Follow + Ikhlas = Folas ;)

Kasihan Kucing-kucing Itu Di Dera

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ini, saya jadi sayu melihat kepingan-kepingan gambar di beberapa buah blog.

Gambar apa?

Masya-Allah, memang sadis sekali. Gambar kucing-kucing comel yang telah didera. Bukan deraan fizikal tapi mental.

Kucing-kucing itu dibiarkan selama seminggu tidak diberi makan dan minum. Gulp!

Huh, cuba anda bayangkan jika anda tidak makan dan minum selama seminggu, bagaimana?

Sememangnya, kebuluran la kan. Aduh, memang derita.

Walaupun dahuhunya saya bukanlah seorang pencinta Kucing, tetapi kini......Ya, saya sayang Kucing!

Nak tengok gambarnya?

Jom kita tengok, rasss~

  • Khabarnya, jumlah kucing-kucing di situ lebih kurang 300 ekor semuanya.  
  • Lokasi kedai di Damaisara Damai, Petaling Jaya.
  • Pemilik kedai itu dibayar dengan harga yang agak tinggi untuk menjaga setiap ekor kucing-kucing di situ.





Oh, deritanya..



Kasihan anak kecil itu


Adakah anaknya sudah mati?
memang banyak betul kucing..





Kering. Keguguran bulu-bulunya.


Ya Allah...




















Mengharap bantuan..



Katanya, inilah pemilik kedai itu.








Diazab seorang wanita kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Wanita itu masuk neraka kerana itu. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya. Dia juga tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan daripada binatang yang berada di muka bumi” 
( HR al-Bukhari ) 
-kredit hadis : ustazlove-


Muhammad Iqbal :

1) Apa pandangan dan perasaan anda?

2) Sayu sungguh. Kejam betul mereka. Kita nantikan alasan pemilik kedai tersebut.

3)  Lihat juga entri ini :





Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

Comments
11 Comments

11 Nasihat & Komen:

  1. yui92 said...:

    sgt xbertanggungjawab...

  1. exsapphire said...:

    sedihnya. Jadilah pencinta haiwan..

  1. Pacifista said...:

    kita kurung je tuan punya kedai tu macam dia buat kat kucing2 tu.zalim sangat...

  1. puding karamel said...:

    sangat menyedihkan
    saya juga ada pet cat, jadi sangat terasa...
    dan kemungkinan pihak berkenaan bakal dilepaskan dengan hukuman ringan sahaja
    tapi hukuman di akhirat, tak terperi...
    Ada hadis Rasulullah, seorang wanita disiksa dalam neraka kerana kekejaman pada kucingnya (seekor mungkin), belum 300 ekor (in total).isk...

  1. Muhammad Iqbal said...:

    @ yui92 : dia jawab di akhiratlah senang :)

  1. Muhammad Iqbal said...:

    @ exsapphire : Alhamdulillah, on the way mencintai haiwan-haiwan lain. Selalunya yg comel-comel macam kucing je selalu terkesan :)

  1. Muhammad Iqbal said...:

    @ Pacifista : Cadangan yg baik :D

  1. Muhammad Iqbal said...:

    @ puding karamel : Erk, betul jugak tu. Biarlah dia dapat hukuman yg setimpal. Kalau tak didunia, di akhirat sana :)

  1. yatie Awang said...:

    Ya Allah...memang tak ada hati perut, biar kita pulak buat tuannya macam tu, biar dia rasa

    kakak memang sayang kucing, sbb tu kat rumah ada kucing, kesian kucing2 tu

  1. Muhammad Iqbal said...:

    @ yatie Awang : terasa derita, melihat kucing-kucing itu didera..

  1. Anonymous said...:

    nape le ade org mcm ni. kalau close time raya, bgtau la xamik kucing2 tu time raya gini. ini...tamak! gileeee harammmmmmm duit dia yg beribu org dok bg upah jaga kucing diorg.

Action Potential For Excitation :)

 
ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal © 2012 | Blogged by Muhammad Iqbal, in collaboration with ibnuDDin Download