3/26/12

Siri 10 : Tak Nampak.


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ah, dah lama rupanya Muhammad tak ke majlis ilmu agama. Hampir 4 hari. Rasa kosong. Memang kalau dah terlekat, lekatlah juga. Andai sudah menggigit kemanisan itu, rasa bagai mahu terus menelannya.

Ramai yang sangkakan majlis ilmu itu hanyalah kuliah-kuliah agama yang membincangkan soal Islam. Tapi, hakikatnya sungguh luas. Tak sedarkah kita yang menghadiri kuliah di universiti itu pun majlis ilmu. Tak kiralah belajar medik atau apa sahaja, ia tetap majlis ilmu. Ilmu Allah itu sungguh luas.

Pengajaran hanya kira-kira 10 minit, tetapi istiqamah setiap hari Syeikh mengajar selepas solat subuh. Sangat kagum. Bukan mudah mahu istiqamah jika segan bermujahadah.

Waktu hari-hari yang tidak cuti, hanya kuliah ini yang mampu diikuti Muhammad. Jujur, memang tak sempat pergi majlis ilmu agama lain. Buku bertambun di atas meja siapa nak baca?

Kelas seketika itu berakhir. Menuju kepada syeikh untuk bersalaman, moga berkat segala ilmu. Menatap wajah sang ulama' sungguh menenangkan. Undescribable. Tenang hati.

Hidup ini kadang-kadang perlu serabut, supaya kita tahu menyusun untuk kemas kembali keserabutan itu. Hidup ini perlu juga untuk down untuk kita tahu betapa peritnya down itu. Hidup ini perlu juga untuk berduka, supaya tak kita lupa kita bernah berduka saat kita bersuka-suka.

Berjalan keluar dari masjid. Jalan perlahan-lahan. Sengaja. Kitab dipeluk kemas di dada. Berseorang di jalanan pagi-pagi begitu buat diri Muhammad rasa kerdil berdiri di bumi Allah, rasa itu menyelinap masuk tanpa diundang. Rasa begitu rendah...


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37)


Dalam perjalanan balik ke rumah, cari balik kekuatan. Fikirkan apa yang akan dibuat hari ini. Adakah hanya sama dengan semalam, atau lebih bagus daripada itu. Kalau semalam down, tak akan tak mahu up balik hari ini. Tiada siapa yang nak tarik kamu untuk up, kamulah orang pertama yang perlu usaha untuk up kembali diri kamu. Hidup di perantauan begitulah adatnya. Perlu kuat.

Terkumat-kamit membaca poyongan ayat-ayat al-Quran yang menjadi amalan hariannya. Selawat buat insan mulia, insan agung yang menduduki tempat kedua di hati selepas Allah Ta'ala. Sungguh menenangkan, kembali menguatkan yang hampir roboh.

Sedarkah kita, apa yang menjadi penyebab kita down atau lemah. Kerana saat yang buat kita jadi down itu, keyakinan kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita berkurang. Kita jadi lupa kepada-Nya seketika saat itu. Kita jadi lupa bahawa Dia lah yang akan menunjukkan segala hikmah terhadap apa yang kita lalui tika itu. Ya, sang hikmah. Di sebabkan kita tak nampak apa hikmah yang bakal ditunjukkan Allah Ta'ala, kita jadi lemah, kita jadi down.

Tatkala sang hikmah menjelma, kita terubat. Terubat segala duka yang melanda.

" Ooo, ini rupanya hikmah terhadap apa yang berlaku kepadaku selama ini...."

Bersabar sebentar. Menggertap gigi, tahan segalanya buat seketika. Menunggu sang hikmah yang tak nampak itu, dinampakkan, hilang hijabnya. Moga segalanya cerah kembali, up kembali.



عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Rasulullahi sallallahu a'laihi wasalam telah bersabda : Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.

( Hadis Riwayat Muslim )






Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


2 comments:

  1. "Ramai yang sangkakan majlis ilmu itu hanyalah kuliah-kuliah agama yang membincangkan soal Islam. Tapi, hakikatnya sungguh luas. Tak sedarkah kita yang menghadiri kuliah di universiti itu pun majlis ilmu. Tak kiralah belajar medik atau apa sahaja, ia tetap majlis ilmu. Ilmu Allah itu sungguh luas."

    Well said Iqbal.Sangat setuju. Sebab itu ada juga yg ponteng kuliah,sebab mereka tak 'nampak' malaikat2 yang turut sama hadir.

    ReplyDelete
  2. Wafi :

    ya, betul!

    Tahniah, enta cekap menangkap apa yang ingin ana sampaikan =)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter