7/31/11

Fadhilat Sahih Solat Tarawih


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






Subhanallah al-A'zim. Subhanallah wa bihamdih. :)

Ramadan Kareem. Allahu Akram!

Alhamdulillah. Infiniti syukur dihadratkan kepada Ilahi. Akhirnya sudah terlalu hampir kita dengan Ramadan al-Kareem. Itu adalah nikmat yang perlu kita syukuri! Tidak semua orang ada peluang mendapat nikmat sebegini.

Air yang paling jernih sekalipun tetap akan kotor apabila diisi di dalam bekas yang bernajis. Hati umpama bekas dan Ramadhan ialah airnya jika tidak disucikan hati maka Ramadhan akan tercemar oleh kotoran nifaq, maksiat dan dosa. Isikanlah Ramadhan dalam bekas yang bersih barulah terasa nikmat ketika meneguknya dan hilang segala dahaga pada dunia !
Hayati kata-kata diatas. Insya-Allah ada manfaatnya.

Jika dua tahun yang lepas, aku telah menghasilkan satu entri berkenaan solat tarawih ( klik SINI ). Kali ini sekali lagi aku akan sajikan satu lagi entri berkaitan solat terawih ini. Jika dahulunya penuh kepalsuan, insya-Allah kali ini penuh dengan kesahihan . Jom kita lihat. Rasss~


*   *   *   *   *   *

Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina A’li R.A cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.

Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.

2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.

3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.

4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.

5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.

7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman...

8. ... demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30. ( Klik SINI untuk membaca sehingga malam ke 30 )

Pengarang Durrah al-Nasihin hanya menyebut sumber petikannya daripada kitab Majalis. Bagaimanapun, hadith ini adalah hadith palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadith. Antaranya seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah dalam tesisnya (Ph.D.), Takhrij Hadith-hadith Durrah al-Nasihin. Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Brunei (1999) juga menyatakan ianya tiada di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, namun ada diriwayatkan seumpamanya di dalam kitab-kitab Syiah seperti kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dan Wasa’il al-Syi’ah oleh al-Hurr al-’Amili. Dan rujukan mereka tidak dapat dipegang oleh kita.

Maka bagi menggantikan hadith palsu tersebut saya telah menemukan empat buah hadith yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;


1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: 
“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. 
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.


حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. 
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)


3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;

Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”. 
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)


4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;

Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: 
“Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)

Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.  ( Sumber )


 



Cadangan Bacaan :


Muhammad Iqbal :

1) Rajin-rajin solat terawih ye~ :)

2) Semoga kita dapat pengampunan dari segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Marilah kita sama-sama bertaubat. Bertaubatlah~
 

4) Ramadan Kareem!

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

7/29/11

Video : Andai Ini Ramadan Terakhirku


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang


Dapatkah kita melihat sinar mentari tatkala Ramadan menjelang?? Hanya Dia yang tahu. Bersedialah..


Kesibukan kini kian mencengkam diriku. Maka kuranglah masa aku untuk bersua dengan blog ini. Tapi tak mengapa, kali ni insya-Allah walaupun hanya kelihatan seperti  perkongsian video secara biasa. Tapi insya-Allah, moga ada kesan buat anda dengan semua video ni.

Video-video ni dihasilkan oleh anak-anak muda yang bersemangat untuk menyebarkan dakwah mereka. Moga ada manfaat daripada hasil kerja mereka ini. Rasss~












Ini Video yang aku rasa antara yang terbaik :) Rasss~




English Version :






Ini juga persediaan terbaik buat kita untuk menyambut Ramadan :)








Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



7/24/11

Nak Couple Islamik?





  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم 






Ikuti kisah ini :
Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? 
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
 
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)
 
Muhammad Iqbal :
1) Ini kisah yang diambil dari facebook.
2) Ingatlah, yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya.
3) Ambillah pengajaran dari kisah tersebut. Janganlah cuba nak meng'ISLAMIK'kan semua benda semata-mata untuk kepentingan diri kita.
4)  Aku tengok ramai betul la yang anggap couple tu jadi perkara yang diketegorikan sebagai "MESTI" dalam hidup remaja. Sehinggakan, kalau sesiapa yang tak dak 'awek' atau 'balak' dianggap tak normal, malah kadang-kadang dipulaukan. Hmm. Moga-moga Allah pelihara kita semua dari segala perkara yang HARAM.
5) Lihat juga entri ini :  
Wallahua'lam


Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

 
 
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook dan Blog! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! JOM Daftar Sekarang! [KLIK SINI]

 

7/23/11

Syiah Malaysia Makin Mengganas



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kali ini, insya-Allah satu perkongsian penting buat kita semua. Perkongsian mengenai apa yang aku baca di blog ini, salah satu ilmuan agama dalam negara kita.

Mengapa aku katakan penting?

Ianya penting kerana ia melibatkan soal aqidah! Kini, golongan syiah Malaysia atau nama mereka kini Majlis Syiah Malaysia kian melebarkan sayap mereka untuk menyebarkan doktrin atau fahaman yang mereka anuti.

Cuba anda baca artikel yang diambil dari blog tersebut :

*  *  *  *  *

Nampaknya gerakan Syiah jadian di Malaysia semakin tak keruan. Fatwa dan undang-undang yang jelas berkenaan larangan penyebaran Syiah langsung tak diendah dan dihormati. 


Kali ini dengan menggunakan nama Majlis Syiah Malaysia mereka menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri merayu supaya fatwa dan undang-undang pengharaman Syiah dibatalkan, mereka turut menghantar buku-buku Syiah ke beberapa lokasi dalam negara.




Paling mengejutkan, apabila di dalam memorandum tersebut, Syiah dengan sikap 'taqiyyah' (berpura-pura) membuat perakuan DUSTA apabila mengatakan merekalah sebenarnya Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ)! Alangkah jijiknya pengakuan Syiah ini! Bagi penulis ini adalah ungkapan paling BIADAP dan berniat jahat untuk mengelirukan penganut ASWJ. Pendek kata tak masuk akal langsung! 

Syiah juga diingatkan untuk tidak perlu mengkambinghitamkan 'salafi wahabi' dalam menyelamatkan diri. Syiah sendiri sedia maklum, golongan Ahli Sunnah tanpa mengira aliran sama ada salaf atau khalaf, Asya'irah-Maturidiyyah atau Salafiyyah, di Malaysia dan dunia Islam sunni yg lain, semuanya sepakat menolak Syiah tanpa terkecuali.




Sehubungan itu, penulis ingin mengingatkan masyarakat Islam supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan propaganda jahat Syiah jadian ini. Ketahuilah perbuatan Syiah ini bertentangan dengan fatwa dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara. Oleh itu sesiapa yang mndapat apa-apa buku atau dimaklumkan apa-apa maklumat berkenaan  dengan Syiah dinasihatkan seperti berikut :-

  1. Laporkan segera kepada pihak polis.
  2. Laporkan segera kepada jabatan agama Islam negeri / daerah.
  3. AJK surah dan masjid meminta ustaz-ustaz untuk menjelaskan penyelewengan Syiah termasuk untuk tazkirah bulan puasa nanti.


Sampaikan mesej ini kepada semua sahabat supaya semua kita sentiasa berhati-hati dengan propaganda Syiah ini!!!


*  *  *  *  *


Macam mana? Apa pendapat anda? Ini satu perkara yang bahaya!


Baca juga entri ini : Golongan Anti Hadis : Awas !!


Wallahua'lam
 

Muhammad Iqbal 
Baling, Kedah


7/19/11

Tips Sempena Musim Buah-buahan


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Kini, sememangnya semua sedia maklum bahawa kini musim buah-buahan ( di Malaysia saja ye, tempat lain tak tau ). Hihi. Hingga kini, rasanya, buah-buahan masih lagi bertambun-tambun di dapur. Ye la, mana taknya, pokok-pokok buah dekat belakang rumah saja pun dah tak larat nak jamah. Itu belum campurkan dengan buah-buah kat dusun lagi. Huh, orang utara kata, jenoh!

Durian. Ya, kali ni, aku ada sedikit tips untuk dikongsi bersama pembaca berkenaan durian ni. Mungkin ada yang sukakan durian, dan tak kurang juga pasti ada yang tak menyukainya walaupun dia seorang warganegara Malaysia. Tips atau bahasa kurang rasminya petua ini aku dapatkan daripada tok ( nenek ) aku sendiri. Kira petua orang lama la ni.



Apabila disebut durian sahaja, pasti kita terbayangkan isinya yang kuning menawan, baunya yang menusuk tak terlawan, durinya penuh ketajaman. Ya, itulah gambarannya. Tapi pasti juga kita terbayangkan kesan atau effects kalau kita makan durian. Antara perkara lazim yang selalu difikirkan ialah :

  • Mulut akan jadi busuk

  • Badan akan jadi panas

  • Tak boleh makan ubat

 Mulut  busuk!

Ini merupakan masalah besar bagi seseorang yang selalu solat berjemaah. Bau mulut orang yang makan durian memang tak dapat dinafikan lagi akan membawa satu kesan yang tak baik buat jemaah yang lain. Bau mulutnya boleh menyebabkan orang tidak khusyuk solat !

Solusi : Apabila selesai makan durian, anda dinasihatkan supaya memakan beberapa biji buah manggis untuk menghilangkan baunya. Insya-Allah, bau mulut anda jika tak hilang sepenuhnya pun, akan berkurang sedikit baunya.




Badan panas!

Ini yang menggelisahkan buat si pemakan durian terutama jika makan pada waktu malam hari kerana tidur mereka akan terganggu dek kepanasan badan mereka.

Solusi : Mudah sahaja. Selepas selesai makan, anda hanya perlu masukkan air masak ( sky juice ) ke dalam tempat isi durian itu diambil yakni rongga tempat isi durian tu dan terus minum air tu. Faham? Cuba tengok gambar di bawah. Insya-Allah, ia dapat mengurangkan kepanasan badan anda selepas itu.

isi air baik-baik


Lepas isi, minum je terus air dalam tu..




Makan ubat!

Ini tak dapat den nak menolongnye. Kena la tunggu 4 jam selepas makan durian. Tapi kalau makan ubat homeopati tak kisah, ok je, bedal je nak bedal banyak mana, hihi.



 Muhammad Iqbal :

1) Banyak buah kat rumah aku ni. Sapa nak, silalah datang rumah aku ni.. (^_^)

2) Petua orang tua memang agak berguna kerana mereka sememangnya berpengalaman lebih daripada kita.

3) Usha jugak entri lepas : RESEPI : Maggi Kuah Laksa ( My Favourite )


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

7/18/11

Kembara Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Katakanlah : 
" Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah mencipta ( manusia ) permulaan, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari kiamat )dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."
( al-Ankabut 29 : 20 )


Alhamdulillah, pada hari jumaat dan sabtu lalu aku bersama mama telah mengembara ke Langkawi. Sebenarnya, itu merupakan rombongan anjuran sekolah tempat mama aku mengajar dan tak dilupa, juga tempat aku mengajar, walaupun tak lah lama mana kan.

Perjalanan dimulakan pada awal pagi jumaat seawal lebih kurang 6:30 a.m. Bertolak dari SK Kampong Padang ( tak jauh pun dari rumah ) dan akhirnya tiba di Jeti Kuala Kedah lebih kurang  8:20 a.m. Berehat sebentar sementara menanti feri yang bakal di naiki pada pukul 9:30 a.m. Ini merupakan kali ketiga aku pergi ke Pulau Langkawi. Kali pertamanya ketika aku masih kecil ( belum matang lagi ), yang kedua ketika darjah 6  ( itupun masih lagi naluri kanak-kanak wujud ) dan yang ketiganya kali ini ( lebih matang dari sebelumnya ) !

Jeti Kuala Kedah

Semasa mahu menaiki Feri


Perjalanan yang meloyakan di atas feri di tutup atau di cover dengan melenakan badan. Mungkin itu sahajalah cara untuk menghilangkan rasa nak muntah yang datang bertalu-talu. Maklumlah, perjalanan dari Jeti Kuala Kedah lebih jauh dari Jeti Kuala Perlis. Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lebih. Fuh memang seksa di atas feri!

Bangun sahaja dari lena yang seketika, tak lama kemudian sampai di Jeti Langkawi. Alhamdulillah. Rupanya Kak Long juga menyertai rombongan ini. Dia bertolak dari UiTM Arau dan ke Jeti Kuala Perlis untuk sampai ke Langkawi. Kami terus mencari bas yang telah disewa untuk perjalanan kami di pulau lagenda ini. Kami di sambut mesra oleh pemandu pelancong kami, Encik Osman dan dibawa terus masuk ke dalam bas.

Encik Osman juga berasal daripada daerah Baling. Fuh, itu unik! Mengapa? Ia secara tak langsung memudahkan komunikasi antara kami. Ye la, daerah Baling ( dan Sik ) mempunyai dialeknya yang tersendiri berbanding dengan daerah-daerah lain di negeri Kedah ni. Alhamdulillah, aku agak fasih berdialek Baling.

Pemandu pelancong sangat penting bagi aku kerana, kita bukan orang asal atau orang yang pernah lama bermastautin di tempat yang kita nak melancong tu. Jadi pemandu pelancong sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan dan menambah info mengenai kawasan yang kita ingin melancong itu.

Ok, seterusnya, kami dibawa terus ke destinasi pertama kami, iaitu Makam Mahsuri. Aku secara jujurnya tak berapa suka sangat dengan tempat sebegini kerana penceritaan mitosnya yang pada aku terlalu melampau-lampau sehingga sangat tak logik dek akal yang waras. Walaubagaimana pun menjadi keperluan juga bagi kita untuk menghormati mitos-mitos itu. Nasib baik tempatnya cantik, boleh la gunakan skill capture pic yang dah lama terpendam tak digunakan ni, hihi ( perasan bagus ).

bas yang kami naiki

Andai ku dipenjara kasih,,,




Ehem..

Kak Long


Selepas solat, kami terus menghala ke satu lagi tempat bersejarah iaitu Beras Terbakar. Di situ terdapat banyak kedai-kedai untuk beli belah dan kesan sejarahnya juga masih boleh dilihat seperti melihat butiran-butiran beras yang terbakar dalam satu peristiwa bersejarah di situ.

Kawasan Beras Terbakar




Lokasi selepas itu ialah beli belah di satu kedai yang agak besar iaitu The Rams. Ini sebagai buah mula dalam arena beli belah. Selepas ni banyak lagi gedung beli belah besar yang lain turut diserbu. Fuh, sememangnya Pulau Langkawi menjadi mimpi ngeri buat si lelaki sebab kaum ibu memang bershopping sakan. Yang nak kena angkut bukannya mereka, tapi para lelaki gagah ni la, hmm.


Coklat kegemaran sapa ntah..



Tak dilupa, pada hari jumaat itu jugak, kami melawat satu perusahaan gamat di Langkawi ini. Banyak betul produk gamat dibeli di sini kerana harga di sini agak murah berbanding tempat lain. Kami juga di beri peluang untuk melihat sendiri bagaimana gamat dihasilkan. Mungkin ia bukan sesuatu yang baharu buatku sebab ini dah kali kedua aku melihat perkara yang sama. Tapi tak mengapa, aku ceritakan jugak buat semua pembaca budiman.





Encik Osman menunjukkan demo bagaimana minyak gamat dihasilkan


















Sebelum matahari menjunam jatuh, aku sempat bersiar-siar bersama seorang ustaz dari SK Kampong Padang tu. Dia menghubungi kawannya ( juga orang Baling ) untuk mengambil kami. Kami dibawa masuk ke tempat yang agak terpencil. Tempat tinggalnya penduduk kampung di Langkawi untuk melawat saudara mara ustaz tersebut yang lain. Ini satu pengalaman baharu!

Apabila matahari kelihatan tunduk membelah laut, sehingga hilang langsung wajahnya, kami dihantar ke tempat penginapan kami. Tempat penginapan kami tak lah semewah mana, hanya di inap desa atau homestay yang diubah suai menjadi banyak bilik dalam satu rumah. Alhamdulillah agak selesa dengan adanya pendingin hawa ( air cond ). Harga agak istimewa dan sesuai untuk pelajar sekolah. Satu malam untuk satu bilik hanya RM50 sahaja. Bilik air pun bagus. Water cooler ada. Kopi, teh dan gula pun di sediakan untuk dibancuh sendiri. Lokasinya di tengah Pekan Kuah.




Pada malam itu, suasana beli belah kian memuncak. Kaum ibu ( guru wanita ) diberi pelepasan untuk beli belah sepuasnya di pekan Kuah kerana jarak antara rumah penginapan tu dengan gedung beli belah sangatlah dekat. Manakala kaum bapa ( guru lelaki ) membawa para pelajar ke Dataran Helang. Aku memilih untuk ikut mama beli belah sebab (aku anak mama, hihi) aku dah pernah pergi dah dataran tu dulu.

Uptown Langkawi

agak lengang

Ni baru satu kedai, huh!


Perjalanan diteruskan pada keesokkan harinya selepas sarapan pagi atau dalam loghat utara 'meyerok'. Hujan renyai-renyai manja menghalang kami untuk ke Kilim Geoforest Park pada awal pagi. Namun tak menjadi masalah, kerana kami dibawa beli belah lagi di gedung beli belah yang tak asing lagi bagi pengunjung Pulau Langkawi ini, Idaman Suri. Pening kepala dibuatnya lepas tengok mama mengangkut banyak pinggan mangkuk di situ. Memang letih la mengangkat semua barangan dapur tu. Huh.

Alhamdulillah, hujan yang renyai tadi beransur hilang dan kami teruskan hajat untuk ke Kilim Geoforest Park di sebelah utara Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari pekan Kuah. Akhirnya sampai di sana. Tempatnya sunnguh cantik sekaligus menjadikan tempat ni antara tempat paling menarik pada hemat aku di Langkawi ini. Ini kali pertama aku ke sini. kawasan ini juga menjadi tempat kajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dam bidang geologi dan semestinya dibanjiri pelancong-pelancong asing. Kerana tempat ini tersangatlah UNIK. Tak percaya datanglah sendiri! Kawasan ini di kelilingi dengan hutan paya bakau yang membentuk denai yangmenarik dan amat cantik. Subhanallah!













Surau juga disediakan


Kami di bawa menaiki bot untuk melihat sendiri pemandangan indah di kawasan ini. Bukan sahaja melihat pemandangan indah, kami juga di sajikan dengan program Eagle Feeding atau Eagle Watching di mana satu usaha oleh pengusaha bot di sini untuk memberi makan secara unik kepada sejenis burung helang yang banyak terdapat di Langkawi ini iaitu spesis helang merah.

Encik Osman di hadapan

Bersama pelajar sekolah

pemandu bot dan ustaz






Selain itu, kami dibawa juga melawat sangkar ikan di lautan. Kami diberikan penerangan tentang beberapa ekor ikan dan haiwan laut lain seperti ikan pari, ikan sumpit dan belangkas. Penerangan yang baik daripada pihak pemandu bot sungguh bermakna, dapat jugak top up ilmu dan dapat mengagumi ciptaan Allah S.W.T.

Sangkar

Satu-satunya ikan pari yang boleh kuak lentang di dalam sangkar ini


Malaysiaku tercinta

Diberi peluang untuk memegang sendiri ikan pari itu

Memberi makan

Ini belangkas

jangan takut, belangkas tak berbisa dan tak beracun

siap boleh buat helmet lagi beb!

Mama bersama guru lain

Bersama mama tercinta

ini cara nak umpan ikan sumpit supaya memancutkan air ke arah kita


Selepas itu, kami terus meluncur laju atas lautan biru merentasi Hole of the Wall atau orang tempatan panggil Pintu Dunia sehingga menghampiri lautan Andaman di Thailand. Dari situ kelihatan pelbagai pulau di situ. Pelbagai bentuk, bentuk kasut pun ada iaitu Pulau Kasut. Subhanallah!

Pulau Kasut, seakan kasut kan?

Kilim Geoforest Park nama yang diberikan oleh UNESCO

Inilah yang dikatakan 'Hole of the Wall' atau Pintu Dunia tu..




Memang banyak lokasi yang boleh dilawati di Kilim Geoforest Park ni. Dan tak kurang juga kosnya, hihi. RM 200 untuk satu bot. Satu bot boleh dinaiki kira-kira 5-6 orang. Lokasi seterusnya ialah Gua Kelawar. Juga berada dalam hutan paya bakau. Sangat menarik!





Batuan dan pokok di Gua Kelawar

Memang gelap betul

Sentiasa memberi penerangan


Hutan Bakau



Sebelum pulang, kami semua dibawa pergi ke satu lagi tempat yang agak menarik. Pantai Pasir Hitam. Ya, pelbagai mitos diceritakan bagaimana pasirnya menjadi hitam sehingga kini. Huh. Myth buster! Di situ jugak terdapat kedai-kedai menjual barangan hasil laut, cenderahati dan baju-baju. Mama beli banyak baju di  situ. Tak terlepas, aku jugak beli beberapa helai baju di situ.




Alhamdulillah, selepas solat asar kami terus ke jeti untuk menaiki feri pulang. Ternyata feri menghala pulang ni lebih mencabar dari yang sebelum ni, memang tak tertahan lagi nak termuntah. Pening entah la sampai tahap apa. Walaubagaimana pun aku masih berjaya mengawal kemachoan ( haha ) supaya tak muntah. Alhamdulillah!

Muhammad Iqbal :

1) Seharian buat entri ni. Letihnya!

2) Semasa darjah 6 dulu pun aku sertai rombongan dari sekolah yang sama dan pemandu pelancong yang sama. Hihi.



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah