinduku buat mu, tak cukup dengan aksara-aksara ini. Namun tak berdaya, hanya SMS sahaja yang aku mampu layangkan buatmu. Tak kira semahal mana pun, aku tetap akan hantar. Habis duit untuk berbuat baik kepada ibu bapa sangat besar nilainya di sisi Allah. Jangan kedekut!

Salam. Selamat hari lahir mama. Anakandamu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Terima kasih atas segalanaya. Moga sihat-sihat selalu. Moga dipanjangkan lagi usiamu dan hidup sentiasa dalam redha-Nya. Salam rindu anakmu dari perantauan (^_^). Sekali lagi mengalir air mata ;(

Dalam hati mengharap dan membayangkan, moga mama tersenyum membaca mesej ini.

Terima kasih banyak atas ingatan anakanda.

Tersenyum. Arus air laju berderai di pipi. Membalas kembali.

Sama-sama. Tiada yang bernilai buat anakanda selepas Allah dan Rasulullah melainkan mama dan ayah yang tercinta. Harta yang tak ternilai dengan yang lain.

"Tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain."
(HR Bukhari dan Muslim)

Infinity loves to you mama! Miss you.

Tidak hairan jika kita sayang ibu kita melebihi manusia lain. Kerana kita telah bersama ibu kita melebihi 9 bulan daripada ayah kita.

Jangan lupakan mereka. Sayangi mereka. Tonjolkan rasa sayang anda dengan cara yang anda mampu.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14)


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”  
( Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654 )



“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” 



Belajar embryology menambahkan rasa sayang saya kepada mama. Bila memasak juga akan buatkan saya ingat dan sayang kepada mama.

Salam sayang daripada anakmu!




Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.






Continue Reading (^_^)

Action Potential For Excitation :)

 
ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal © 2012 | Blogged by Muhammad Iqbal, in collaboration with ibnuDDin Download