2/27/11

Bayangan 30K Pemuda Subuh

Gambar sekitar himpunan 30K pemuda pas di Kedah baru-baru ini.

Nota : Bagi sesiapa yang belum mengetahui maksud huruf 'K' kat belakang 30 tu, mai sini aku nak bagi tau. Yang di maksudkan dengan 'K' tu ialah tiga kosong ( 000 ) kerana 'K' tu bermaksud kilo. Jadi, kilo kan mempunyai tiga kosong ( 000 ). Justeru, 30K bermaksud 30 000.



Sejak beberapa hari yang lalu, aku berasa pagi aku sunyi. Sangat sunyi. Mana taknya, apabila aku ke surau untuk solat berjemaah, ternyata hanya aku sahaja yang ada, walaupun azan subuh sudah dikumandangkan. Kadang-kadang aku hanya berjemaah bersama ayahku. Di kawasan pekan tempat aku ni, aku rasakan penduduknya melebihi 5000 orang. Di manakah mereka??? Tak kan lah speaker kat surau ni tak bunyi atau belum cukup kuat. Yang hairannya, rumah aku yang terletak lebih kurang 700 meter dari surau tu pun boleh dengar. Ni orang yang tinggal sebelah surau pun aku tak pernah tengok mereka hadir ke surau.

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf yang pertama dan mereka tidak dapat memperolehinya melainkan dengan mencabut undi, maka mereka akan mencabut undi untuk mendapatkan kelebihannya, dan sekiranya manusia mengetahui besarnya ganjaran solat Zohor pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya dan jika mengetahui ganjaran solat Isya' dan Subuh nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"
( H.R Bukhari dan Muslim )



" Mahukah kamu aku tunjukkan suatu amalan yang boleh menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat? Para sahabat berkata, 'ya Rasulullah!'. Baginda memberitahu mereka antara amalan itu adalah banyak melangkah ke masjid"
( H.R Muslim )



Igauan 30K

Sejak aku tidak dapat pergi ke perhimpunan 30K pemuda Pas di Kota Sarang Semut, Kedah baru-baru ini
(mungkin ada hikmahnya ),  minda aku terus dihinggap pula dengan kehadiran 30K pemuda subuh. Nasib baik kawan baik aku hadiahkan satu baju pemuda tu, nama dia Nasrullah. Aku mendapat info daripada kawan-kawan aku yang pergi ke sana, jumlah pemuda-pemuda yang hadir sememangnya lebih daripada 30K. Oleh itu, aku beranggapan pemuda kini sedang bangkit mencari kebenaran. Tidak terlepas, aku juga mengharap pemuda-pemuda Islam negara kita juga terus dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ajak lagi pemuda-pemuda hari ini kearah kebaikan kerana merekalah penerus generasi masa hadapan. Paling penting, pihak kerajaan tak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan negeri, banyakkan aktiviti yang boleh melekatkan para pemuda dengan rumah Allah. Kerana bermula di masjid-masid dan surau-surau lah kita dapat melihat kekuatan penduduk di kawasan tersebut. Kalau tengok keadaan masjid-masjid dan surau-surau hampeh ja dan di tambah pulak dengan sunyi daripada majlis ilmu, memang sah la, keadaan Islam di tempat tersebut sudah umbang ambing.


30 000 Pemuda Subuh

 Aku melihat usaha pihak Pas yang mengadakan himpunan tersebut boleh dievolusikan lagi. Dikembangkan lagi bagi membentuk generasi muda yang soleh dan solehah. Pokok utama yang perlu diambil berat ialah soal agama dalam diri mereka. Memperkasakan dan mengaktifkan kembali jiwa mereka yang kian mendap dek hedonisme yang teruk melanda belia kita pada hari ini. Solat. Ya, solatlah langkah pertama bagi mengaktifkan mereka kepada Allah dan menjauhkan mereka dengan perkara dan perbuatan maksiat yang lain. Selepas itu kekalkan momentum mereka dengan penuhi majlis-majlis ilmu, tak kira di mana pun hatta di gerai burger pun boleh. Aku ingin sangat melihat para pemuda kita kembali tunduk kepada Penciptanya.

Teringat aku kepada kata-kata Imam Hassan al-Banna kepada pemuda :

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda atau pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."



p/s : Sedih melihat kawan-kawan kampungku. Satu pelan tindakan perlu dirancang dengan teliti. Aku merindui pemuda subuh....

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

2/21/11

Fokus Itu Penting




Ini gambar yang aku tangkap semasa bertugas sebagai Ketua Lajnah Multimedia Badar SBPIKP.


Alhamdulillah. Kini aku pulih dari sakitku. Aku mendengar ada ceramah sempena Maulidur Rasul di Surau ar-Rahman, surau yang kerap aku pergi. Tanpa membazirkan masa, aku 'meluncur' laju dengan Honda Wave kepunyaan ayahku, terus ke surau itu. Sebenarnya, ceramah itu bermula selepas isya'. Jadi, aku pun tunggu la sehingga tiba waktu isya'.


Mama atau ceramah??

Sebelum tiba waktu isya', kami disediakan jamuan makan. Ikan keli goreng + gulai ikan masin + sambal belacan + jering + petai = pergh, boleh tahan jugak la. Sedang aku memuatkan nasi dalam pinggan polisterin aku, tiba-tiba ayah membisik, 'mama ajak makan kat luar sat gi '. Aku faham bisikan itu, lantas mengurangkan nasi yang diambil. Jiwa aku bertanya, ' ceramah atau mama???'. Tak syak lagi, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Pasti, mamalah pilihanku!!

 Daripada Abdullah Bin Amru, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa"
( H. R Tirmizi )


Berada di bawah lembayung para malaikat.

Usai solat isya', aku terus pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, aku kaget. Terkesima dengan kata-kata mama. " Tak apa lah, dah lewat dah ni, cancel saja lah", kata mama. Aku tanpa berlengah masa, terus mencapai kunci motor. Terus dihalakan ke arah surau. Nasib baik ceramah itu baru nak mula. Jiwa kecil aku berbisik, 'akhirnya aku berada di majlis ilmu ini dan bernaung di bawah lembayung para malaikat'.



Rasulullah memasuki masjid lalu mendapati ada dua kumpulan sahabat, satu sedang berzikir dan berdoa, satu lagi sedang mengajar dan belajar. Baginda berkata kedua-duanya baik dan berkata "aku dibangkitkan sebagai guru" kemudian baginda memilih majlis ilmu. 
(Riwayat Ibn Majah-sohih)


Fokus Itu Penting!

Alhamdulillah. Ceramah kali ni nampak sangat rancak. Dikemudi oleh ustaz muda yang kacak bergaya. Umurnya dalam lingkungan 26-28 tahun. Petah berbicara. Lulusan daripada Syria. Tapi ada satu yang aku tidak suka dengan ceramah ini. Aku bukanlah alim sangat nak menegur ustaz ni. Tetapi tidak semestinya pendapat anak muda ini semuanya tidak boleh pakai atau mentah!

 Jika dilihat pada sejarah kembali, ramai ulama' hebat kita dahulu kala mula menyumbangkan diri mereka kepada Islam atau menjadi pemimpin Islam bermula dengan umur belasan tahun.

Contoh, Imam Hasan al-Banna mula mengemudi Ikhwan al-Muslimin pada umur 16 tahun. Perghh, baru form 4. Haa, hebat tak?

Justeru, aku ingin sangat utarakan masalah yang menimpa para penceramah hari ini. Ceramah yang aku dengar ni sebenarnya berkisar dengan Maulidur Rasul. Tetapi aku rasa, perkara yang disampaikan banyak yang tersasar. Maksud aku, banyak yang lari daripada tajuk. Aku anggarkan lebih kurang 28% sahaja ceramah tersebut berkisar dengan Nabi Muhammad S.A.W.  Yang selebihnya, kebanyakan pergi ke arah topik lain. Politik, buat lawak, perkenal diri dan lain-lain.

Tidak salah buat lawak bagi menghiburkan pengunjung ceramah, tidak salah juga berpolitik, dan tidak salah juga perkenalkan diri. Tetapi perlu diingat, anda sebenarnya memegang amanah. Amanah untuk mengingatkan kembali umat Islam hari ini tentang perjuangan Rasulullah S.A.W dalam memikul tanggungjawab sebagai daie terbesar.

Masyarakat mutakhir ini sering sahaja dibajai dan disirami dengan hedonisme setiap hari. Mana taknya, setiap hari hedonisme mereka di 'top-up' dengan TV, internet, radio dan lain-lain. Jadi, jika masa mereka datang untuk ke majlis ilmu itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya, maka objektif utama kita sebenarnya telah tersasar, untuk memperingatkan mereka tentang perjuangan Rasulullah S.A.W.

Jadi, aku berpandangan, cubalah para penceramah ni fokus pada tajuk perbincangan yang sebenar. Fokus, fokus itu penting! Paling kurang pun biarlah 50% peratus mengikut tajuk perbuncangan. Barulah hasilnya lebih mantop. Banyak sangat pengalaman aku berdepan penceramah-penceramah seperti ini. Antara alasan yang aku selalu dengar  :

" Malam ni kita nak ceramah pasal isra' dan mikraj. Tak payah la cerita panjang-panjang, semua orang dah tau dah kisah ni. Kita dengar kisah lain. Lepas tu buat lawak banyak-banyak. Bla,bla,bla..."

Aku dah bosan dengar alasan macam ni. Seolah-olah si penceramah ini seorang yang tidak bertanggungjawab. Tidak bertanggungjawab terhadap tajuk yang perlu disampaikan. Memanglah mereka sudah banyak kali mendengar cerita-cerita tentang Islam ni. Terutamanya sejarah Islam. Tetapi mereka seharusnya menghormati juga golongan-golongan belia ni, terutamanya kanak-kanak yang hadir. Kanak-kanak atau golongan belia yang tidak tahu apa-apa tetap akan tidak tahu apa-apa. Kerana sikap mereka itu.

Ok lah tu setakat tu. Ingat, bercakaplah benar walaupun ianya pahit. Kalau ada yang terasa tolong la berubah. Jika anda ingin menafikan pandangan anak muda ini pun tidak mengapa. Kerana pandangan seseorang sememangnya boleh diterima dan ditolak. Kalau dirasakan baik, terimalah.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

2/20/11

Contest : Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?


In The Name of Allah The Most Precious and Merciful.

Ini merupakan contest pertama yang aku sertai. Pada mulanya aku sangat segan nak sertai mana-mana contest yang dianjurkan. Kadang-kadang rasa menyemak pulak kalau buat entri pasal contest. Tapi entah la kali ni, Allah gerakkan hati aku untuk sertai. Walaubagaimana pun, aku tidaklah berniat untuk memanjangkan entri kali ni. Hanyalah bingkisan ringkas. Sebenarnya aku amat gementar menanti tarikh dan hari pengumuman keputusan SPM dibuat. Semoga apa yang telah aku usaha selama ini, membuahkan hasil yang lumayan. Doakan keputusan SPM aku gempak ye..


Tarikh Jangkaanku :

7 Mac 2011

Mengikut syarat pertandingan, aku perlu tag 3 lagi kawan aku. Nah, ambik, aku tag hampa..




 Nak tengok contest tu? Ha, tengoklah kat sini.


Sedikit Gambar Kenangan SPM 2010




Program tutor tutee yang banyak membantu. Yang tengah mengajar tu Ahyad.

Aktiviti petang semasa SPM berlangsung. Biasa la nak unwind tension

Bacaan Yaasin dan solat hajat setiap malam.

Ni? Sapa ntah. Perasan hensem. Macam bagus je study.

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

2/18/11

Doa Nabi Kepada Anas Bin Malik




Syukur kepada Allah.

Aku masih berdaya menaip di sini. Kali ni merupakan perkongsian satu video dengan anda semua. Lama betul  tak kongsi video dengan anda.

Video ni menerangkan tentang satu doa daripada Rasulullah S.A.W kepada Anas bin Malik ( khadam nabi ). Sangat berkat doa yang dipinta oleh kekasih Allah ini. Boleh la cuba salin doa tu atau print kan sahaja dan selalu amalkan.

Seperti yang Uztaz Zahazan cakap dalam video tu, boleh dapat 2 in 1 . Dapat doa dan dapat mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, insya-Allah.

Jom tengok video ni!

Alah, sekejap je, rasss~







Ustaz Zahazan Mohamad :


Doa murah rezeki dan panjang umur. (Dibacakan oleh Nabi SAAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” Subhanallah!




Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik ( mengikut video di atas ):

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a'toitahu, wa ahsin a'malahu,  warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW

Untuk lebih info tentang Anas Bin Malik boleh pergi ke sini..


Walahua'lam




Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


2/17/11

SBP Integrasi Kubang Pasu Tersenarai SBT Kohort 2 : Tahniah !!

23 sekolah lagi diiktiraf SBT


2011/02/17

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada :

 SEKOLAH MENENGAH :

Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; 
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; 
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; 

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; 
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; 
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; 
Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; 
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak;

SEKOLAH RENDAH

SK Convent Muar, Johor;
SK Seri Biram, Pahang;
SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur;
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang;
SK Sultan Ismail, Terengganu;
SK Jalan Tiga, Selangor;
SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA


p/s :  Alhamdulillah, tercapai juga hasrat Ayahanda Pengetua untuk mendapatkan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ). Sayang IKUPA..!!

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

Golongan Anti Hadis : Awas !!


Artikel yang anda bakal baca ini adalah sumbangan daripada sahabat baik saya, Ahyad (setelah meminta izin). Aku membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua kerana terdapat isi penting yang perlu diberi perhatian oleh kita semua. Ianya ialah berkisar tentang golongan anti hadis. Ikuti 2 artikelnya, rasss
 


Artikel ini adalah sambungan kepada artikel saya sebelum ini yang tidak sempat dihabiskan. Sila rujuk artikel lama untuk pencerahan. ARTIKEL LAMA 

Sudah semestilah tulisan saya pada kali ini agak ringkas sebab hanya sambungan kepada artikel lama. Baiklah, berkenaan dengan laman web e-bacaan tu, pada tahun lepas saya sudah mengajukan sendiri hal ini kepada pihak JAKIM semasa sesi bersama mereka ketika Lawatan sambil belajar BADAR ke JAKIM. Tapi saya pun tidak berapa faham penjelasan pihak JAKIM. Mungkin disebabkan saya kurang ambil perhatian. Yang pastinya yang saya ingat wakil dari JAKIM cakap mereka tiada kuasa menyekat laman web ini. Tak mengapalah.

Kalau kita buka homepage laman e-Bacaan tu, kelihatan kata alu-aluan yang dimulakan dengan Salamun Alaikum. Kita boleh lihat penjelasan daripada pihak laman web tersebut yang mengkritik Hadis Nabi kita. Dia menghentam Imam al-Bukhari. RUJUK SINI .Bila kita skroll ke bawah page tu kita boleh lihat kritikan terhadap imam al-Bukhari. Hmm bahaya betul kan. Bila kan baca artikel dalam web ni. Kita akan lihat banyaknya perkara yang pada kita hmm..Tak tahulah nak kata apa. Takut saya. Tengok cara mereka ni solat. Ya Allah. di mana Wuduk? Waktu? rakaat?

Oleh itu, saya merayu kepada rakan-rakan supaya teguhkanlah akidah kita agar kita tidak menyeleweng dari ajaran sebenar. Benarlah sabda Nabi kesayangan kita,

"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." (HR Sunan Ibnu Majah)

Berpegang teguhlah dengan al-Quran dan Sunnah nabi pada akhir zaman ni. 

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.  Kami berkata:  Wahai Rasulullah!  Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.  Baginda  bersabda:  Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.  Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.  Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.  Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat"(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah)

Saya bukanlah seorang yang alim untuk membidas golongan ini. Tapi saya rasa bertanggungjawab dalam menyampaikan benda ni. Jadi tambahkanlah ilmu kita. Saya risau ada antara kita yang merujuk web ini untuk mencari jawapan kepada masalah agama yang dihadapinya. Rujuklah web ini untuk hujah-hujah menentang dakyah golongan anti Hadis ni. Sekurang-kurang kita ada juga hujah untuk membidas golongan ini apabila kita didakyah oleh mereka. KLIK. Baiklah setakat ini dahululah tulisan untuk kali ini.
 
p/s : Berhati-hati dalam ber'copy' 'paste'. Takut-takut sumber yang diambil itu bertentangan aqidah sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ingat, jika kita menolak hadis-hadis nabi, tambahan pula ianya hadis yang diketegorikan sebagai hadis sahih, maka aqidahnya telah tergelincir. Jazaakallahu Khair Ahyad.



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal

Baling, Kedah.

2/16/11

Bangsa Cina Pun Boleh Dapat 'A' Bahasa Arab

Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)


Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. SUMBER



 Sedikit coretan

 
Jika pelajar cina pun boleh dapat 'A' dalam bahasa arab, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh?? Seringkali aku mendengar dari mulut orang Islam sendiri bahawa bahasa arab itu susah. Malahan ada yang sanggup ditukarkan ke sekolah lain bagi mengelakkan daripada mempelajari bahasa tersebut.

Jangan beri dalih tapi katakan kita boleh

Masih terngiang-ngiang di telingaku, kata daripada sahabat baikku, Suhail. Dia pernah berkata kepadaku,
 
" aku geram betul la bila dengar orang kata bahasa arab ni payah, malahan dilabel pula sebagai subjek 'killer SPM'"

Aku faham kenapa dia berkata sedemikian. Bahasa arab ni bahasa untuk orang Islam. Sebab bahasa penghubung kita dengan kalam Allah ialah bahasa..... Arab. Bahasa syurga cik oii .


Kunci Sebenar

 Kawanku itu hebat dalam bahasa arabnya. Aku pernah bertanya kepada dia, tentang kunci menguasai bahasa arab. Seperti jawapan yang aku berikan kepada orang lain, " You need to conquer al-Quran ". Selalukan membacanya dan lihat terjemahannya. Jika ada perkataan yang tidak kita tahu, rujuk terjemahan. Tidak kurang juga, kenalah  hafaz al-Quran. Paling kurang pun tiga empat surah yang panjang sikit. Supaya otak kita sentiasa ada bahasa arab. Barulah mudah.

Ok, sampai disini sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.

P/S: Tidak kiralah kita bangsa apa pun, apabila kita berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah akan berjaya. Moga adik  Wee Soon Yen dipermudahkan oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

2/15/11

Hot !! : 5 Sunnah Mudah Untuk Diamalkan


Firman Allah S.W.T, mafhumnya :

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."
( Surah al-Ahzab : 21 )


Alhamdulillah, pada hari ini aku masih diberi kesempatan untuk menaip di sini. 5 sunnah mudah. Ya, memang mudah. Sekarang, aku nak anda set kan dalam minda anda bahawa 5 sunnah Rasulullah S.A.W yang bakal anda baca ini sangat mudah. Supaya anda juga mudah melaksanakan sunnah-sunnah ini dengan mudah. Ikuti dengan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda; mafhumnya :
"Permudahkanlah, jangan menyukarkan "
( H.R Bukhari )

Sebelum tu, aku mahu kita sama-sama betulkan niat kita dahulu. Pastikan niat kerana Allah S.W.T . Agar segala amal kita juga diterima dengan mudah oleh Allah S.W.T . Ingat, niat ini penting !!

" Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)  berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana (ingin) mendapatkan keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana (keredaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan. 
(HR Bukhari dan Muslim)





1)  Cara memakai kasut




Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; 
"Kalau memakai kasut, pakai yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipakai dan yang terakhir dibuka." 
(H.R Bukhari)

 * Mudah kan..


2) Tutup mulut apabila menguap



“Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
(Sahih Muslim, hadis no: 2995)

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.RUJUK

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.” 
(Sahih al-Bukhari, hadis no: 6223) 

 * Mudah kan..



3) Memakai pakaian dengan memulakan kanan terlebih dahulu



Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: 
"Apabila kamu memakai pakaian, hendaklah kamu memulakannya dengan anggota kanan "
( Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah : Sahih )


 * Mudah kan..



4 )  Minum dalam keadaan duduk




Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:  
"Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri "
( H.R Muslim )
 
Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.RUJUK SINI


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : 
“Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai”. 
(H.R at-Tirmidzi)

Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambil kira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.RUJUK

 * Mudah kan..
 

5 ) Berkata dengan perkataan yang baik



Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :
"Ucapan atau kata-kata yang baik itu sedekah."
( H.R Bukhari dan Muslim )

Ucapan atau kata-kata yang baik termasuklah :

* Zikir

*Doa

*Memberi salam

*Memuji kebesaran Allah

*Memperelok akhlak

*Bersopan santun

 * Mudah kan..

Kan, sungguh mudah kan. Jadi, jangan tunggu lagi, jom kita sama-sama cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita. Ingat, ianya sungguh mudah diamalkan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)






Wallahua'lam




Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

2/14/11

Besar Sungguh Nikmat Itu..

t
Firman Allah S.W.T :

" Dan ( ingatlah ) ketika tuhanmu memaklumkan, ' Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah ( nikmat ) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku ), maka pasti azab-Ku sangat berat ."
(Surah Ibrahim : 7 )
Setelah dirundung dengan pakej demam ( badan panas + pening + batuk + selesema ), Aku pulih beberapa hari selepas itu. Kendatipun begitu, tidak lama selepas itu aku dihempap pula dengan bengkaknya bahagian dalam trakea aku ni ( aku pun tak tahu ini penyalit apa ). Hah, inilah kekangan utama yang menyebabkan aku membiarkan blog ini bersawang seketika. 


"Alah, itu baru sikit !!" Getus hati kecil aku bagi memotivasi aku kembali. Orang lain sakit lagi teruk . Tiada yang faham jiwa muda aku ini kecuali hanya mama sahaja yang faham. Dialah peneman setia duka dan lara. 

Allah berfirman di dalam surah At-Taghabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".



Di UiTM Arau

 Biasalah, selepas cuti raya cina, mereka ( adik beradik aku ) pun pulang ke tempat pengajian mereka masing-masing. Aku sempat pergi menghartar mereka minggu lalu SMS Pokok Sena dan UiTM Arau. Selepas aku menghantar kakak di UiTM Arau, kami singgah di masjid dekat dalam tu.

Apabila aku, adik dan ayah aku menghampiri pintu masuk masjid tu, jeng jeng jeng, kami mendengar seseorang sedang bertazkirah tanpa menggunakan mic, suara ori. Kami terus menghalakan arah ke tempat mengambil wuduk muslimin untuk berwuduk.

Selepas itu, kami masuk ke dalam masjid itu dan terus menunaikan solat jamak dan qasar secara berjemaah. Pada ketika itu, aku masih mendengar dia bercakap. Usai solat dan berdoa, pandangan aku terus ku tujukan kearah jemaah majlis ilmu itu. Aku dengar dia bercakap tidak tersekat-sekat dan amat lancar, aku lihat juga bilangan jemaah yang mendengar, tidaklah ramai. Rasanya 20 orang pun tak sampai. 'Sungguh lama dia bercakap', kata hatiku. Tidak sampai 5 minit selepas itu, aku lihat sesuatu yang membuatkan mataku tidak berkelip.

Terkesima. Ya, itulah yang sebenarnya aku alami. Aku lihat, si pentazkirah tu ingin bangkit, lalu di hulurkan kepadanya dua tongkat. Lantas, bangkit 2 orang sahabatnya memapahnya untuk membantu dia berdiri. Setelah dia berdiri, kelihatan kedua kakinya cacat. 'SubhanAllah, kuat dan hebatnya dia', jerit batinku.

Jika mereka boleh, mengapa kita selalu beri dalih

Aku sedar, hati aku sedang diketuk Tuan empunya alam. Dia mahu aku terus mengingatinya dan terus sentiasa mengingatinya. Jangan selalu leka dengan kilauan janji dunia.

" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku" 
( Surah al-Baqarah : 152 )

Tanpa disedari, ujian-ujian yang menerpa kita bertubi-tubi sebenarnya adalah untuk menguatkan diri kita kembali. Kuatkan iman kita yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu. Tanpa disedari juga, hati kita akan kembali bersih kerana dalam hatin kita hanya akan ada Allah. Sebagai peneman setia di kala senang dan susah, berseorangan atau dalam keramaian. Dialah tempat kita mengadu.

"Apabila kamu ditimpa bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah ( daripada ingatan kamu ) makhluk-makhluk yang kamu seru selain Allah. Tetapi apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah ( tidak mengingati-Nya ). Sememangnya manusia itu sentiasa kufur ( akan nikmat-nikmat Allah ).
( Surah al-Isra' : 67 )



Saidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
" Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Besar sungguh nikmat sihat itu ..


Sabda Rasulullah S.A.W, mafhumnya :
“Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. 
( HR Bukhari )



Dari sudut lain

Aku cuba memandang ke arah lain. Aku mula sedar, bahawa ini mungkin juga kifarah dosa daripada Allah kepadaku.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Akhir sekali, renungi gambar-gambar ini dengan mata hati anda..


 



 



(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
( Surah Ali Imran:191)

P/s : aku sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Ingin saja aku lajakkan lagi penulisan aku ini, apakan daya, setara ini sahaja kudratku..

Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

2/1/11

Tips-tips Nak Popularkan Blog Baharu..



Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah, yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Aku mula menceburkan diri dalam dunia blog ini pada March 2009 .Aku bukanlah seorang yang pakar mengenai blog tetapi aku sering menolong rakan-rakan yang ingin menceburkan diri dalam bidang blog. Aku mula menjinakkan diri dalam bidang blog selepas melihat beberapa orang senior aku mempunyai blog mereka masing-masing. Aku lihat, melalui blog, mereka melontarkan isi hati mereka dan selalu berkongsi ilmu. Jadi aku pun teringin. Jadi aku buatlah blog aku sendiri. Tidak terlepas, aku juga sempat menubuhkan satu blog untuk badan dakwah di sekolah aku ( BADAR SBPIKP ). Suatu hari, rakan aku ( namanya Ahyad, ini blog dia ) pernah bertanya kepada aku. Sesuatu yang tidak aku duga iaitu mengenai blog. Pertanyaan itu terlangsung di laman Facebook. Aku pun menjawab persoalannya itu setakat yang aku mampu. Selepas beberapa hari, aku terfikir sesuatu. Hatiku terketuk untuk berkongsi tips-tips yang aku berikan kepada rakan aku tu dengan pengunjung-pengunjung blog aku. Tips-tips ini mungkin dianggap berharga bagi sesiapa yang baharu mula berblogging ( newbie ) tetapi jika anda merupakan otai mengenai blog, boleh la berikan komen dibawah untuk berkongsi apa sahaja. Terimalah tips-tips daripada aku, semoga bermanfaat.


"Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka." 

Ermm..
Senang sahaja,,

1 ) Hasilkan artikel menarik dan berfaedah

* Janganlah selalu sangat bercerita pasal diri sendiri. Seandainya anda selebriti terkenal, sememangnya orang akan ikuti perkembangan anda. Tetapi orang biasa macam kita ni, memang kurang la sikit.

*Hasilkan artikel yang tak lapuk di hujan tak lekang dek panas. Maksudnya, artikel itu orang boleh baca dan masih relevan dibaca sepanjang masa.

* Pastikan anda kurangkan perkataan singkatan dan banyak menggunakan bahasa baku. Kerana salah satu ciri blogger yang matang ialah menggunakan bahasa yang baku.



2) Kena rajin la sikit blogwalking dekat blog orang. Tinggalkan jejak anda di blog yang anda lawati. Contohnya jika melawat blog saya, pastikan anda tinggalkan kesan di shoutmix atau di bahagian exchange link saya.




3) Buat banner blog, supaya bila orang berkenan dengan blog kita boleh la dia letak dekat blog dia tanpa di suruh,,,

kalau tak pandai boleh rujuk di sini...http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/09/cara-mudah-buat-banner.html

Macam aku punya kat bawah ni:

Photobucket

atau boleh cuba buat di sini Onlinelogomaker.com dan di sini http://www.bannerfans.com/banner_maker.php


4) Selalu exchange link atau banner blog dengan orang lain..


5 ) Bila ada entri baharu, postkan entri anda dekat  facebook sekali..






6) Setting blog anda yang memudahkan pengunjung

ingat, Rasulullah s.a.w. bersabda; mafhumnya :

"Permudahkanlah, jangan menyukarkan  "
               ( H.R Bukhari )


*Contohnya pada bahagian komen,

tolong pergi ke  : dashboard  > setting > comment> lepas tu scroll ke bawah sehingga jumpa Show word verification for comments? > tick pada 'no' > akhir sekali tekan save di bawah.

>>untuk belajar lebih mendalam lagi mengenai setting blog, boleh pergi ke sini1 dan ke sini2.

* Wujudkan shoutmix


8) Akhir sekali, antara yang paling penting, hantarkan blog anda kepada Google dan Yahoo!!, supaya mudah untuk dicari oleh sesiapa sahaja.

  • Untuk hantar blog anda ke Google sila klik SINI
  • Untuk hantar blog anda ke Yahoo!! sila klik SINI


 p/s : Jangan lupa untuk komen dan follow aku tau!!


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.