11/27/11

Deraian Cecair Ke Riba


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Danish dalam ingatan...


Skyping

" Abang.... bila nak balik?? " Ucapan pertama Danish apabila nampak muka abangnya di skrin laptop mama.

Terkedu. Menahan serpihan cecair mata daripada jatuh ke riba. Dah pandai berkata-kata rupanya sekarang.

" Nanti la abang balik.." Membalas dalam sebak.


Muhammad Iqbal :

Rindu itu perkara normal dalam perjuangan dan permusafiran. Terimalah ia dengan terbuka. Sabarlah~


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.




11/26/11

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tidak perlu menunggu setiap tahun baharu untuk berubah. Tatkala diri sudah terhantuk, cepat-cepatlah bertindak. Kerana ajal itu datang tidak mencari waktu. 

Lembutkan hati. Terangkan hati. Suluh jalan yang diredhai. Moga masih bersisa waktu bersama Allah.

Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah al-Azim (^_^)


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.

Siri 5 : Kaya Harta, Kaya Jiwa


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambungan daripada : [Siri 1][Siri 2][Siri 3][Siri 4]


Kelas praktikal anatomi berakhir. Jam casio di tangan kanan dijeling. 1.25 p.m. Terus meluru ke masjid berdekatan. Masjid dalam universiti yang ala-ala sebuah surau di Malaysia itu kelihatan masih wujud manusia memenuhi ruangnya.

Kepala Muhammad terasa agak berat. Tepu. Biasalah, belajar medik, mestilah kena banyak menghafaz itu dan ini. Perlu ada waktu rehat sebentar untuk beri ruang sel-sel otak menghela nafas.

Beg di letak di dinding tempat pelajar-pelajar Malaysia melepak. Sweater dilungguk diatas beg. Lengan baju ditarik. Bersedia untuk ambil wuduk berairkan 'ais'. Suhu di luar kira-kira 12 darjah celcius. Sejuk, namun terus juga di harungi.

Habis sahaja salam terakhir, dia berdoa. Sampai sahaja pada rangkap doa buat ibu bapa, luruh air matanya tanpa disedari. Tak sempat nak cover. Mujur tiada yang melihat. Fikirannya terus berilusikan wajah ibu bapanya. Rindu~

Minda tepunya terus bertanggap pada kata-kata ayahnya. Satu kata-kata yang masih berlegar liar dalam kepalanya. Sering menerjah benak fikirannya.


Ayah

Ayahnya memang garang. Garangnya bukan kepalang, bagai nak tsunami Sungai Rajang! Tetapi, kata-kata nasihatnya cukup indah. Tersusun. Sangat berharga. Paling penting, kata-kata ayahnya sering sahaja terpahat di fikirannya.

" Nak tahu, kenapa ayah suka cari duit?? Bukan semata-mata nak bagi kita semua makan sahaja. Tapi, banyak sebabnya." Ayahnya memecah kesunyian dalam kereta Toyota Wish, tatkala dalam perjalanan pulang ke rumah dari Alor Setar.


Muhammad senyap. Tak mahu menyekat kalam ayahnya.


" Kamu perlu tahu jugak, kenapa ayah sengaja biar kamu semua hidup macam orang susah, tak terlalu bermewah-mewah, walaupun keluarga kita taklah susah sangat. Semua tu, ada sebabnya."


" Ayah pernah hidup susah satu ketika dahulu. Tok wan ( datuk ) kamu tu bukan hartawan atau orang berada. Hanya seorang peniaga kecil dan penoreh getah. Tok (nenek ) pun sama, bukan kerja pun, hanya tolong kerja tok wan sahaja. Ayah sebagai anak lelaki sulung takkan nak tengok saja kesusahan keluarga, mestilah tolong kan?"


" Mungkin kamu tak pernah hidup susah, kalau susah pun taklah susah macam hidup ayah dulu. Satu perasaan orang susah, dia akan teringin bermacam-macam benda. Sebab dia tak mampu beli dan memiliki benda yang dia inginkan itu. Hanya mampu meliur dan terus menanam impian. Menanam impian untuk menjulang kejayaan. Bagi mengubah nasib hidupnya dan keluarganya."


" Satu lagi, apabila kita susah, kita sukar hendak memberi. Terutamanya memberi dari segi wang ringgit. Kita hanya mampu lihat sahaja orang lain hidup susah lebih daripada kita. Tak mampu berbuat apa-apa. Hanya utusan doa kudus buat Sang Khaliq sahaja yang termampu."


" Sebab itu, ayah memilih untuk hidup dengan poket lebih terisi. Itu impian ayah dahulu. Mahu ada kereta mewah. Bantu orang-orang susah. Bantu orang-orang yang memerlukan. Tolong sesama adik beradik. Semua itu hanya mudah dilakukan kecuali azam yang kuat untuk berjaya, bi iznillah. "


" Kini, ayah tak perlu lagi lihat tok wan dan tok bekerja kuat untuk hidup. Tak melihat lagi, mereka mengikat perut untuk anak-anak mereka. Tak perlu juga melihat mereka menahan sakit kerana tak mampu membeli ubat-ubatan yang mahal diluar sana."


" Kekayaan bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang lain. Ia adalah anugerah amanah buat kita, untuk menguji setakat manakah kemampuan kita menguruskan nikmat pemberian Allah itu. Ke jalan murka, atau ke jalan reda-Nya."


" Ramai yang menyangka orang kaya ini mudah, semua sudah ada. Padahal, mereka tak tahu, bagaimana tangga yang didaki orang kaya itu, mudah atau senang sebelum sampai ke tahap itu.


Analoginya mudah, ramai orang akan cakap penebar roti canai itu kaya raya kerana melihat ramai pelanggan yang berpusu-pusu mahu mendapatkan roti canai di kedainya. Namun, ramai yang tak tahu betapa susahnya si penebar roti canai mahu menghasilkan tepung tersebut. Bangun awal pagi dikala orang lain sedang nyenyak tidur. Menguli dan terus menguli. Mengorbankan kudrat mereka. Hanya mahu siapkan semua tepung-tepung itu sebelum ditebar pada keesokkan harinya. Tak mudahkan kerja mereka? Begitu juga orang kaya, bukan senang nak jadi senang seperti yang orang lihat sekarang."


" Jika diteliti sirah pun, sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang kaya bukanlah terdiri daripada golongan yang dimurkai Allah. Bahkan, mereka juga dijamin ke Syurga. Merekalah role model yang hakiki!"


"Lihat, tidak hina kan jadi orang yang kaya macam tu? Kaya harta, kaya jiwa."

Menitis air mata Muhammad. Tak berkata apa-apa. Hanya mengangguk setuju. Dia tahu, ayahnya memang datang dari keluarga yang susah.

Ayahnya selalu bertahajjud tatkala orang lain tidur. Berdoa sendirian mengharap ihsan Yang Esa. Muhammad selalu mendengar rintihan itu. Ayahnya tanpa jemu, suka mendidik anak-anaknya bertahajjud. Dia tidak marah jika anaknya culas bertahajjud, namun menegur dengan penuh hikmah.

" Ingat, tahajjud ini bukan semua orang mampu lakukan. Ianya perlukan pengorbanan yang besar dan jiwa yang selalu basah dengan limpahan rindu kepada Allah dan kekasihNya. Paling penting, ia ialah senjata besar umat Islam, sejak dahulu hingga sekarang. "

Kata-kata itu sentiasa mekar diingatan Muhammad. Sebagai motivasi buat dirinya.

Ayahnya juga selalu menganjurkan solat sunat dhuha. Kata ayahnya, ini salah satu wasiat Rasulullah S.A.W buat ummatnya. Jika ianya hanyalah ibadah  picisan, pasti Rasulullah S.A.W tak akan mewasiatkan ummatnya untuk melakukan ibadah sunat ini. Pasti ada satu rahsia di sebalik suruhanya. Sebuah rahsia besar. Hanya buat ummatnya yang beramal dengannya dapat menjejaki rahsia itu.

Hanya orang yang makan gula-gula itu sahaja yang merasa kemanisannya, yang melihat pasti tak merasai semua itu.


Meresap ke jiwa

Apabila berada jauh dari ibu bapa, kata-kata mereka amatlah berharga, meresap dalam ke dalam jiwa. Sentiasa diingati. Terpahat kukuh di benak hati. Ingin sahaja buat apa yang mereka suruh. Sentiasa ingat pesan mereka. Begitulah yang terjadi kepada Muhammad. Baru kini dia sedar semua itu.

Lelehan air mata diseka. Air mata kerinduan, air mata syahdu.

Beg yang tadinya tersadai di dinding, kini tergalas. Sweater dizip kemas. Terus berjalan bersama rakan-rakannya pulang ke rumah. Ingin memberi ruang buat si badan berehat sebentar.



 Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.




11/21/11

Q&A : Tips Belajar Subjek Yang Sukar

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad. 


Seperti rutin mingguan biasa. Diri ini pasti teringin menerjah inbox formspring. Manalah tahu, ada insan inginkan bantuan daripada saya. Atau pun meminta apa-apa pendapat daripada saya. Ya, saya memang neutral, tidak menyokong mana-mana persatuan mahupun parti politik. Mengapa? Nantilah jika ada masa saya terangkan. 

Namun, itu tidak bermakna saya harus senyap menyepi sepanjang masa, hanya melihat perkara-perkara yang tak sedap dipandang di biarkan berlaku di depan mata, dan tak bererti juga saya tidak boleh memberi sebarang pendapat dengan acuan pemikiran saya sendiri.


Jadi, kali ni, ada satu soalan yang agak rasmi dan agak akademik bagi saya. Soalan ini datangnya daripada saudari Nur Kegembiraan. Insya-Allah, saya akan cuba jawab semampu yang boleh. Walaupun, saya ni bukanlah pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang atau sebagainya. Insya-Allah, hanya berkongsi pengalaman dan apa-apa sahaja yang perlu dikongsikan.


Soalan :


Apa tips belajar yg sering diamalkan, terutamanya subjek2 yg sukar?

 

 Jawapan :

 

Bagi soalan ini, saya memilih untuk menjawabnya secara umum, kerana soalan ini tidak spesifikkan kepada mana-mana subjek. Insya-Allah saya akan cuba jawab seringkas yang boleh, mengikut pandangan saya.


Tips 1 : Betulkan persepsi anda.

Betulkan niat, segalanya kerana Allah, bukan kerana makhluk. Insya-Allah akan jadi indah.

Saya faham, apabila berada dalam era pembelajaran, pasti wujud subjek yang kita labelkan sebagai mudah, susah dan sebagainya. Namun, sebenarnya anda perlu sedar yang anda dapat mengawal dan mengusai minda anda. Anda adalah tuan kepada minda anda. Jadi, anda tidak seharusnya membebankan minda anda dengan mengatakan ianya susah dan sangat susah. Anda ibarat telah mendera minda anda dengan melabelkan subjek ini sukar!.

Solusinya : Jangan menganggap subjek sukar itu terlalu susah. Hanya anggap ianya biasa-biasa sahaja. Dan selalu ingat, subjek yang dianggap sukar itu boleh diatasi dengan kerajinan anda berusaha. Belakang pisau, jika diasah, insya-Allah boleh tajam. Inikan pula otak sang manusia.


Tips 2 : Cepat bertindak


Apabila sudah dapat detect subjek mana yang susah bagi kita, maka janganlah tunggu lagi! Cepat bertindak. Sedarkan diri anda. Tumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar. Selalu bertanya guru. Buang rasa malu untuk bertanya. Kalau malu sangat pun, pergi la jumpa dengan guru tersebut secara berdepan. Tak kiralah dimana pun, bilik guru atau dimana sahaja. Tak perlulah mencapap di dalam kelas, hihihi. 


Bak kata pepatah Arab, " bertanya itu kunci ilmu". Orang yang bertanya ini, lazimnya orang bersungguh-sungguh berjuang untuk memahami sesuatu. Jadi, jangan tunggu lagi, rapatkanlah hubungan dengan guru-guru. Semakin rapat kita dengan guru kita, insya-Allah semakin besar probability untuk beroleh keberkatan guru tersebut.

Cepat bertindak!




Tips 3 : Meletakkan beban.


Beban. Kadang-kadang kita nampak ia seakan sesuatu yang negatif. Tapi tidak, ada jugak nilai positifnya.


Cuba letak sedikit bebanan. Tak kiralah bebanan apa pun. Misalnya, ' Oh, aku anak sulung dalam keluargaku, jika bukan aku yang mulakan tradisi kecemerlangan dalam keluargaku, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?'. 

Atau, ' Kasihan aku tengok ayah dan emakku bekerja, semata-mata untuk berikan segalanya buat aku dan adik beradik  yang lain. Mereka ingin lihat aku berjaya. Mereka ingin melihat aku menangis bersama mereka dengan iringan air mata kejayaan. Bukan dengan titisan air mata kegagalan!'


Tips 4 : Hablu minallah wa Hablu minannas.


Sentiasa menjaga hubungan kita dengan Pencipta kita. Dan tak terlepas, dengan manusia-manusia disekeliling kita. Sentiasa taati segala perintah-Nya, dan meninggalkan segala yang ditegah. Sentiasa berbaik dengan semua orang, maafkan kesalahan orang lain dan hilangkan dosa-dosa kita dengan manusia di sekeliling kita.


Yakinlah, kejayaan kita bukan terletak di tangan manusia, tapi di tangan Allah!


Tips 5 : Cari waktu belajar yang paling ideal bagi anda


Setiap orang ada waktu yang paling ideal bagi dia. Maksudnya, waktu itu sungguh nikmat baginya, kerana segala yang dia cuba baca atau hafaz, musah saja nak masuk. Nak ingat pun senang.


Jadi, carilah waktu tu. Kerana, jika kita dah dapat waktu itu, semakin mudahlah kerja kita untuk ditumpukan dalam waktu itu. 


Namun tak dapat dinafikan, untuk betul-betul mengejar kejayaan, sememangnya perlu belajar setiap masa dan dimana jua. Terutamanya macam saya, saya tak sama dengan orang lain yang genius. Otak saya lambat sedikit. Jadi, wajarlah saya belajar selalunya tak ikut masa. Selagi ada masa terluang, saya belajar. Tapi jangan lupa release tension, nanti tak pasal-pasal berkecai cells dalam kepala otak tu (^_^). Main la apa-apa pun, atau baca al-Quran atau sebagainya..


Tips 6 : PCR


Teknik ini selalunya sesuai bagi subjek bacaan. PCR is stand for ' Preview. Concentrate. Review'.


Preview ( Bacaan awal ) : Baca dahulu tajuk atau topik yang dijangka akan diajar pada esok hari. Atau baca dahulu sesuatu topik itu sebelum kita belajarnya dengan guru kita. Baca sahaja. Tak perlukan kefahaman yang mendalam.


Concentrate ( Penumpuan ) : Tumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar. Jangan tidur. Kalau tertidur, cubalah cari jalan penyelesaian secepat mungkin. Kerana tidur dalam kelas akan menyebabkan banyak kerugian bagi anda, terutamanya KEBERKATAN.


Review ( Baca kembali atau ulang kaji ) : Apabila balik rumah atau asrama. Review kembali apa yang telah diajar tadi. Fahami betul-betul. Kalau boleh ingatinya setakat mana yang boleh.


Bagi math, tak kira la add math atau math. Segalanya perlukan faham konsep yang ingin diketengahkan  dalam tajuk tersebut dan buatlah latihan dengan sebanyak-banyaknya. Latihan itu yang penting. Belilah buku latihan yang berkualiti. Dan cuba habiskan setiap buku latihan itu. Untuk tahu buku latihan yang berkualiti dan sesuai, bolehlah tanya kepada seniors atau abang/kakak anda. 



Tips 7 : Belajar seperti hendak mengajar


Setiap yang kita belajar, atau apa yang kita baca. Cuba keluarkannya dengan cara seolah-olah ingin mengajar orang lain. Atau kalau hebat lagi, berkongsi dengan orang lain, ajar mereka. Insya-Allah, dengan cara ini, akan mudahlah kita mengingati apa yang kita ajarkan. Tak percaya, cuba lah! :(^_^)


Kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai, tapi bukanlah mustahil!


Muhammad Iqbal :


1) Maaf jika persoalan anda kurang terjawab. Kalau saya salah faham, boleh la tegur.


2) Maaf juga atas tips yang kurang teratur. Saya hanya menaip apa sahaja yang terlintas.

3) Terasa macam pelajar cemerlang pulak kan. Hmm, tak apalah, berkongsi sekadar yang mampu.


 Wallahua'lam. 

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



11/17/11

Innocent Faces

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kebengangan terserlah. Sabar. Sudah berapa hari tak telefon keluarga di Malaysia. Setakat mesej tu tak menjamin kepuasan yang bermutu. Katanya, telefon rumah ( di Malaysia ) rosak. Aduh, berat ni.

Ketenangan diperlukan. Terus bersabar. Telefon bimbit mama yang cuba dihubungi melalui internet, acap kali terputus sahaja. Mana tak bengang. Tapi, semua itu, ujian.. Sabo je la..

Beberapa hari yang lalu, kak long sempat tagged beberapa gambar adik kecik saya ni. Tersenyum lega. Alhamdulillah, lama tak tengok dia. Semakin comel (^_^).

Moga-moga terubat rindu buat semua :)

Gambar ni memang buatkan saya pun nak nangis sekali..


terbayang wajah riangnya



buuulaaaannnn..


alahai, rasa nak peluk dia la..








menyentuh jiwa..searching for the light





dah pandai berdoa sekarang, bijak-bijak..







comei ^_^



Muhammad Iqbal :

1 ) Sekarang ni masuk musim sejuk. Jari jemari ni pun rasa sejuk semacam menaip entri ni.

2 ) Doakan segala urusan hidup saya di sini dipermudahkan, insya-Allah. (^_^)




Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-A'zim



Walahua'lam.


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


11/15/11

Dua Entriku di iluvislam

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang


Segan. Tapi, ingin sahaja hati ini berkongsi. Moga-moga dijauhkan niat lain selain IKHLAS kerana Allah S.W.T. Kerana saya percaya, 'Segalanya Indah Jika Dilakukan Kerana Allah S.W.T'.

Ya Allah, jauhkan saya daripada perasaan riak, kerana perasaan itu umpama kayu kering yang membantu menyemarakkan api. Kerana perasaan itu, ibadah boleh jadi kosong. Tiada apa-apa. Tidak berguna di sisi Rabb al-Jalil.

Sebenarnya, sudah lama dua entri saya itu tersiar di web iluvislam. Tapi, saya hanya mampu bersyukur melihat ruang lingkup usaha kecil dakwah saya semakin diperlebar. Tersenyum. Kesibukan saya membataskan segalanya. Insya-Allah, kali ini saya mampu menahan keseganan hati ini untuk berkongsi dengan anda semua.

Moga ada manfaat buat anda semua. Moga Allah Reda.

Entri 1 : Sebelum bertolak ke bumi Kinanah

Tajuk : Seronoknya Sedekah!

Link di : iluvislam / blog ibnuDDin



Entri 2 : Selepas bertolak ke bumi Kinanah

Tajuk : Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi

Link di : iluvislam / blog ibnuDDin


Saya sukakan kucing (^_^)

 

Firman Allah S.W.T : 
"Bandingan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. "
[al-Baqarah 2:261]

 Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-A'zim (^_^)


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


11/14/11

Siapakah Adnan Menderes?




Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Pernahkah anda mendengar nama Adnan Menderes?


Adnan Mendeles, PM Turki 1950-1960

Adnan Mendeles adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.


Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.



Namun begitu Adnan Mendeles telah disingkirkan daripada RPP pada tahun 1945 kerana sikap tegasnya yang menentang polisi Atatürk. Beliau kemudiannya menubuhkan Democrat Party (DP) bersama rakan-rakannya setelah Turki memperkenalkan sistem berpolitik yang lebih terbuka dengan kepelbagaian parti politik yang berdaftar.

Democrat Party menang pada PRU terbuka pada tahun 1950 dan Adnan Menderes telah dilantik menjadi PM selama 10 tahun dengan membawa banyak kemajuan kepada Turki. Kesungguhannya untuk mengembalikan Turki kepada sistem yang lebih Islamik telah dibuktikan apabila beliau berjaya membawa banyak perubahan yang positif.


Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab


Di antaranya ialah :

1-Azan kembali dilaungkan dalam bahasa Arab (dalam bahasa Turki di zaman Ataturk)

2-Membuka kembali ribuan masjid-masjid di seluruh negara yang telah ditutup di sepanjang era pemerintahan Atatürk

3-Kerajaan Turki mula membina kembali hubungan dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam

4-Membuat perubahan polisi ekonomi yang memberi keadilan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan bawahan

5-Bahkan pernah dalam ucapannya di Parlimen Turki, beliau mengatakan bahawa perundangan Islam boleh dikembalikan sekiranya majoriti ahli-ahi parlimen ingin berbuat demikian.


Polisi beliau yang semakin popular di kalangan masyarakat awam ini juga telah turut disokong oleh Cemal Gürsel, Ketua Turus Angkatan Tentera Turki. Namun polisi ini telah ditentang sekuat-kuatnya oleh golongan sekuar di kalangan para intelek, para mahasiswa dan pemimpin radikal tentera yang pro Kemalist pada ketika itu.

Adnan Mendeles digantung

Pada 27hb Mei 1960, satu revolusi tentera yang diterajui oleh 37 pemimpin muda tentera telah menggulingkan kerajaannya dan Adnan Mendelas adalah di antara tokoh yang telah ditangkap. Beliau kemudiannya telah dikenakan hukuman gantung di atas dakwaan menentang perundangan sekular Turki yang pro-Kemalist (Mustafa Kamal Atatürk).

Namun begitu, kehebatan dan kemuliaan usaha-usaha Adnan Mendeles telah diiktiraf semula 29 tahun selepas beliau digantung. Bersempena dengan aniversari ke 29 tahun beliau digantung, maka pada 17 September 1990 kerajaan baru Turki yang telah dilantik secara demokrasi telah mengubah pendirian Parlimen terhadap Adnan Mendeles. Parlimen dengan secara rasminya telah mengiktiraf sumbangan Adnan Mendeles secara rasminya.

Adnan Mendeles University di Aydin, Turki


Bahkan jasa-jasanya turut dikenang melalui penamaan semula pelbagai institusi seperti Adnan Mendeles University di Aydin, Adnan Mendeles Airport, Adnan Mendeles District, Adnan Mendeles Road dan sebagainya.
 
Hidup biar berjasa, mati biar mulia……

Sumber


Muhammad Iqbal :

1) Ini satu info fakta sejarah yang baharu saya ketahui. Saya dapat di blog ini.

2) Moga ada manfaat~

3) Saya pernah membaca buku berkenaan Turki seperti beberapa versi berlainan Kisah Kamal Ataturk dan sebuah buku karya Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih. Memang seronok dan banyak pengajaran dari Turki. Cubalah baca :)

4) Kelihatan sinar-sinar kebangkitan Islam semakin menyerlah dan tanda-tanda akhir zaman kian melimpah. Sentiasalah beringatlah..

Walahua'lam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



11/10/11

Giza , Aidiladha Dan Tetamu Alexandria

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ke Giza dan sekitar Kaherah : 5.11.2011



di Masjid Ali Basha


Masjid Ali Basha






orang Mesir hanya LE 2, kalau orang luar LE 60. Tak adil!


dapat diskaun sikit sebab ada kad student

abdullah





ustaz syahid sebagai tourist guider





Naqib kami untuk Smart Circle.




naik kat sini LE100, naik unta korban FREE!hihi..





berangan mencekik firaun

comel tak patung unta ni, mesti mahal, hmm...



Imam Masjid Sultan Hassan

Ustaz Sofwan

naqib yang stylo














Aidiladha : 6.11.2011


solat raya di Suq Sayyarat ( pasar kereta ), Hayyu A'syir

Bersama para bakal ustaz dan bakal doktor

anak arab mana ntah, hmmm..













kambing-kambing yang telah dikorbankan..






eh ada orang tangkap aku, cepat smile ^_^



kebujangan terserlah..haha..


SARAPAN PAGI DI AIDILADHA : Tiada kuih muih seperti di Malaysia






mengalir tak henti-henti















darah unta sangat banyak


habis nyawa demi pengorbanan
ustaz faiz



Rumah Kedah 3 : Hayyu Sabi'


Inilah tempat tinggal saya di Mesir. Canti tak?



Kadatangan Sahabat-sahabatku daripada Alexandria dan jalan beraya di rumah senior :)

gambar ori

setelah diedit oleh Yui92


di banglo abg Yui92

sbpikp@egypt

ashraf shafie, alexandria

aminuddin al-lejen, uni cairo

menjamah shipsi, haha..



ahmad naufal, alexandria

ahyad, alexandria

erkk..






Cerita abang Solihin : Eidul Adha Faraway So Close 3


Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-A'zim ^_^

Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt