5/14/12

Aktif


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Hari-hari ingat mati. Ingat matinya hati, ingat matinya hakiki. Agar tak terlalu leka dek sebarang ilusi dunia yang menyebabkan ditangisi kelak nanti di negeri abadi.

Menyubur terus tarbiyah hati daripada Sang Ilahi. Oh indah, andai hati sudah dipeluk-Nya.

" Aku rasa, musim exam ni, baik hang deactivate sat facebook hang." 

" Erk, elok jugak tu. Kalau hang rasa itu antara solusi terbaik bagi aku, apa salahnya kan. Aku ni kadang-kadang terperangkap jugak dengan 'penjara' facebook ni."


" Bukan apa, aku takut hang tak dapat tumpu ja study untuk final exam ni. Banyak gila kot. Nak cover semua tu bukan senang. Alah, untuk musim exam ni ja, sat ja. Aku yakin hang boleh. Aku nasihat ja, terpulang la nak buat ka dak."


" Terima kasih. Aku suka jenis kawan macam hang, sebab mampu tegur aku. Aku kadang-kadang hairan, kenapa la tak ramai yang berani nak tegur aku. Padahal, aku rasa aku banyak ja buat salah. Hmm."

Deactivate facebook insya-Allah boleh saja buat. Tapi, untuk deactivate mode menulis, kurang boleh sikit. Bukan apa, mode menulis bukannya sentiasa aktif pun, sekejap datang sekejap pergi.

Jalan juang bukan mudah. Sekali sudah terjebak, terus berjuang hingga akhir. Tiada sakit itu bukan adat berjuang.


Luah Si Perindu.

13 Mei. Oh hampir terlupa, hari ibu. Minggu kedua setelah mei menjelang. Mesej berjela-jela terus dihantar sambil menghirup mi sup lebihan breakfast pagi tadi.

Masih tak puas. Pantas mencapai laptop 17 inci untuk terus telefon melalui internet.

" Assalamualaikum, mama apa khabaq? Sihat ka?"


" Alhamdulilah, sihat ja.."


" Mama, selamat hari ibu....! "


Terbayang mama tersenyum cute sambil meriba adik Danish di riba.


" Awat mesej panjang sangat, jenuh nak baca."


" Biasa la mama, tak dak apa pun, saja ja."

Tak pandai sangat berkata-kata, jadi aku simpulkan rasa yang terpendam dengan aksara-aksara sahaja. Moga rasa sayang buat insan yang mulia yang mengenali aku 9 bulan lebih awal daripada orang lain ini, sampai ke benak hatinya. Selepas Allah dan Rasulullah, tiada yang lain, mama dan ayah sahajalah di hatiku.


Suram

Pagi nan suram, muram. Subuh yang terlalu awal, meletihkan sedikit, memengantukkan. Usaikan kelas akhir Muwatta'.

 Lagu mula berdendang dari speaker baharu, memenuhi fitrah insan yang suka hiburan. Tidur-tidur ayam sebentar.

Beberapa minit berlalu. Opick, Maha Penyayang menerjah lowongan udara. Indah. Melayan sambil mengutip jemuran semalam di penyidai, penuh debu.


Engkau Allah yang pengasih, Engkau Allah yang penyayang
Engkau Allah di tangan-Mu segala kuasa kejadian
Ampunilah ampunilah segala dosa kesalahan
Terangilah terangilah bimbing ke jalan yang benar

Engkau Allah yang pemurah, Engkau Allah yang dermawan
Engkau Allah di tangan-Mu segala rahmat pertolongan
Padamulah digantungkan segala harap keselamatan
Lindungilah kami semua wahai sang penguasa alam

Engkau Allah Engkau Allah yang pengasih dan penyayang
Ampunilah ampunilah semua dosa
Engkau Allah Engkau Allah yang pemurah dan dermawan
Lindungilah lindungilah kami semua

Engkau Allah Engkau Allah yang pengasih dan penyayang
Ampunilah ampunilah segala dosa
Engkau Allah Engkau Allah yang pemurah dan dermawan
Lindungilah selamatkan kami semua

Engkau Allah, Engkau Allah, Engkau Allah, Engkau Allah
Engkau Allah yang pengasih, Engkau Allah yang penyayang
Engkau Allah di tangan-Mu segala rahmat pertolongan.



Lirik yang indah. Sayu mengenang khilaf.

Mohon diberi kekuatan untuk hadapi rencah hidup yang kian mencabar.





Wallahua'lam 



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.




6 comments:

  1. semoga mnjadi ank yg soleh..ouh ye,,mesir sgt2 ler seronok duk situ..teringin nk g lg cairo..:)

    ReplyDelete
  2. oooo patut laa xdak dia kat fb..skali dgn page pun jadi kosong..hahah

    xpa2 lpas2 ni actv balik =p

    ReplyDelete
  3. apesal cerita kita macam sama? subuh penat, semalam 13 may skype ramai2, harini macam suram.

    kecuali tang fb.

    btw, ma3annagah, moga Allah permudahkan selalu urusan.

    ReplyDelete
  4. @ Kaisara :

    insya-Allah, memang seronok pun kat sini :)

    @ Abg Yui :

    hehehe. Insya-Allah :)


    @Zida :

    sebenaqnya tak penat mana pun kalau tidoq awai, haha. Ok ja kan.

    Kalau cuaca fb saya tak tau, sedang 'puasa' fb.

    Seronok la skype ramai-ramai.

    Insya-Allah, wa iyyak .

    ReplyDelete
  5. begitulah adat orang mencari ilmu.semoga diberi kekuatan..
    ms dulu ana nk deactivate fb,antara faktornya samalah mcm anta.tgk2 sampaike la ni tak activekan balik.hehe.tak pelah.selesa pulak begini.. :)
    p/s: sgt suka lagu opick ^^

    ReplyDelete
  6. @ Nani :

    Ya, begitulah adatnya. Tak dapat elak lagi.

    Insya-Allah, segala kekuatan puncanya daripada Allah juga.

    Oh ya ka, patut la tak jumpa *opsss*

    Insya-Allah, rasa macam nak 'puasa' fb ni lama sikit kali ni, rasa tenang pulak, kan?

    Tapi tu lah, duk kat luar negara ni kadang-kadang penting jugak fb ni nak tau perihal saudara-saudara lain, hihi.

    # Juga sukakan lagu-lagunya! ^_^

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter