7/19/11

Tips Sempena Musim Buah-buahan


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Kini, sememangnya semua sedia maklum bahawa kini musim buah-buahan ( di Malaysia saja ye, tempat lain tak tau ). Hihi. Hingga kini, rasanya, buah-buahan masih lagi bertambun-tambun di dapur. Ye la, mana taknya, pokok-pokok buah dekat belakang rumah saja pun dah tak larat nak jamah. Itu belum campurkan dengan buah-buah kat dusun lagi. Huh, orang utara kata, jenoh!

Durian. Ya, kali ni, aku ada sedikit tips untuk dikongsi bersama pembaca berkenaan durian ni. Mungkin ada yang sukakan durian, dan tak kurang juga pasti ada yang tak menyukainya walaupun dia seorang warganegara Malaysia. Tips atau bahasa kurang rasminya petua ini aku dapatkan daripada tok ( nenek ) aku sendiri. Kira petua orang lama la ni.



Apabila disebut durian sahaja, pasti kita terbayangkan isinya yang kuning menawan, baunya yang menusuk tak terlawan, durinya penuh ketajaman. Ya, itulah gambarannya. Tapi pasti juga kita terbayangkan kesan atau effects kalau kita makan durian. Antara perkara lazim yang selalu difikirkan ialah :

  • Mulut akan jadi busuk

  • Badan akan jadi panas

  • Tak boleh makan ubat

 Mulut  busuk!

Ini merupakan masalah besar bagi seseorang yang selalu solat berjemaah. Bau mulut orang yang makan durian memang tak dapat dinafikan lagi akan membawa satu kesan yang tak baik buat jemaah yang lain. Bau mulutnya boleh menyebabkan orang tidak khusyuk solat !

Solusi : Apabila selesai makan durian, anda dinasihatkan supaya memakan beberapa biji buah manggis untuk menghilangkan baunya. Insya-Allah, bau mulut anda jika tak hilang sepenuhnya pun, akan berkurang sedikit baunya.




Badan panas!

Ini yang menggelisahkan buat si pemakan durian terutama jika makan pada waktu malam hari kerana tidur mereka akan terganggu dek kepanasan badan mereka.

Solusi : Mudah sahaja. Selepas selesai makan, anda hanya perlu masukkan air masak ( sky juice ) ke dalam tempat isi durian itu diambil yakni rongga tempat isi durian tu dan terus minum air tu. Faham? Cuba tengok gambar di bawah. Insya-Allah, ia dapat mengurangkan kepanasan badan anda selepas itu.

isi air baik-baik


Lepas isi, minum je terus air dalam tu..




Makan ubat!

Ini tak dapat den nak menolongnye. Kena la tunggu 4 jam selepas makan durian. Tapi kalau makan ubat homeopati tak kisah, ok je, bedal je nak bedal banyak mana, hihi.



 Muhammad Iqbal :

1) Banyak buah kat rumah aku ni. Sapa nak, silalah datang rumah aku ni.. (^_^)

2) Petua orang tua memang agak berguna kerana mereka sememangnya berpengalaman lebih daripada kita.

3) Usha jugak entri lepas : RESEPI : Maggi Kuah Laksa ( My Favourite )


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

6 comments:

  1. salam.. btol2 sgt bguna.. nenek den ado kabor cmtu..

    ReplyDelete
  2. @Qaseh betul tu, nasihat dan pandangan mereka tak boleh dipandang remeh..

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.

    rasa lama tak komen kat sini :) selalunya jenguk2 jak :D

    hebat petua nenek iqbal ni hihi
    tp,akak dpt mkn durian pun mgkn 5thun sekali ja kot haha (konon)

    resepi tu insyaAllah nak try..nampak sedap :)

    moga iqbal2 baik2 saja disana :)

    ReplyDelete
  4. @Nazihah@Jiha Alhamdulillah, saya kat sini baik-baik saja..

    Baru je balik dari kursus persediaan bahasa, tu yang baru boleh kerap sikit update blog ni..

    Aik, kat sana tak dak ke durian dan buah-buahan lain ni?

    Cubalah resepi bujang tu, pak su saya yang ajarkan, insya-Allah sedap!

    (^_^)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter