3/30/11

Kembaraku dan Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Sungguh banyak nikmatNYa yang kita kecapi. Dari tangisan kita selepas keluar dari alam rahim, hingga ke saat anda membaca penulisan aku ini. Sungguh tidak terhitung nikmatNYA.

Alhamdulillah. Sementara menanti keputusan SPM yang lalu, aku diberi kesempatan untuk melihat dunia. Aku menjelajah ke serata bumi Malaysia ini. Walaupun kadang-kadang hati ini tidak mahu melihatnya, tetapi yang jelasnya keadaan begitu memaksaku.....

Allah s.w.t. berfirman: 
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”
(Surah al-Hajj 22: 46)


Aku berkembara bersama keluarga. Aku berkembara bersendirian. Aku kembara ke mana-mana. Sama ada menaiki kereta mewah keluarga mahupun menaiki bas cabuk yang hanya menanti hari peleraiannya. Semua itu membuatkan aku cuba membuka mata hati anugerah ILAHI secara perlahan-lahan bagi meneliti rentak hidup saudara-saudaraku di luar sana. Namun, akhirnya, aku terasa ingin rebah. Inikah yang bakal aku tempuhi di luar sana nanti?? Melihat keadaan ummah yang agak kritikal parah mereka. Beragama ISLAM, tetapi mahu tiru budaya barat yang merosakkan. Tidak tahu yang Halal dan Haram. Yang Haram dianggap Halal. Akhirnya, semuanya Halal.

Pasak Islam, dibiar runtuh tak berirama tanpa cuba mendirikannya semula. Ya, tiang agama itulah pasaknya yang sepatutnya dipasak sekurang-kurangnya sejak umur 7 tahun. Mereka leka, mereka alpa. Ya Allah, jangan Kau hanyutkan kami dengan nikmat besar yang bercurah-curahan yang Kau telah berikan. Kita tenggelam dalam. Tenggelam terlalu dalam ke dalam nikmatNYA. Aku takut. Aku gentar ya Allah. Inikah keadaan akhir zaman??

Sangat terlalu ramai umat Islam di Malaysia ini yang tidak mahu solat. Entah mengapa. Terlalu beratkah? Atau kita terlupa memasang CCTV Allah berupa TAQWA ( melakukan apa yang ALLAH suruh, dan tinggalkan apa yang ALLAH larang ) didalam jiwa dan diri anda?? Hingga hilang rasa takut kita kepada Allah. Hingga hilang rasa berTUHAN dalam diri kita.


Sila lihat berita dibawah bagi menyokong fakta aku.

Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.


Sumber: Berita Harian 28.02.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)


Tokok akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna bacaan al-Fatihah.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.

"Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema 'Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik' anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.


*********

Seterusnya Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam subjek kritikal itu.

"Mereka akan terus menjadi 'lost generation' seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka 'gagal'," katanya.


al-Fatihah merupakan surah pertama (Pembukaan) yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran' (induk Al-Quran) atau 'Ummul Kitab' (induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran serta menjadi intisari daripada kandungan Al-Quran. Kerana itulah diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat sebagai salah satu rukun solat.


Makna bacaan al-Fatihah:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang Berkuasa di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat (sumber )




p/s : Hiba sungguh rasa hati ini melihat sangat ramai yang tidak melaksanakan solat. Adakah anda tidak solat, dan anda iktiraf diri anda, 'kami OK'? Fikirkan..


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

 

3/28/11

Ku Gagahi Jua



Maha suci Allah, yang sentiasa memberi nikmat kepada hambanya yang tak terhitung.Dengan sifat ar-RahmanNYA, semua hambanya, tak kira yang ingkar atau pun tidak, DIA tetap memberikan nikmat yang banyak, namun manusia, ramai yang tenggelam dalam nikmat kurniaanNYA tanpa bersyukur.

Adakah itu aku? Atau kita? Tepuk kepala tanyalah diri anda.

Alhamdulilah, kali ini aku diberi ruang dan peluang untuk mewarnai kembali pelosok blog ini setelah sekian lama membiarkannya sedikit terhabuk di sana sini. Mungkinkah tarikh keramat 23hb Mac lalu memyebabkan aku tersentak begini?? Segalanya, biarlah rahsia.

Langsung tidak dapat ku nafikan, aku telah dirudung pilu menelan peria yang sungguh kelat untuk ditelan tempoh hari. Namun, ku gagahi jua kerana ku yakin dengan ketentuanNYA dan tidak dilupa, kata-kata orang tua, yang pahit itulah penawar.

Terima kasih juga kepada senior-senior yang amat prihatin terhadap junior-junior mereka. Menasihati dan mengambil berat tanpa jemu kepada kami. Terima kasih Abang Solihin dan Abang Safuan kerana telah menolong serba sedikit dan menasihatiku.

Kini, aku semakin bertambah yakin atas apa yang Allah beri kepada ku sekarang. Permulaan yang penuh liku bagiku, nak isi JPA dan MARA pun tak lepas, haha. Tak apa, pantang menyerah sebelum berjuang bermatian. Keputusanku yang lepas tidak akan aku benarkan ia menguburkan semangat aku. Allah create everythings, Allah know the best for us.

Tetapi, walaupun begitu, mama dan ayah tetap memberi sokongan dan berbangga dengan anaknya ini. Itu pun sebenarnya nikmat maha hebat daripada Allah kepadaku. Aku dah menggembirakan hati ibu bapa!!

Lima entri cadangan bagi memulihkan semula semangat anda jika anda senasib dengan aku :



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Gambaq ni aku tangkap kat bilik studi



Tahniah buat 26 orang yang 'lurus' A itu!! gambar dikreditkan kepada guru tersayang, Encik Ariffin Salleh


Video cadangan, La Tahzan!! rass~


 p/s : yang lalu biarkan berlalu, coraklah kejayaan yang lebih cemerlang untuk masa hadapan bagi mengangkat sejarah yang akan kita ciptakan.Alhamdulillah, ku gagahi jua diri ini menerima hakikat..




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



3/21/11

Ribena Ada Arak?




25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. ( sumber )

Oleh : PieLan

p/s : Aku tak tahu tahap kesahihan berita ni. Tapi walaubagaimana pun, kita masih boleh berhati-hati. Banyak lagi pilihan lain selain Ribena ni seperti Sunquick Blackcurrent atau sebagainya. Buatlah pilihan yang tepat supaya seluruh jasad kita sentiasa menerima perkara yang terbaik sahaja dan ibadah yang dihasilkan nanti pun bakal yang terbaik.


" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika baik, maka baikklah seluruh tubuh, dan jika ianya buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."
( H.R Bukhari dan Muslim )
klik sini untuk muat turun mendengar hadis ini dalam lagu
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Sungai Petani, Kedah. 



3/16/11

Penyakit Kalbu Moden


Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.


Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.



1. Blog dan "Followers"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?



2. "Like"  di Facebook

Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.




3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.




4. Komen Gambar di Facebook

Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.




6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!



7. Berdakwah di Facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.


Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!


Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ( Sumber )



Daripadaku...

Dah baca?? Takut??Alhamdulillah, kali ni teringin pula berbicara soal hati. Masuk bab tasawuf sikit tapi yang sesuai dengan zaman sekarang. Artikel di atas diambil dari laman iluvislam.
Teringat pula pertama kali aku belajar ilmu tasawuf ni dulu, masa tu aku berada di tingkatan 2. Ada seorang senior aku pada masa itu dia tingkatan empat, dia telah membuat satu halaqah di surau selepas balik prep malam lebih kurang pukul 11.00 malam. Muhammad Azhar Bin Rasli yang juga merangkap sebagai ketua BADAR pada masa itu, telah membacakan kami dan menghuraikan satu kitab yang amat mashyur bagi pelajar-pelajar pondok iaitu kitab Penawar Bagi Hati ( klik sini ).

Kitab itu bertulisan jawi lama dan ditulis oleh as-Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. Setiap kali senior aku tu baca kitab tu memang aku akan ikuti dengan tekun dan tak akan miss kelas tu. Walaupun kadang-kadang kami ( kumpulan halaqah ) terlajak belajar sampai pukul 12.30 pagi, tetapi keseronokan memperolehi ilmu baharu membawa keghairahan kepada kami sehingga terleka dengan semua itu ( nasib baik warden tak tau, kalau tidak, siap la ). 
kitab Penawar Bagi Hati.

Ya la, aku bukanlah datang dari keluarga ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah, tu yang banyak benda baharu tu di grab sebaik mungkin. Ketika aku masuk SMKA Sik tu pun, aku sebenarnya tidak dapat membaca al-Quran dengan baik, tajwid berterabur, bak kata ustaz kat sekolah tu. Selepas tu, ustaz adakan satu kelas special bagi orang macam aku ni, kelas pemulihan al-Quran. Kelas itu juga banyak membantu aku dan rakan-rakan. Terima kasih daun kari ustaz!!  Tidak dilupa, seorang senior aku pada ketika itu, Irfan namanya, dia telah mengajar kami al-Quran dengan tekun sekali. Dia selalu membuat halaqah sebelum maghrib untuk mengajar membaca al-Quran kepada para junior 'yang berminat'.

Wah, sudah melalut jauh pulak aku nih, berbalik semula kepada bab hati ni. Aku sebenarnya nak komen sikit mengenai artikel diatas. Apabila dibaca dan difikir kembali artikel diatas tu, semuanya adalah berkenaan dengan hati pada era modenisasi ini. Tidak dapat dinafikan, semua itu adalah benar, kerana hidup kita sekarang selalunya bergelumang dengan perkara-perkara seperti sedemikian, facebook,blog dan lain-lain. Tetapi jangan pula kita berpatah hati atau mahu menganjakkan diri anda daripada menjadi seorang da'ei. Jangan!! Jom kita sahut cabaran modenisasi ini dengan tenang. Semua masalah itu aku yakin hanya dapat diatasi juga dengan hati kita kerana ianya bermula dari hati.




" Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)  berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana (ingin) mendapatkan keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana (keredaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan. 
(HR Bukhari dan Muslim)


Aku yakin, jika semua perbuatan kita itu ikhlas, insya-Allah, penyakit hati ini sukar sedikit menyerang kita. Kerana tanpa ikhlas, pelbagai penyakit hati seperti digembar-gemburkan oleh artikel divatas akan pantas menyerang dengan bantuan syaitan laknatullah. Ingat, untuk mendapatkan itu sememangnya, kita harus betulkan niat kita setiap kali apa yang kita mahu lakukan terutamanya berdakwah di alam maya ini. Kerana sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)  berdasarkan apa yang dia niatkan. 

Mafhum Sabda Rasulullah S.A.W :


" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika baik, maka baikklah seluruh tubuh, dan jika ianya buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."
( H.R Bukhari dan Muslim )
klik sini untuk muat turun mendengar hadis ini dalam lagu




"Segalanya indah jika dibuat kerana Allah S.W.T "



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



3/14/11

Sudikah Kita Menjadi Ghuraba'

Jom Jadi Ghuraba' !!

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
 



Ghuraba'...merekalah minoriti dalam masyarakat hari ni...


Bukankah orang-orang yang memelihara aurat dengan sempurna itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang solat 5 waktu di masjid/berjamaah itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang mengamalkan sunnah nabi itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang memelihara kehormatannya itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang rajin baca Quran itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang berpegang pada jalan dakwah dan tarbiyah itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang memelihara dirinya daripada ikhtilat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa pedulikan masalah umat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa bekerja untuk mengembalikan masyarakat kepada Islam itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang menyerahkan seluruh kehidupannya semata-mata untuk mencari mardhatillah itu adalah asing hari ini?


Tidakkah kamu mahu termasuk dalam golongan yang terasing itu?



Jom jadi ghuraba'!


 lirik

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

 






Layakkah aku menjadi Ghuraba'??






Ada Beberapa Video Cadangan Untuk Dilayan. Jom layan, rass~









p/s : Baginda Rasulullah S.A.W pernah di tanya, ' siapakah golongan yang ganjil ( ghuraba' ) itu ya Rasulullah??' Rasulullah menjawab " Mereka itu ialah manusia yang melakukan islah ketika fasadnya manusia". 

Allahu Akbar!!!

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

 

3/13/11

Video : 5 Minutes Introduction To Islam







p/s : A simple sharing but a biggest meaning. Insya-Allah.




Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



Jadilah Hamba Yang Bersyukur...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku teringat pertemuan aku dengan si dia tempoh hari. Bukan teman wanita aku la ( aku ada gf ka? ), tetapi dengan seorang anak yatim ( tak pasti pulak yatim sahaja atau yatim piatu ). Cerita bermula apabila sebuah Jeep Pajero berwarna oren memarkir kereta di tapak parkir yang disediakan di medan selera. Aku kenal benar dengan Jeep Pajero oren itu, sebuah Jeep Pajero milik rumah anak yatim di Baling, Rumah Yakin al-Wadi. Tiba-tiba beberapa orang keluar dari kereta itu. Salah seorangnya ialah budak lelaki yang mengenakan songkok dan baju cap tiga keris ( monster brand ) . Budak itu kelihatan seolah-olah ingin datang kepadaku. Ya, tepat sekali, memang dia datang kepadaku! Lalu-lalu bermulalah sandiwara beli-membeli.

" Ya, adik, nak apa??" Aku bertanya dengan ramah.

" Arr, bagi sinar dengan metro," budak tu menjawab.

"ok," aku membalas.

"Adik tak sekolah ka hari ni??,," aku bertanya sambil mengikat surat khabar.

Budak tu hanya senyap seribu bahasa.

" adik form berapa sekarang??," aku cuba bertanya sekali lagi.

"saya form one". Jawab budak itu.

" Adik sekolah mana??," aku terus mengasaknya.

"Err, sebenarnya, saya tak sekolah bang, tak dak duit lagi." budak itu menjawab.

Sekarang tiba pula giliran aku untuk diam seribu bahasa. Terkesima.

Budak itu terus berlari ke arah Jeep Pajero tadi dan dengan pantas memasukinya setelah memberi RM2.50 kepadaku secara tergesa-gesa. Tak sempat aku mahu bertanyakan soalan lagi. Jujur, hati ini tersentuh melihat orang yang tidak dapat merasa nikmat belajar seperti orang lain. Bukan kerana malas, tetapi di sebabkan tidak ada duit.

Mutakhir ini, aku lihat banyak banner yang digantung di sekolah-sekolah menengah terutamanya. Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin bertiup dan tiada yang menggoncangnya. Itu memang jelas menampakkan para pelajar di Malaysia kini semakin tipis minat mereka untuk belajar.  Merka semakin leka dan lena dalam nikmat kurniaan Tuhan. Sentiasa menagih hedonisme . Tidak langsung bersyukur dengan kurnian yang diberikan. Prasarana yang disediakan kerajaan cukup hebat dan canggih. Kadang-kadang dirosakkan pula. Aduhh, jangan la kufur nikmat, nanti ditarik balik apa pun tarak..

Sabda Rasulullah S.A.W :
Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalanmenuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka.
( H.R Abu Daud dan Turmuzi )

Gambar ini aku ambil di sekolah berdekatan dengan rumah aku.

SEKOLAH DI AFRIKA...Mereka tetap belajar walau dalam keadaan daif.




Sekolah di Utopia.


Juga sekolah di Utopia.


Ini sekolah atau kandang?? Ya ini sekolah di Gondor, Utopia.

i-KUP...ini sekolah di Malaysia.

Ini hasil tangkapan gambar aku di i-KUP



Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)


Baik kepadamu maupun kepada nabi sebelummu telah diwahyukan: "Jika engkau mempersekutukan Tuhan, maka akan terbuang percumalah segala amalmu dan pastilah engkau menjadi orang yang merugi. Karena itu sembahlah Allah olehmu, dan jadilah orang yang bersyukur (Az-Zumar: 65-66)

Masakan Allah akan menyiksamu juga jika kamu bersyukur dan beriman? Malah Allah adalah pembalas jasa kepada orang mukmin yang bersyukur serta Maha Mengetahui. An-Nisa: 147


Ayat ini bersama dengan sejumlah ayat lain memberikan berita baik kepada orang-orang yang bersyukur kepada pencipta mereka:


Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: 

"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat."
(Ibrahim: 7) 

Kurnia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. 

Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) 

Kaum Luth pun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugerah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)

"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu
(An-Nahl: 18).





















Dulu aku kecik-kecik, aku tak suka sayur. Biasalah benda pahit siapa suka kan. Coklat nak la. Tapi aku sering dipaksa oleh ayah untuk makan semua jenis sayur dan buah. Kalau aku tak mau makan sayur, ayah aku akan pegang belakang kepala aku dan masukkan muka aku ke dalam pinggan yang penuh dengan nasi dan lauk tu. Perghh, memang best lah. Hasilnya, alhamdulillah, saya amat suka makan sayur dan buah sekarang. Tapi nak buat macam mana ayah aku memang garang sikit. Adakah anda senasib dengan aku??

Dari Suhaib ra, Rasulullah saw telah bersabda: 
"Pelik sekali keadaan orang yang beriman; semua urusannya baik, tidak berlaku sedemikian itu kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat mereka akan bersyukur, maka syukur itu baik bagi mereka, jika ditimpa kesusahan pula, mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."
[Hadis riwayat Muslim: 2999]



Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah