10/25/11

Q&A : Menyambung Medik di Mesir atau Jordan


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Sudah lama tak menjenguk akaun Formspring. Dah jadi sibuk sekarang. Pergi pagi, balik malam, kadang-kadang petang. Letih. Tidur lambat, bangun awal. Tapi selalunya, tidur awal, bangun awal. Letih. Hanya solatlah terapi rehat yang terbaik setakat ini. Ya Allah...indahnya kewajipan yang telah diatur  :)

Subhanallah wabihamdihi. Subhanallahil A'zim.

Tertarik dengan satu soalan. Daripada siapa entah. Hanya dapat jawab seringkas mungkin. Moga-moga ada manfaat buat si yang bertanya. Maaf jika terlalu ringkas.

Ini soalannya :

kena score sbjek spm apa untk smbung medic..and mcm mne nk bljr medic dkt mesir or jordan?klau bljr medic dkt ngara tu bljr dlm bhsa arab atau english?


Jawapan :


1) Insya-Allah sebaiknya score lah semua subjek. Sebab sekarang ni banyak sangat saingan untuk dapatkan biasiswa. Tumpukan subjek sains, add math dan jangan lupakan subjek teras :)

2) Banyak je sekarang ni biasiswa. Biasiswa JPA, MARA , Zakat atau Yayasan Islam setiap negeri-negeri. Lepas dapat result gempak nanti, apply je la semua :)

3) Kat sini belajar dalam English, insya-Allah. Tak la susah sangat. Cuma perlukan sedikit masa untuk adapt dengan English pak arab ni :)

 Walau bagaimana pun, kalau nak belajar dalam bahasa arab, tak ada masalah. Juga disediakan. 


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal 
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


10/21/11

Siri 2 : Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Alunan ayat al-Quran dibiarkan beralun dalam bilik Muhammad. Helaian buku Physiology di buka satu persatu. Membaca dan terus membaca. Meniti untaian fakta dengan teliti. Namun, semuanya jadi serba tak kena. Baca saja dah berulang kali banyaknya. Tapi masih belum dapat kuasai dan ingat fakta-fakta penting dalam buku itu.

" Ya Allah, ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Ya Allah, permudahkanlah aku untuk memahami dan mengingati fakta-fakta ini", keluh Muhammad.

Lantas, wuduk di ambil. Sejadah dihampar. Kala gelap malam itu, dia bermunajat kepada Allah. Menangis meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan selama ini. Bertaubat. Dia tahu, kerana maksiatlah, hatinya jadi tak tenteram. Hitam. Bagaimana ilmu yang suci itu mahu menerjah masuk ke lubuk hatinya jika tidak dahulu dibersihkan? Hmm. Terdengar rintihannya meminta kepada sang Khaaliq untuk memberi kepada dia kefaqihan dalam ilmu Agama dan kefaqihan dalam ilmu Perubatan. Muhammad merintih bersungguh-sungguh.

Baru sahaja Muhammad pergi menziarah makam Imam as-Syafie dan Imam Waqiq. Dia terkenangkan kisah Imam as-Syafie yang sukar untuk mengingat pada satu ketika, lantas mengadu kepada gurunya, Imam Waqiq. Mudah sahaja jawapan guru Imam as-Syafie, ilmu itu tak boleh menembusi hati yang wujud palitan maksiat. Sebelum itu, Imam as-Syafie telah terlihat betis seorang wanita di pasar. Baru beliau ingat. Allah.... Sucinya hati mereka. Hebat. Jika terlihat macam tu pun dah boleh memberi kesan terhadap hati kita, apatah lagi jika sudah banyak kali.

"Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”
( HR. At Tirmidzi no. 3334, Ibnu Majah no. 4244, Ibnu Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297). At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan.)

Usai sahaja bermunajat, Muhammad terus switch on laptop ASUS N53SV nya. Tanpa difikirkan lain, dia terus menelefon mamanya melalui internet. Begitulah Muhammad, tatkala susah, pasti dia akan telefon ibunya. Meminta agar ibunya doakannya. Meminta kata-kata semangat daripada ibunya. Tak kurang juga tips-tips berguna. Walaupun ibu bapanya bukanlah orang hebat, hanya guru biasa, nasihat mereka sangat berharga. Berlainan dengan kawan-kawannya yang lain di Malaysia, segelintirnya lebih suka mengadu kepada 'awek' masing-masing. Hmm. Peluang itu juga digunakan untuk melepaskan rindu yang terbuku. Walau jauh di lain benua, namun mereka tetap istimewa.

Muhammad meneruskan aktiviti studinya kembali. Terus diniatkan kerana Allah. Kerana dia percaya, studinya bakal jadi indah, jika dihiasi niatnya kerana Allah. Diulang kembali apa yang tidak difahami. Di teliti kembali fakta-fakta yang tertangguh sebentar tadi. Allah..... Sungguh mudah kali ini. Lebih mudah dari tadi. Alhamdulillah. Hatinya rasa lapang. Syukur ke hadrat Ilahi. Kawan-kawan di sekitarnya juga kerap menolongnya. Syukurlah.



" Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi "

Ohh. Sungguh benar kata-kata itu. Baru kini Muhammad menyelami maksudnya. Memberi tanpa keikhlasan, ibarat tiada apa-apa. Mungkin mendapat pujian, tapi ianya taklah seindah pemberian yang di debungai dengan keikhlasan kerana Allah.

Andai kita tak pernah memberi, bagaimana kita akan dapat merasai kelazatannya?? Berilah apa sahaja yang termampu.

Setakat di bumi Mesir ini, Muhammad berhajat mahu menerjah ke lembah ilmu sepenuhnya. Pernah dia ditawarkan untuk memegang biro itu dan ini, AJK persatuan itu dan ini. Namun, setelah hatinya menimbang kembali, nyata dia lebih rela meletakkan dan menumpukan seluruh jiwa raganya setakat ini khas buat 'kekasih' idamannya yang bernama Ilmu. Sehandal mana pun softskill yang kita ada, namun jika masih kegersangan ilmu, tiada gunanya juga. Bagimana hendak memberi, jika diri sendiri masih belum terisi?

Lagipun, tujuan utamanya ke Lembah Nil ini, sememangnya ingin mengutip mutiara-mutiara ilmu di sini. Jadi, tak perlulah 'memberi' melalui medium-medium seperti itu. Belum lagi sesuai, katanya. Bukankah 'memberi' masa kita untuk menuntut ilmu juga di ketegorikan sebagai 'memberi'? Hmm. Namun dia tak pernah menghalang orang lain untuk 'memberi' melalui medium-medium seperti itu.

Percayalah, jangan jemu untuk memberi. Walaupun ia hanya segenih ( LE 1.00 ) kepada si peminta sedekah. Ia membawa jutaan kejutan yang tak kita sangkakan, insya-Allah. Rasailah sendiri.

Nantikan Siri 3 !





Nota :

Segenih ( LE 1.00 ) = RM 0.53

Ikuti sambungan siri-siri seterunya :

Siri 3 : Ujian atau Cabaran?

Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabie', Madinah Nasr, Cairo, Egypt .


10/17/11

Siri 1 : Pemberian al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Muhammad. Berasal dari sebuah kampung terpencil di Malaysia. Baru sahaja sebulan di bumi Mesir. Namun, dia rasakan begitu selesa dengan bumi barakah ini. Seronok katanya. Ingin dia jadikan bumi kinanah ini sebagai negara keduanya.

Hari ini sudah masuk minggu kedua dia bergelar mahasiswa jurusan perubatan di Mesir. Tujuannya jelas, menjadikan 'Medic' sebagai co-business nya. Walaupun begitu, serpihan mutiara ilmu agama yang begitu meluas tak dapat dinafikan, terpalit juga sedikit sebanyak. Dia sering berharap agar dia sentiasa diberi keberkatan masa bagiNya untuk dia menguasai banyak lagi ilmu di bumi anbiya' ini, insya-Allah.

Jika minggu lepas, dewan kuliah kelihatan sunyi daripada kehadiran para doktor. Alhamdulillah, hari ini 'full'! Semua lecturer masuk. Kebanyakan mereka baharu pertama kali memulakan pengajaran. Best! Lama betul rasanya dia tidak sibuk sebegini. Lama juga dia tak berfikir banyak benda-benda yang complicated. Kali ni, nah! Nak sangat. Maka mulalah minda warm up kembali untuk cuba memahami dan mengingat dengan banyak. Tambahan pula, untuk memahami english doktor-doktor arab ni bukan mudah. Perlukan sedikit masa untuk biasakan.

Habis sahaja deretan kuliah tanpa henti itu, dia terus bergegas ke arah Gamek ( Jamek ) Nur berdekatan dengan Kuliah Tib Ain Shams itu bersama kawan-kawannya. Semua belum solat zohor lagi. Jam dah menunjukkan pukul 2 lebih. Waktu zohor dah tak lama, asar menanti tiba pula selepas ini.

Alhamdulillah, lepas sahaja solat, dia rasa tenang. Calm. Peaceful. Sememangnya solat itu rehat bagi orang mukmin. Sempat dia bersembang dengan dua orang arab yang menegur kawannya yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Pada mulanya, dia tak mahu masuk campur dalam perbualan mereka tu. Namun setelah melihat kawannya itu kelihatan 'blur' untuk cakap bahasa arab ammi dengan arab tu, dia pun apa lagi, mencelah la. Muhammad memang begitu. Suka sahaja dia bercakap bahasa arab ammi dengan orang Mesir. Bukan apa, ianya akan melatih kita berkomunikasi dengan mereka. Maklumlah, kuasai bahasa takluki dunia. Menguasai pelbagai bahasa ni, banyak kelebihannya, insya-Allah.

Keluar sahaja dari Masjid atau Gamek Nur, Muhammad terus memandang seorang pak arab yang menjual al-Quran, kitab dan sebagainya di hadapan masjid itu. Sementara menunggu kawan-kawannya yang lain, dia sempat membelek-belek al-Quran - al-Quran kecil molek yang diletakkan atas meja. Sedang dia membelek, pak arab tadi menegur. Dia sudah mengagak pak arab tu akan bercakap dengannya. Jadi, dia pun layanlah.

"Dah arba'ah genih ( Harganya 4 genih )", kata pak arab itu.


" Arba'ah genih ( 4 genih ) ? Walla talatah wannus ( atau 3.50 genih )?" Sengaja Muhammad menduga peniaga pak arab itu.

Pak arab itu kelihatan pada mulanya menafikan. Tapi akhirnya, dia akur kepada harga asal.

" Aiwah, talatah wannus ( ya, 3.50 genih )", akur pak arab itu dengan bersungguh-sungguh.


" Ma'alish, ana mish 'ayiz ( maaf, saya tak mahu )", dengan jujur sebab dia nak 'tengok-tengok' sahaja.

Muhammad terus berjalan ke hadapan. Tanpa disedari, pak arab tu mengejar dia dan memberikan al-Quran yang dia hanya 'tengok-tengok' itu.


" Aih ( apa ni ) ??" Tanya Muhammad dengan nada pelik.


" Khud! Magganan! ( ambillah! percuma sahaja ni! )" Kata pak arab tu.

Huish, biar betul pak arab ni. Banyak lagi kawan dia yang bersama-sam dengan dia. Kenapa mesti pak arab tu bagi kat dia? Hmm. Pelik, pelik.

" Soh, magganan? ( betul ke ni percuma? )" Muhammad bertanya.


" Aiwah! Enta min ayyi bilad? ( Ya, kamu dari negara mana? ) " kata pak arab.


" Malizi!( Malaysia! )"


" Khud! Khud! ( Ambil, ambil! ) "


Dengan tidak menolak rezeki, dia pun mengambil dengan senang hati.

Dalam hatinya terlintas pelbagai persoalan. Adakah Allah ingin menegur sesuatu kepadanya??? Atau ada hikmah lain di sebalik kejadian ini??

Nota :

Genih = Junaih ( Matawang Mesir )

Gamek = Jamek ( Masjid )

undefined

( Ikuti siri seterusnya, siri 2 )


Ikuti Sambungan Siri Seterusnya :

Siri 2 : Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi

Siri 3 : Ujian atau Cabaran?

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





10/14/11

Membohongi Hati


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 



Saban hari saya sembunyikan hati ini,

sembunyikan dari merindui papan kekunci,

untuk menyemai ' benih ' buah yang bakal saya semai di akhirat nanti,

saya sedar inilah antara daya lain bagi saya untuk menyumbang buat Islam,

melalui memenuhkan ruang blog ini untuk ummah,

walau hati ini sudah nekad mahu melupakan sahaja lowongan blog ini,

namun ada saja illah yang menghalangku dari terus tidak menyumbang melalui jalan ini.



" Eh Iqbal, lama tak update blog, bila nak update blog? Aku teringin nak baca lagi blog enta.."

" Enta kan tuan punya blog ibnuDDin tu, kenapa dah lama tak update? Hmm.."


sengaja saya mahu sibukkan diri saya dengan ilmu,

saya yakin, saya ni hamba dhaif yang sangat dahagakan ilmu,

ibarat unta yang telah berlari 1000km tanpa meminum air di padang pasir,

akhirnya terjumpa dengan sungai,

sangat bahagia baginya waktu itu,


" Terkadang, kita perlu juga luahkan ilmu kita tu untuk beri manfaaat kepada orang lain"


Insya-Allah, ada taufiq, saya cuba penuhkan isi blog ini.

 Ya Allah,

Allah.

Allah.

Allah.

Jangan bohongi hatimu. Cintai Allah Selalu :)

Segalanya indah jika dibuat kerana Allah S.W.T

(^_^)



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt

10/7/11

Qiblat Ilmu


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Deruan Angin Madinah Nasr lembut membelai pipiku. Ah, kekerasan dalam kelembutan. Sedap. Terhambur pula debu-debu di jalanan. Puas menggosok mata pada awalnya. Siapa sangka, di sebalik debu-debu ini, terselit berlian berharga. Cuma bergantung kepada kita, mahu berusaha mencarinya atau hanya membiarkannya terus berselindung di sebalik debu-debuan itu. Walau pengalaman di sini taklah sedalam mana, walau pundakku masih berat terisi. Alhamdulillah, seronok di sini.

Saya jadi segan untuk menceritakan pengalaman cetek saya di bumi barakah ini. Mana taknya, saya masih 'newbie' lagi di sini dan tak tahu dengan begitu meluas lagi tempat ini. Kendatipun begitu, oleh sebab janjiku buat ibu bapa, sanak saudara dan para sahabat sekalian untuk ceritakan pengalaman dan perkembangan di sini, insya-Allah saya akan tunaikan.


Ceritera dahulu kala

 Tatkala saya di tingkatan 1, saya pernah sematkan dan niatkan dalam hati untuk datang ke Mesir. Kenapa? Kerana saya fikirkan pada waktu itu Mesir merupakan tempat yang baik untuk saya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping melihat ramai abang-abang senior yang melanjutkan pelajaran ke sana, dan ramai yang menggembar-gemburkan Mesir merupakan Qiblat al-Ilmu! Lantaran itu, apabila hajat dan cita-cita saya nampak agak tinggi melayut, saya terus berfikir alternatif lain untuk merealisasikan hasrat saya itu selain saya perlu berdoa dan berusaha sebaik yang mungkin dalam bidang akademik.

Ting*****. Dapat idea. Mama. Ayah. Ya, ibu bapa. Kuasa doa mereka kuat! Saya selalu beritahu mereka bahawa saya ingin belajar di luar negara. Kalau boleh di sebelah timur tengah. Apabila dah diberitahu, secara automatik mama dan ayah masukkan dalam doa mereka selepas solat. Saya dengar. Setiap kali saya dengar, hati saya pasti meruntun sedih. Pilu mendengar doa mereka. Namun, selalu juga saya simpulkan kesyahduan hati saya agar tak diluah dek mata. Mereka doakan kejayaan anak-anak mereka. Mereka tak lupa. Selalu sahaja mereka doakan.

Rindu mama!


Berkat doa mama ayah dan usaha yang tak berbelah bahagi, alhamdulillah saya dapat harungi peperiksaan-peperiksaan dengan baik. Namun, bila naik sahaja menengah atas. Saya jadi lain. Keputusan peperiksaan saya taklah sebagus orang lain. Kalau elok pun, tak mampu nak kekalkan. Saya jadi rendah diri. Rendah hati. Tak cukup dengan itu, pihak lain sempat juga menghentam saya. Namun, saya tak anggap itu satu hentaman, bahkan satu ketukan daripada Allah buat saya yang leka dengan rendah diri saya.

Jangan lupakan jasa mereka ;)

Hampir saja rendah diri saya melenyapkan impian besar saya. Namun, Allah amat menyayangi hambaNya. Kita saja yang kadang-kadang mengkhianati kasih sayang Allah dengan merosakkan diri sendiri. Seorang guru datang menegur saya, dengan teguran yang amat berguna buat saya.

" Iqbal, sifat rendah diri itu bagus. Tapi kalau kita terlalu merendah diri, ia akan makan diri kamu sendiri!"

Ah, terkesan. Rasa diketuk. Tersedar dari alam fantasi. Terus berkejaran menuju ke alam realiti.

Walau langkah kian tertatur. Exam semakin dekat dan terus dekat. Sebenarnya agak terlambat untuk berubah. Memang terlambat. Tetapi tiada lain yang diingat, hanyalah kuasa Allah yang maha mengubah segalanya. Terus mengorak langkah berusaha semampu yang boleh. Terus berusaha hingga ke titis akhir. Terkadang rasa lemah dan putus asa. Saya jadi lupa dengan janji Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong ( agama ) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad : 7 )

Sahabat saya yang ingatkan kembali ayat ini kepada saya. Terketuk sekali lagi. Alhamdulillah, masih boleh terus berjuang hinggalah ke hari peperangan yang nyata.

Hari berganti hari, akhirnya tibalah saat yang dinanti. Keputusan SPM diumumkan. Saya terus terang agak tidak berpuas hati dengan result saya. Tapi bila difikirkan, memang patut jugak dapat macam tu. Saya bukanlah yang maintain result gempak pun kan. Tapi taklah teruk sangat, masih dijemput pihak sekolah untuk ambil hadiah kat atas pentas (Tapi tak pi pun, hihi).

Saat itu, memang aku rasa gelisah. Wujudkah peluang bagi aku untuk belajar di luar negara? Atau lebih spesiifik di timur tengah? Hmm. Memang syahdu mengenangkan. Tiba-tiba kawan saya pulak cakap macam ni :

" Hang tak payah la mintak biasiswa zakat tu, hang ingat senang ka? Ramai gila kot yang mintak biasiswa tu. "

Terdiam sebentar.

" Erk, betoi ka? Hmm. Tak pa la kalau hang tak mau mintak, cuba ja la apply, mana nak tau rezeki kita. Rezeki kita bukan di tangan kita atau di tangan orang lain, tapi di tangan Allah! "

Alhamdulillah. Sememangnya doa ibu bapa itu sangat dahsyat. Lihatlah, harapan saya untuk fly ke sini memang nipis saat itu. Namun, apabila telah tertulis di sana bahawa saya dapat belajar di sini, ianya memang akan jadi realiti. Rezeki bukan di tangan kita, tapi di tangan Allah. Apabila setiap usaha diiringi doa, tawakal dan keyakinan kepada Allah, insya-Allah kita akan berjaya.


Qiblat Ilmu

" Jika orang lain bangga berjumpa dgn artis pujaan hati mereka. Rasanya tak salah untuk saya nyatakan rasa seronok saya berjumpa dgn mufti, ulama' dan doktor-doktor hebat di Mesir :) "

Saya pernah poskan status facebook saya macam qoute kat atas tu. Sungguh, ianya benar. 

Jika di Malaysia, selalu kita akan berbangga sebangga-bangganya apabila kita dapat berjumpa artis pujaan kita, atau kadang-kadang artis tu pun kita tak kenal tapi bila dah orang kata, 'tu artis tu bro, jom jumpa dengan dia'. Terus je boleh kenal dengan tak semena-menanya.

Jadi, saya fikir tak salah saya berbangga dapat jumpa dengan Mufti, Ulama' dan Doktor-doktor hebat di sini. Tak salah kan?? Merekalah antara penyumbang besar pembangunan ummah sejagat, mereka hebat!

Pernah ketika di program AHLAN"11 Ain Shams anjuran persatuan Perubatan ( lebih kurang orientasi la ) yang lalu, tiba-tiba pengerusi majlis menyebut nama saya. Erk! Terkedu. 


" Iqbal, boleh bangun jap, saya ada soalan untuk awak", kata pengerusi majlis dalam keadaan orang lain terpinga-pinga mencari siapa 'Iqbal'.


Dengan malu-malu pepijat saya bangun. 


" Ya, saya!", bangun dengan selamba.


" Ini soalannya, boleh anda ekspresikan pengalaman anda sepanjang berada di Mesir ni dengan satu perkataan?" 


Aduh, memang garu kepala jugak memikirkan. Tapi, alhamdulillah, akhir sekali berjaya juga.


" Teruja", saya menjawab.


Teruja. Mungkin itu sahaja yang terlintas di benak saya waktu itu. Tapi jika difikirkan, ianya benar! Saya teruja dengan bumi ini. Walau kadang-kadang terfikir, mengapa saya dicampakkan di tanah gersang ini? Yakin sahaja, Allah yang telah memilih tempat ini buat saya. Namun, lambakan ilmu di sini menutup segalanya. Yang hitam, terus nampak putih. Di tambah sinar-sinar cahaya yang mengelilingi. Huhh, indah. Inilah bumi qiblat al-Ilmu.


Tidak ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu yang berkaitan dengan halal dan haram diikuti dengan ilmu perubatan.
  ( Imam as-Syafie )
Buat tatapan semua, insya-Allah ada  sedikit gambar-gambar yang sempat saya ambil kat sini .
syahdu ;)

adik-adik yang dirindui :)

dalam flight

tudia, penuh belacan dengan ikan masin, hihihi..

baru sampai :)
Jaulah maqam

Hebat Ustaz-ustaz kita, hmm...




Akh Najmi petah berbicara ammi Mesir. Betapa pentingnya persediaan sebelum ke sini :)




cara mereka mencari rezeki

rasa air syibih zam-zam. Memang rasa nak macam air zam-zam


Saya berjaya mintak kurangkan harga masa beli buku kat pak long ni, huhuhu...

Sinar harapan

.....


Ketika kawan sebayanya yang lain di Malaysia sibuk bermain PS3, XBox, dan Wii, dia gigih mencari rezeki untuk keluarganya



Masjid Amru


Suasana berdebu yang sememangnya berlainan dengan Malaysia. Ini bukan jalan bandar, ni jalan kampung.


Masjid Syeikh Athoilah al-Sakandari ( Pengarang kitab Hikam )

Kurang cun la gambar ni, sapa la yang tangkap :)

binatang yang famous kat sini
Selalu naik bas ni la, murah!

bas ni mahal sikit

Masjid al-Azhar. Front view

Dalam masjid al-Azhar

Dalam masjid al-Azhar

saja tak mau bagi nampak muka,,,


Cantikkan masjid al-Azhar ni? Sentiasa subur dengan ilmu.



Bunga di masjid al-Azhar. Seindah bunga di taman, lalalalala~





Menunggu bas yang tak kunjung tiba, rupanya mereka ada mogok pulak, hmmm..


al-Quran dibaca di mana-mana

mereka tak malu macam kita untuk membuka al-Quran dan baca di  mana sahaja


wonderland, tengok dari luar ja..


Kedutaan di Mohandiseen

Merentasi Sungai Nil

Aktiviti membeli buku giat dijalankan sebelum kuliah bermula

insya-Allah, lebih kurang macam ni la kuliah kami

Cantik ke? hmm..

Pernah tengok Ketika Cinta Bertasbih? Kat dalam ni la Mas Azam lakonkan satu scene berdoa. Nama masjid ni, Masjid Nur. Dekat je dekat kuliah kami.

Metro. Bukan surat khabar, tapi lebih kurang LRT la. Murah gila kot.





Kesesakan lalu lintas atau zahmah yang memeningkan. Teksi pun tak mau terima penumpang.



Senior yang bagus!

Persiapan yang belum lengkap..

Tepian Sungai Nil

lepak-lepak dengan senior


Alhamdulillah, sempat naik kapal layar menyusuri Sungai Nil


 
 
Muhammad Iqbal :
1) Setiap tempat punya kelebihan yang tersendiri. Saya hanya menyelitkan info berkenaan dengan Mesir kerana saya menetap di sini sekarang.
2) Terasa semakin berat nak update blog sekarang. Doa-doakanlah semoga saya sentiasa diberi taufiq olehNya untuk update blog ni ye :)
3) Setakat sahaja yang mampu saya ceritakan, moga ada manfaat buat anda semua .
4) Doakan urusan pengajian dan segala mehnah kehidupan saya berjalan lancar dan berjaya di tangani dengan baik :)
 

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Madinah Nasr, Cairo, Egypt