Follow + Ikhlas = Folas ;)

Khasiat Timun

 Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Allah S.W.T berfirman: 
“Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.” 
(QS. al-Mu’minun: 115-116).

Timun atau mentimun (Cucumis sativus) merupakan sayur yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Selain faktor murah, mudah disediakan dan menghiaskan makanan merupakan antara sebab timun merupakan sayur pilihan untuk disajikan dalam pelbagai jenis masakan. Rasanya yang tidak pahit dan tidak manis menjadi tarikan semua golongan tanpa mengira usia muda dan tua untuk memakannya.
Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk manusia.
cucumber
Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas:
  • Gula - 1.67 gm
  • Serat - 0.5 gm
  • Lemak - 0.11 gm
  • Protein - 0.65 gm
  • Karbohidrat - 3.63 gm
  • Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
  • Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
  • Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
  • Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
  • Vitamin B6 - 0.040 mg
  • Folat (Vitamin B9) - 7 μg
  • Besi - 0.28 mg
  • Magnesium - 13 mg
  • Fosforus - 24 mg
  • Vitamin C - 2.8 mg
  • Zink - 0.20 mg
  • Kalsium - 16 mg
  • Potasium - 147 mg

Antara khasiat timun~

01) Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

02) Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

03) Menghilangkan jerawat (Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih.) dan kudis (perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad)
04) Membantu pertumbuhan rambut (campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam.)

05) Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

06) Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

07) Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal sembelit, ekzema, artritis dan juga gout.

08) Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

09) Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

10) Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

11) Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik di dalam badan.
12) Kalium (potasium) di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
13) Mengekalkan kandungan alkali di dalam badan.

14) Dapat menghilangkan masalah bau badan. (Ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi.)

Sumber 

Abdullah Bin Jaafar berkata, 
"Saya melihat Rasulullah S.A.W memakan tamar basah dan sayur daripada jenis mentimun ( cucumber )"
( H.R Riwayat Bukhari & Muslim )


 Muhammad Iqbal :

1) Just sharing beneficial info :)

2) Enjoy!

Wallahua'lam




Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.




Comments
7 Comments

7 Nasihat & Komen:

  1. yui92 said...:

    sini mmg slalu jumpa timun kan? hehe

  1. cikzsmile said...:

    salam. banyak jgk info baru. thanks !

  1. aNaYaNa said...:

    saya suka makan timun!:)

  1. Healer said...:

    "Tidaklah kami menjadikan sesuatu dengan sia-sia" al-imran : 191

    Makan timun lepas makan sate,timun anti-karsinogen :) cool cucumber.

Action Potential For Excitation :)

 
ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal © 2012 | Blogged by Muhammad Iqbal, in collaboration with ibnuDDin Download