1/13/12

Siri 7 : Berdapur

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sambungan daripada : [Siri 1][Siri 2][Siri 3][Siri 4][Siri 5] [ Siri 6 ]


Hari ahad. Hanya hari biasa suatu ketika dahulu. Hari permulaan minggu persekolahan. Kini jadi hari permulaan minggu kuliah. Di sebalik kesibukan belajar, ada saja tugas 'formal' di rumah.

" Hayyu Sabi'?" Tanya Muhammad kepada pemandu tremco.

"Aiwah." Jawab pak cik tremco yang dipanggil wusto.

Muhammad dan kawan-kawan lain terus melompat masuk ke dalam tremco tersebut.

" Assalamualaikum.." Muhammad memberi salam kepada seluruh penumpang tremco tersebut.

" 'Alaikumussalam warahmatullah.." Jawab para penumpang-penumpang lain.

Itu situasi biasa di Mesir. Masuk kenderaan pun bagi salam. Yang baik, kita ambil. Yang buruk, ambil pengajaran.

Mencari tempat kosong, dan terus duduk. Berehat sebentar. Tenangkan diri, tenangkan otak yang ligat berfikir sebentar tadi.

" Eh, hari ni turn kita kan masak? " Tanya si Akram yang macho.

" Haa, betul la tu. Lupa pulak.." Jawab Muhammad.

" Nak masak apa haa petang ni? Ada idea dak? " Si roomate terus menyoal.

" Hmm, lama tak makan tom yam kan. Lagipun boleh la jimat masa dan duit sikit masak tom yam ni." Jawab Muhammad mengusul cadangan bernas.

" Ok, insya-Allah, beresss... Sat gi aku pi beli barang, hang jadi chef utama hari ni! " Dengan pantas Akram membalas.

" insya-Allah..."

Suasana diam sebentar. Bunyi hon kereta di jalanan masih sahut-menyahut. Seperti biasa.

Otak kini mula laju berfikir. Memikirkan resepi masakan tom yam, seperti yang telah diajar oleh mama di Malaysia dahulu.

Tomato, serai, garam, minyak, bawang merah, bawang putih, ayam seekor, carrot, bunga kobis, limau nipis.

Serai tersangat susah dicari. Namun, kalau ada rezeki, ada saja.

Nokia E71 ditarik dari dalam poket. Online. Meng'google' 'resepi tom yam'. Laman myresepi menjadi pilihan. Bukanlah resepi mama tak cukup power dan mantap. Tersangat mengancam, tapi sengaja mahu membuka minda, mahu lihat banyak lagi resepi orang lain. Boleh la pelbagaikan lagi skill masakan yang sedia ada.

3.30 p.m. Sampai rumah. Tingkat 4 dijejak. Alhamdulillah, akhirnya sampai.

Seperti biasa, lepas letak beg dalam bilik, seakan ada magnet di dapur yang menarik pantas si kaki. Basuh segala bagai periuk mangkuk yang mahu digunakan. Memastikan beras cukup untuk 15 orang ahli rumah. Basuh beras. Basuh kearah lawan jam. Selawat sebanyak-banyaknya. Sudah bersih, terus ditanak diatas dapur.

" Aku pi kedai dulu. Ada apa-apa lagi nak pesan?" Tanya roomatenya itu.

" Tak ada lagi setakat ni. Kalau ada nanti, aku call hang." Muhammad menjawab sambil mengawal api nasi di atas dapur.

" Maasyi, pergi dulu.." Jawab Akram sambil berlari anak ke pintu keluar.


Hanya sekejap. Alhamdulillah, segalanya lengkap. Mulalah kerja potong memotong segala barang-barang yang diperlukan. Bawang merah, bawang putih, carrot dan segala bagai. Semuanya dibuat bersama-sama.

Ayam beku seberat 1200g di rendam dalam air panas, bagi memudahkan urusan pemotongannya. Keras, sangat keras. Tambah-tambah masa winter ni pulak. Memang sejuk! Sangat keras!

Mata roomatenya itu tiba-tiba tertancap pada periuk nasi diatas dapur.

" Nasi macam mana, dah masak?" Tanya Akram.

" Cuba tengok, kalau dah nampak ok tu, kacau-kacau la sikit. Lepas tu, perlahankan api sikit." Confident Muhammad menjawab selaku chef utama hari ini.

" Baik tuan chef." Akram menjawab dengan riang.


Amalan manakah yang terpilih?


" Muhammad, ni periuk belanga ni macam mana? Nak basuh ka? Setiap minggu asyik kita ja yang basuh. Letih la kita kalau macam ni." Keluh Akram.

Muhammad tersenyum.

" Alah, tak apa, kalau tak larat aku boleh basuh. Tinggalkan ja kat situ. Kalau nak terus basuh pun tak apa. Bukan apa Akram, kita tak tahu amalan yang mana satukah daripada kita yang Allah bakal terima. Mana la tahu, dengan hanya membasuh periuk belanga pinggan mangkuk ni, Allah menerima amalan kita. Kita tak tahu. Memang tak pernah tahu. " Ringkas dan padu sabdu daripada Muhammad.

Akram menyulam senyuman.

" Ermm, tak apalah kalau macam tu. Betul jugak kan apa yang hang cakap tu. Hmm. Insya-Allah, aku akan basuh." Akram menjawab sambil mengangkat periuk belanga yang berselerakan diatas lantai ke sinki.


Mulakan misi

Perencah bismillah ditaburkan. Minyak dipanaskan. Bawang merah dan bawang putih dimasukkan. Ahh, harum baunya. 2 minit selepas tu, ayam yang telah siap sedia dipotong lima belas bahagian, dimasukkan. Periuk ditutup. Biarkan sehingga sepuluh minit. Biar jus ayam keluar. Bau ayam menyelinap ke seluruh pelosok rumah. memang menyelerakan baunya.

Cukup 10 minit, penutup periuk dibuka. Perghh, memang sedap la bau. Seperti biasa, letakkan air. Masukkan tomato, carrot, cili, sedikit bawang merah dan kobis yang telah dipotong tadi. Biarkan 15 minit.

Perencah tom yam yang masih berbaki daripada Malaysia dimasukkan. Kacau dan terus kacau. Garam ditaburkan, secukup rasa di lidah, mewakili rasa 14 ahli rumah yang lain.

" Eh, apa lagi yang aku belum masukkan?" Muhammad bertanya meminta pandangan.

" Hmm, try rasa tengok. Kalau ada yang rasa terkurang tu, masukkan ja la." Tenang Akram menjawab sambil tangan menggosok periuk di sinki.

Muhammad menceduk sedikit kuah. Digoncang ke kiri dan kanan senduk itu. Agak sudah sejuk sikit, dia cuba merasa.

" Hmm, dah tahu dah. Limau nipis tak masukkan lagi. Ya, tak dapat disangkal lagi! " Muhammad mengumam sendirian.

Menggagau tangan di dalam peti ais. Mencari limau nipis segar yang baharu dibeli tadi. Ya, dah jumpa. Potong, dan terus perahkan. Ops, terlupa pulak, perencah tawakal juga tidak ditinggalkan.

" Masam. Masin. Pedas. Yesss, hypothesis is accepted. Hoyeahh. " Muka Muhammad penuh kepuasan.

Akram senyum melihat roomatenya. Turut terhibur.

" Haa, dah boleh jadi suami orang la kalau macam ni. Untung bakal isteri hang. " Akram cuba bergurau.

" Alah, hang pun sama ja. Hebat! Untung jugak bakal zaujah hang." Balas Muhammad.

Kedua-dua mereka ketawa seia sekata di dapur petang itu. Memecah keheningan petang.

Talam diatur rapi. Elok sahaja nasi dan lauk dihidangkan, azan magrhrib bergema.

Ternyata, kepuasan memasak itu mudah. Dengan melihat mereka makan dengan berselera, hingga menjilat jari makanan yang kita sediakan. Itu sudah banyak memberi kepuasan.

Ya, samalah juga teorinya buat si ibu. Hatinya berasa puas, apabila melihat makanan yang dimasak olehnya dijamah dengan berselera seisi keluarga. Hebat!







Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt



6 comments:

  1. rasanya dkt sabii' byk ja kedai sayur yang jual serai. tapi mahal sikit..

    ReplyDelete
  2. makan dalam talam?besnya!
    serai mmg susah nak dpt kat sana.kakak nani sebelum pergi mesir pn bawak serai banyak bukan main.sbg bekalan.. :)

    ReplyDelete
  3. @nani :

    Ya, tiap-tiap hari makan dalam talam. Biasa la rumah bujang. Memang best!

    Serai tu ada kat kawasan ni. Ada ustat pattani tu tanam, tapi rumah dia jauh sikit. Hehe.

    Kalau dah pindah drp kawasan ni, memang payah la sikit nak dapat stok serai. Kena bawak jugak la bekalan :)

    ReplyDelete
  4. wah,hebat ni.duduk rumah bujang memang mcmtu kan,reti masak atau xreti masak ,kena jadi reti jugak :D cooking is an art,the taste comes second :)

    ReplyDelete
  5. Healer :

    Tu la hebat betul Muhammad ni kan ( bukan saya )..hehe :p

    Biasa la duk oversea ni memang macam tu, kalau tak pandai masak pun, tak sampai berapa bulan dah pandai dah masak, paling kurang pun, buat sup pun jadi la kan :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter