6/10/11

Ulasan Buku : Versus (Hlovate)



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tajuk : Versus
Penulis : Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga : RM19.00 





Alhamdulillah, tempoh hari yang lalu, aku akhirnya dapat juga menamatkan satu lagi bacaan novel. Ini merupakan bacaan pertama aku bagi karya penulis misteri, Hlovate. Itu pun entah bagaimana terserempak dan ter pula membelinya.

Sedikit Sedutan dan Gambaran :

I

“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”
“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”"
No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”
“Minn, I’m dead serious.”
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.



Jalan cerita novel ni agak menarik. Anda akan disajikan dengan kehidupan para skaters. Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak tahu sangat mengenai dunia skaters ni, tetapi selepas membaca novel ini, aku yakin anda akan mendapat input serba sedikit mengenai dunia skaters.

Berkisar mengenai dua watak besar ( juga skaters ) Minn Edina dan Ashraf Omar (AO) yang pada awalnya tidak berapa serasi bekerjasama. Akhirnya, banyak peristiwa telah membuatkan mereka berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan, kembali kepada yang Esa. Daripada perasaan marah akhirnya berputiklah kepada perasaan sayang setelah banyak peristiwa yang telah menimpa mereka.

Secara umumnya, novel ini memaparkan segolongan remaja yang dahulunya jauh daripada Allah, dan akhirnya dipertemukan juga dengan jalan kebenaran. Mereka bermujahadah bersungguh-sungguh untuk keluar daripada tompok jahiliyah demi menuju ke arah sinar cahaya.



Antara Quote yang menyentuh :

"bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud mengadap Tuhan"

Nah, cubalah baca~

Muhammad Iqbal :

1) Teringin pulak nak baca karya-karya Hlovate yang lain.

2) Novel ni banyak juga menggunakan bahasa inggeris.


____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



18 comments:

  1. ya, bagi saya, best jugak la, cubalah baca~

    ReplyDelete
  2. kebanyakkan blogger,novel krya Hlovate ni mmg jd pilihan,dah popular..

    bestkn kat semennnjung tu,apa2 buku pun senang dpt, kat sini..susahnya....:)

    ReplyDelete
  3. Nazihah@Jiha : oh, kak sekarang duk kat mana?

    ReplyDelete
  4. tp,bersyukur jg ada kedai buku disini,drpd tak ada lngsgkan..:)

    ReplyDelete
  5. novel hlovate mmg best. just ringan2 tapi byk pgajaran.. try your best to read all the books. u wont regret it. =)

    ReplyDelete
  6. @Nazihah@Jiha wah, jauhnya mengembara. Mesti best kan. Semua tu pengalaman berharga. :)

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Ketinggalan sungguh sya ni. Tak biasa pula dgn novel spt ini. Sekurang2nya dpt maklumat di sini. TQ

    ReplyDelete
  8. @MEKAR Tak pe, sekurang-kurangnya sekarang dah tahu kan, boleh la beli. Cuba lah baca~

    ReplyDelete
  9. hehe..dah pernah baca semua karaya hlovate..best best...
    yana paling suka versus sebab mmg susah la nak jadi baik..kan???kena betul2 berusaha!!!!

    baca aA+bB dah???tunas?5 thn 5 bulan???semua best..
    rooftop rant pun isu berat jugak..ala2 versus...
    yg terbaru : contengan jalanan!!!

    ReplyDelete
  10. @Nur Liyana hihi, terkenal betul kan hlovate sekarang.

    insya-Allah saya akan baca yang lain-lain tu.

    ReplyDelete
  11. dah baca,memang best.cuba baca novel dia yang lain lain.rasa dekat di hati.cara penyampaian mengenai tuhan; sangat bijak!:)

    ReplyDelete
  12. versus? best2, amik pengajaran bagaimana mereka melakukan perubahan.
    *dah lama tak bukak blog Ibnuddin. so, selongkar jelah entry belum dibaca,hee

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter