5/23/11

Hukum Handphone Berbunyi Ketika Solat


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Baru-baru ni aku dan seorang sahabatku, Ashraf Yahya  pergi menziarahi rakan kami, Muslim Baharom di Labu Besar, Kulim. Alhamdulillah, kedatangan kami di sambut baik oleh rakan kami itu. Kami sempat bersembang panjang di dalam rumahnya setelah beberapa bulan tidak bersua, banyak cerita yang keluar. Seronok benar.

Setelah hampir satu jam dirumahnya, kami pun balik. Dalam perjalanan pulang, sahabatku mengajak aku ke Pekan Kulim, saja bersiar-siar di Landmark ( pusat beli belah ) katanya. Biasalah, kami dah pakat-pakat ada lesen, gila stereng la jawabnya kan, hihi. Seperti biasa, aku mencari kedai buku. Akhirnya jumpa, alhamdulillah agak besar kedai buku Hasani di sini. Puas meneroka kedai buku tu, kami pun carilah surau nak solat maghrib. Huh, setelah bertanya seorang pekerja di kedai buku tu, kami pun terus menuju ke surau tersebut.

Masuk sahaja dalam surau tu, kelihatan kebanyakannya hanya solat sendirian. "Aih, tak boleh jadi ni, rugi.." getus hati kecil ku. "Ashraf, jom buat jemaah la noh", aku berkata. Dia mengangguk tanda setuju, alhamdulillah. Aku pun carilah tempat yang strategik untuk buat jemaah, ye la, sesak beb!

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” 
(Hadis riwayat Bukhari)

Akhirnya, aku ditolak menjadi imam. Alahai .Tak apa, sehingga sampai ke awal rakaat ketiga, kedengaran satu deringan handphone berbunyi agak kuat dari bahagian makmum di belakang. Uish, agak mengganggu. Tiba-tiba, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Masya-Allah, handphone aku berbunyi ketika sedang dalam tahiyyat terakhir! Aku teringat masalah ini pernah di jawab oleh Ustaz Zaharuddin di bukunya 'Mutiara Akidah & Ibadah'. Jadi, aku berusaha untuk menghentikan deringan handphone aku tu. Alhamdulillah, berjaya! Aduih, selalunya aku silent kan handphone aku tu, tapi kali ni, lupa pulak, hihi.

Oleh itu, di sini aku nak kongsikan dengan pembaca-pembaca blog ini sekalian mengenai hukum handphone berbunyi ketika solat. Adakah kita perlu hentikan solat kita? Atau hentikan deringan handphone kita ? Atau buat tak tahu je? Ok, semuanya bakal terjawab setelah anda membaca soal jawab di bawah ni. Jom baca sekarang, rassss~

Ehem, handphone sapa ntah...hihi



Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron  wrote:

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Jawapan 

Wa'alaikumussalam,
Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.
Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).  
Ini kerana :-


1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها 

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3  atau ½
( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban ) 

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"
( Riwayat Muslim) 

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya"
( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551  )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain
( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 ) 

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat. 

                                                                  
2)     Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :- 


من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja 
( Riwayat al-Bukhari , no 808 ) 

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa : 

Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran "
( Riwayat Abu Daud : 1332) 

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya. 

Pergerakan  

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan 

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )
 
Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman



Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


6 comments:

  1. time kaseh utk info dan pengethuan yg bagus nie..(^^,)

    ReplyDelete
  2. Salam alaik.

    terima kasih utk perkongsian ni. Baru tahu, terima kasih (=

    dan buat diri kita, kan lebih baik mengamalkan utk tutup phone bila nak melangkah utk solat, kalau dalam kelas kita kena tutup atau silent phone, nak solat, lagi la kena. (=




    p/s : tu mcm phone saya. =P

    ReplyDelete
  3. @Izzati Hashim : erkk, hihi, saya selalu silent hp masa solat, tapi tiba-tiba entah mcm mana lupa plak, ada hikmah tu..

    p/s: haha, tu pun macam hp saya jugak..

    ReplyDelete
  4. pergerakan yang macam mana dibolehkan tu? klu seluk poket sluar jeans misalnya mcm payah la jugak..

    alang2 tanya... pasal pergerakan 3x yg batalkan solat tu mmg ada ke? pernah dgr dulu yang klu kita bgerak byk mana pun xbatal solat..btol ka?

    ReplyDelete
  5. sis tinggal kat kilang lama kulim.. dekat dah..

    terima kasih ya atas perkongsian adik ni... sis tau menganggu tapi tak tau hukum nya dan dalil2 yang terlibat.. ilmu buat akak.. tengkiu..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter