4/24/12

Siri 11 : Cebisan Kain

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Berjalan-jalan dalam rumah sendiri. Letih mengadap buku saja, penat. Macam-macam ragam. Melihat kemeriahan bilik sebelah, Muhammad masuk tanpa ragu-ragu, meriah sungguh!

" Haii, meriah sungguh depa sembang, ni mesti ada isu best ni.." Muhammad menyelah dalam kemeriahan.

" Haa, biasa la kita, kalau isu nikah menikah ni memang riuh sungguh la.." Ammar menjawab dengan selamba sambil meneruskan kemeriahan.

Ustaz Najmi sibuk memotong kain aneka warna. Cantik, petak-petak patern coraknya. Ustaz Naim dan Ustaz Zaki masing-masing berborak mesra antara mereka. Mesra sungguh, ikatan usrah 'natural' memang tak dapat dinafikan lagi.

" Akh Najmi, enta beli kat mana kain-kain semua ni, cantik!" Muhammad mula bertanya.

" Ermm, alaa dekat ja dengan Darrasah, murah murah ja." Ustaz Najmi menjawab sambil menguntum senyuman.

" Ni duk gunting-gunting letak dalam kotak ni nak pos pergi mana ni, hantar kat bakal zaujah ka akh?" Sakat Muhammad.

" Aish, mana ada, saja la nak pos kat mak dengan adik perempuan ana, depa ada tempah hari tu, ni baru sempat nak beli tadi. Nak bungkus elok-elok, lepas tu boleh la pos terus ke Malaysia, rindu pulak kat depa." Terang Ustaz Najmi menyergah wajah ketenangan.

" Oh, ya ka, bagus la macam tu. Sejuk perut mak enta mengandungkan enta." Puji Muhammad kepada Ustaz Najmi.

Muhammad diam. Jauh di sudut hatinya, jauh fikirannya melayang.

" Agak-agak, boleh ka aku pos benda-benda macam tu. Kain-kain macam tu memang sah la orang buat tudung labuh. Tapi...... Wujudkah ahli-ahli keluargaku yang pakai tudung-tudung labuh ni, semuanya singkat semacam saja. Kalau ada pun hanya tok saja yang pakai tudung labuh ni. " Panjang dengusan hati Muhammad.

"Insya-Allah, moga-moga ada la nanti yang bertukar 'fesyen' tudung dalam keluarga. Atau, mungkin moga-moga peneman hidup juga jenis yang 'labuh-labuh' jugak. Sejuk di hati, sejuk di dunia, sejuk di akhirat."


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Ahzaab 33:59)


Penuh harapan di dadanya. Walau agak tinggi, namun tiada yang mustahil dengan kuasa dan hidayah Allah Subhanalla Ta'ala.

Sangat berharap, melayut harapan.

Berjalan kembali ke biliknya. Buka buku. Bertenang sebentar, mula ucap tama dengan sepatah dua doa dan selawat buat manusia yang paling dia cintai. Sambung study kembali dengan tenang.



Nota :

Darrasah = Universiti al-Azhar

Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypyt.


10 comments:

  1. shawl arab besaq lagi drpd yg msia punya.. kiranya klu nak buat bg labuh tu boleh la =p

    wlupun sbnarnya kami xtaw kain apa yg diceritakan sbnarnya..hehe

    ReplyDelete
  2. Terkesan.

    Cuba nak labuhkan kain sendiri sebelum kain labuh kafan putih melabuhkan diri ini.

    insya Allah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum iqbal,lama tak mai ziarah blog ni.thnks for the wish btw.igt lagi no.. :) sori lmbat bls hehe.skrang ana dh hbis asasi.cuti lama ni baru ada ms nak bukak laptop.nway,nice post.teringat kat abg ana.time dia blaja kat jordan dulu pun mcm ni jgk la ;)

    ReplyDelete
  4. Hikaru Yui :

    shawl arab tak style mana pun :p

    Ala, kain tudung la :)

    ReplyDelete
  5. Sidratul Muntaha :

    Turut terkesan. Masih belum berkira-kira mengukur kain kafan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Yad :

    Allah, Allah, Ya Rasullullah.

    Rindu hampa :)

    ReplyDelete
  7. Nani :

    W'slm.

    Ahlan, ahlan.

    Hihi, jangan marah. Raasanya, ana tak ingat birthday orang perempuan lain selain enti. Mungkin sebab dekat dengan hari lahir ana kot.

    Bagus la dah cuti, gunalah dengan sebaik mungkin. Takut banyak bazir masa kalau tak rancang betul-betul.

    Kat jordan pun orang selalu pos kain tudung jugak ka?

    (^_^)

    ReplyDelete
  8. kain yang mahal ialah kain yang menutup aurat ^_^

    ReplyDelete
  9. Syafawani :

    Ya, tak perlu cantik terang benderang sangat, itu lebih baik untuk akhawat. Asalkan lengkap menutup aurat mengikut syariat :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter