Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Sungguh pantas masa berlalu. Jika duhulu saya yang memohon biasiswa itu dan ini,  tapi kini giliran adik-adik lain pula sibuk untuk memohon segala macam biasiswa. Sungguh pantas segalanya.


Jika dahulu, niat utama saya untuk memohon biasiswa ialah untuk tidak mahu lagi menyusahkan ibu bapa dalam menampung kos pengajian saya. Jujur, itulah niat utama saya.  Saya rasa kasihan melihat mereka membanting tulang untuk anak-anak mereka. Saya apply apa sahaja yang boleh saya apply.Sepadan dengan result ciput saya. Alhamdulillah, apabila ada niat yang murni, insya-Allah Allah akan bantu kita.


Kepada adik-adik, tahniah kepada yang berjaya, dan buat yang gagal, jangan biarkan anda gagal buat selama-lamanya. SPM bukanlah sebuah pengakhiran hidup.


Oh ya, alhamdulillah, saya merupakan pelajar tajaan Jabatan Zakat Negeri Kedah ( JZNK ) dalam bidang Perubatan. Oleh itu, saya mempelawa adik-adik sekalian untuk apply biasiswa ni. Bagi saya, apply saja apa yang ada, sebab kita tak tahu yang mana satu rezeki kita.



TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN DALAM BIDANG PERUBATAN TAHUN 2012


Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara (universiti-universiti di Mesir).


[ KELAYAKAN MEMOHON ]


1. Islam;


2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;


3. Pelajar untuk tahun pertama pengajian;


4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak;dan


5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sahaja daripada aliran sains  dengan
memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam semua matapelajaran termasuk Bahasa Arab.


[ DOWNLOAD DAN PRINT BORANG DI BAWAH ] :-


> BORANG PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN DALAM BIDANG PERUBATAN <
> BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN <


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 APRIL 2012   [Sumber]




Buat yang berminat, boleh la apply cepat-cepat, sebelum tarikh permohonan tamat. Moga anda semua berjaya.


Wang zakat, wang berkat, tanpa diragui. Kalau nak gunakan pun perlu fikir banyak kali. Itu duit ummah, bukan hanya untuk dijamah. Segalanya amanah. Amanah ibu bapa dan paling besar amanah ummah!


# Pengalaman Temuduga Zakat Kedah

# Qiblat Ilmu

# Belajar Bahasa Arab Ammi Mesir 


Q&A : Menyambung Medik di Mesir atau Jordan


Wallahua'alam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egpyt.



5 Nasihat & Komen:

  1. bagus2 nnti klu ada org tanya aku bg link ni la terus..hehe

    ReplyDelete
  2. salam,1 prkongsian yg menarik,,terima kasih krna sudi jwb soalan2 sy.tp malangnya ia terhad utk perubatan shja,dan minat sy lbih ke bdg frmasi..apa2pon terima kasih krna sudi membantu.

    ReplyDelete
  3. da tak link permohonan biasiswa zakat utk pengajian islam?

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top