7/23/11

Syiah Malaysia Makin Mengganas



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kali ini, insya-Allah satu perkongsian penting buat kita semua. Perkongsian mengenai apa yang aku baca di blog ini, salah satu ilmuan agama dalam negara kita.

Mengapa aku katakan penting?

Ianya penting kerana ia melibatkan soal aqidah! Kini, golongan syiah Malaysia atau nama mereka kini Majlis Syiah Malaysia kian melebarkan sayap mereka untuk menyebarkan doktrin atau fahaman yang mereka anuti.

Cuba anda baca artikel yang diambil dari blog tersebut :

*  *  *  *  *

Nampaknya gerakan Syiah jadian di Malaysia semakin tak keruan. Fatwa dan undang-undang yang jelas berkenaan larangan penyebaran Syiah langsung tak diendah dan dihormati. 


Kali ini dengan menggunakan nama Majlis Syiah Malaysia mereka menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri merayu supaya fatwa dan undang-undang pengharaman Syiah dibatalkan, mereka turut menghantar buku-buku Syiah ke beberapa lokasi dalam negara.




Paling mengejutkan, apabila di dalam memorandum tersebut, Syiah dengan sikap 'taqiyyah' (berpura-pura) membuat perakuan DUSTA apabila mengatakan merekalah sebenarnya Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ)! Alangkah jijiknya pengakuan Syiah ini! Bagi penulis ini adalah ungkapan paling BIADAP dan berniat jahat untuk mengelirukan penganut ASWJ. Pendek kata tak masuk akal langsung! 

Syiah juga diingatkan untuk tidak perlu mengkambinghitamkan 'salafi wahabi' dalam menyelamatkan diri. Syiah sendiri sedia maklum, golongan Ahli Sunnah tanpa mengira aliran sama ada salaf atau khalaf, Asya'irah-Maturidiyyah atau Salafiyyah, di Malaysia dan dunia Islam sunni yg lain, semuanya sepakat menolak Syiah tanpa terkecuali.




Sehubungan itu, penulis ingin mengingatkan masyarakat Islam supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan propaganda jahat Syiah jadian ini. Ketahuilah perbuatan Syiah ini bertentangan dengan fatwa dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara. Oleh itu sesiapa yang mndapat apa-apa buku atau dimaklumkan apa-apa maklumat berkenaan  dengan Syiah dinasihatkan seperti berikut :-

  1. Laporkan segera kepada pihak polis.
  2. Laporkan segera kepada jabatan agama Islam negeri / daerah.
  3. AJK surah dan masjid meminta ustaz-ustaz untuk menjelaskan penyelewengan Syiah termasuk untuk tazkirah bulan puasa nanti.


Sampaikan mesej ini kepada semua sahabat supaya semua kita sentiasa berhati-hati dengan propaganda Syiah ini!!!


*  *  *  *  *


Macam mana? Apa pendapat anda? Ini satu perkara yang bahaya!


Baca juga entri ini : Golongan Anti Hadis : Awas !!


Wallahua'lam
 

Muhammad Iqbal 
Baling, Kedah


7 comments:

  1. bab syiah ni kan citer lama lah kan.. gmbr pos tuh google ke atau snap sendiri ?!

    ReplyDelete
  2. @FD

    Saudara, golongan syiah ini tidak pernah berhenti untuk menyebarkan fahaman mereka sehingga kini. Memanglah dahulu mereka sudah ditangkap. Namun, itu bukanlah satu pengakhiran bagi mereka. Mereka masih aktif hingga kini.

    Kandungan entri inikan saya ambil setengahnya dari blog seorang ustaz yang saya telah link kan tu. Jadi, gambar tu pun saya copy sekali la..

    ReplyDelete
  3. tidak berapa lama yg lalu sekumpulan jemaah sahabat-sahabat saya ada pergi di Sri Petaling..
    setelah tiba di tanah air (tempat saya) mereka berceritakan tentang syiah di sana..(semenanjung malaysia)
    memang susah nak percaya mungkin sebab saya tidak mengetahuinya sebab saya duduk di seberang...

    ReplyDelete
  4. @MDHAFiZ.NET

    Ya, setakat yang saya tahu pun, di bandar-bandar besar macam KL memang mereka rancak menyebarkan fahaman ini. Berhati-hatilah~

    ReplyDelete
  5. Salam alaik iqbal..

    ni isu yg terbaru kah??

    takut nak berbicara soal syiah ni..tp,yalah penting juga mengingatkan agar waspada dgn golongan syiah ni...

    terima kasih dik..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter