2/1/12

Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Bangun pagi. Doa dibaca. Istighfar dan selawat buat Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengiringi. Tangan kanan pantas merayap mencari handphone. Nak tengok pukul berapa. Sepet menahan cahaya keras si E71.

Entah bagaimana, terperasan tarikh hari ini. Selalu tak terperasan pun. Ada sesuatu yang istimewa dengan tarikh itu.

1 Februari.

Tiada lain yang difikir. Laju saja tangan ini mencari New Message. Saya dan mama berkongsi bulan kelahiran yang sama. Oh, terlupa, adik saya si Danish comei jugak berkongsi sekali. Itu membentuk bond yang sangat kuat di antara kami.

Selalunya, sejak kecil lagi, apabila tiba 1 Februari, ayah akan katakan sesuatu buat kami adik beradik. Bila pagi menjelang, itulah yang ayah suruh.

" Haa, hari ni hari jadi mama, pi sayang mama cepat."

Berderu kami berlari ke mama. Berebut mencium pipi mama dan bersalam. Sangat excited!

Pulang dari sekolah, kami beli coklat dekat mama. Hari ibu pun kami buat macam tu. Bersaing hadiah siapa paling hebat buat sang ibu. Saya beli banyak-banyak coklat hasil duit poket harian untuk ke sekolah. 50 hingga 70 sen puratanya hariannya. Bila bagi kat mama, mama hanya makan sebiji dua sahaja. Yang lain diberikan kembali kepada anak-anaknya. Saat itu saya tak faham kenapa mama buat macam tu. Kini ku mengerti. Oh mulianya mama.

Panas pipiku disimbah air mata pabila mengenang semua ini.

Sejak tinggal di asrama, semua itu semakin sukar. Semakin pudar. 5 tahun tinggal di asrama. Jauh sedikit dengan mereka. Kadang-kadang lupa hari-hari penting sebegini. Namun, ku 'qadha' ucapan itu selepas beberapa hari. Rasa bersalah.

Bila habis SPM, duduk sahaja di rumah. Bekerja pun tidak terlalu berat. Roh dahulu kembali datang. Hari-hari terpenting sebegitu disambut meriah. Bersama lebih ramai adik-adikku. Sangat seronok!


Cairo, 1 Februari 2012.

Ku rindui untuk melayangkan ciumanku ke pipi lembutmu mama. Seperti selalu. Andai mahu diukur cinta dan rinduku buat mu, tak cukup dengan aksara-aksara ini. Namun tak berdaya, hanya SMS sahaja yang aku mampu layangkan buatmu. Tak kira semahal mana pun, aku tetap akan hantar. Habis duit untuk berbuat baik kepada ibu bapa sangat besar nilainya di sisi Allah. Jangan kedekut!

Salam. Selamat hari lahir mama. Anakandamu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Terima kasih atas segalanaya. Moga sihat-sihat selalu. Moga dipanjangkan lagi usiamu dan hidup sentiasa dalam redha-Nya. Salam rindu anakmu dari perantauan (^_^). Sekali lagi mengalir air mata ;(

Dalam hati mengharap dan membayangkan, moga mama tersenyum membaca mesej ini.

Terima kasih banyak atas ingatan anakanda.

Tersenyum. Arus air laju berderai di pipi. Membalas kembali.

Sama-sama. Tiada yang bernilai buat anakanda selepas Allah dan Rasulullah melainkan mama dan ayah yang tercinta. Harta yang tak ternilai dengan yang lain.

"Tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain."
(HR Bukhari dan Muslim)

Infinity loves to you mama! Miss you.

Tidak hairan jika kita sayang ibu kita melebihi manusia lain. Kerana kita telah bersama ibu kita melebihi 9 bulan daripada ayah kita.

Jangan lupakan mereka. Sayangi mereka. Tonjolkan rasa sayang anda dengan cara yang anda mampu.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14)


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”  
( Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654 )



“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” 



Belajar embryology menambahkan rasa sayang saya kepada mama. Bila memasak juga akan buatkan saya ingat dan sayang kepada mama.

Salam sayang daripada anakmu!




Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.






14 comments:

  1. رضى الله في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين

    Terjemahan: Redha Allah adalah pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murka ibu bapa


    Takhrij:

    Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh al-Tirmizi dalam al-Jami' al-Mukhtasar (no. 1899), Ibn Hibban dalam al-Taqasim wa al-Anwa' (no. 429), al-Hakim dalam al-Mustadrak (no. 4/151-152), kesemuanya dari jalur Khalid bin al-Harith dari Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru dari Nabi SAW secara marfu'.

    Juga dikeluarkan al-Tirmizi (dalam komentar no. 1899) dari jalur Muhammad bin Basyar dari Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru secara Mauquf sebagai kata-kata `Abdullah ibn `Amru.

    Sesetengah lafaz menyebut (الرَّبِّ - Tuhan) menggantikan perkataan (الله - Allah).


    Dan berkata Imam al-Tirmizi sejurus saja beliau mengeluarkan (meriwayatkan) hadith ini dalam kitabnya al-Jami' al-Mukhtasar :

    حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو نَحْوَهُ وَلَمْ يَرْفَعْهُ وَهَذَا أَصَحُّ ... وَهَكَذَا رَوَى أَصْحَابُ شُعْبَةَ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو مَوْقُوفًا وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ غَيْرَ خَالِدِ بْنِ الْحَارِثِ

    Terjemahan: "telah menceritakan kami Muhammad bin Basyar dari Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru semisalnya (iaitu hadith yang sama seperti yang diriwayatkan Khalid bin al-Harith) dan beliau (iaitu Muhammad bin Basyar) tidak meriwayatkannya secara Marfu' (tetapi Mauquf sahaja) dan riwayat yang Mauquf inilah yang tepat, ...dan hadith ini diriwayatkan oleh anak-anak murid Syu'bah yang lainnya dari Syu'bah dari Ya'la dari `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah bin `Amru secara Mauquf sebagai kata-kata `Abdullah bin `Amru sahaja, dan tidaklah diketahui seorangpun dari kalangan murid-murid Syu'bah yang meriwayatkan hadith ini daripada Syu'bah secara Marfu' selain Khalid bin al-Harith sahaja" (al-Jami' al-Mukhtasar, komentar hadith no. 1899).


    ia bukan hadith, hanya kata-kata sahabah ( `Abdullah ibn `Amru sahaja), namun secara fiqh nya adalah benar :), secara hadith nya tidak, wallahua'lam

    semoga berjaya di Mesir, amin :)

    jemput ke blog

    ReplyDelete
  2. Ad-dien : jazakallahukhair syeikh. Insya-Allah saya akan check balik dengan lebih teliti :)

    ReplyDelete
  3. afwan wa la baksa..sama-sama sahabat blogger, mana yang kurtang sama-sama diisi..jemput ke blog saya untuk menambah ilmu, join forum dan berkongsi ilmu anda juga ya iqbal :)

    ReplyDelete
  4. alahai..so sweet..^^

    sanah helwah utk mama Iqbal :)

    ReplyDelete
  5. sanah helwah ya diucpakan.. moga panjang umur

    ReplyDelete
  6. asif jiddan ya sahabah, sebab ana tak waish bday ya..namun mendoakan agar sejahtera ke atas ibu dan ayahmu..

    moga Allah memuliakan mereka dan kamu sekeluarga, Allahu yubariku fik, amin

    ReplyDelete
  7. memanggil mak dgn panggilan mama sgt sweet...hhehe

    ReplyDelete
  8. sanah helwa buat enta,mama enta dan adik enta..manisnya berkongsi tarikh kelahiran yang sama.. ^^ selamat datang esok ke iskandariah..hehe

    ReplyDelete
  9. aD-Dien :

    insya-Allah, jazakallahukahir :)


    Kak nazihah :

    syukran :)


    Muaz fais :

    Syukran :)

    ReplyDelete
  10. ad-Dien :

    tak mengapa, terima kasih la bayak-banyak :)


    Yui92 :

    haa, tau tak pa. Nak membentuk anak-anak yang sweet macam tu la kan, hihi :p


    acap pie :

    jazakallahukhair, tapi ada kesalahfahaman sikit. Kami bertiga hanya berkongsi 'bulan' kelahiran sahaja. Bukan 'tarikh' kelahiran. Jelas?

    Syukran (^_^)

    ReplyDelete
  11. sanah helwa untuk beliau.yang istimewa tetap ibu dan ayah,kan:)

    ReplyDelete
  12. Healer :

    ya,terlalu istimewa!jazakallahukhair :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... masih punya ibu untuk disayangi, masih punya waktu untuk berbakti. Syukur atas limpah-Nya mengurniakan kasih sayang kepada anda (dan mereka).

    http://www.youtube.com/watch?v=ze3xLCWSvwc

    ReplyDelete
  14. ibu lah segala-galanyer...tiada tnding nyer kn..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter