10/2/11

Yogurt Bantu Kurangkan Stress



 Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Yogurt Mesir tak sempat nak capture, tengok je la gambar pakcik google ni :D


Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

Sumber : Kosmo

Muhammad Iqbal :

1) Kat sini banyak jugak jual yogurt. Ada yang memang tak sesuai dengan mulut orang Melayu, ada yang sedap! Harga pun taklah mahal sangat.

2) Boleh la makan yogurt lepas ni kalau nak unwind tension. Insya-Allah, ini jugak satu ikhtiar.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


6 comments:

  1. hahaha kat sana kita mmg akan selalu makan yogurt sebab panas, dan satu lagi sbb sedap.. dan satu lg sbb murah..

    ReplyDelete
  2. akak suka makan yogurt...memang sedap. Biasanya perasa strawberry atau mangga jadi pilihan

    ReplyDelete
  3. yogurt mmg favourite ! btw,dh ad kt mesir ye? alhamdulillah dpt belajar sne. seronoknya ^_^

    ReplyDelete
  4. makan kalau jalan-jalan kat TESCO, Giant pastu dia bagi free boleh cuba. hahahah.

    keji bukan?

    ReplyDelete
  5. yui92 : murah dan sedap betul kan..hmm, yummy :)

    Princess Solehah : blueberry sedap jgk kak, huhuhu :)

    cikzsmile : Alhamdulillah, semua ni Allah yg telah tentukan :)

    h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r : tak keji kot teacher. Itu nama dia, 'play safe'. Kalau sedap baru beli kan.

    NAni : oh ye ke, nak kurus pun boleh mkn yogurt? Hmm, info baru ni. Ni mesti suka makan yogurt ni, jaga badan kan.. :D

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter