5/19/11

Elakkan Akaun Facebook Anda Daripada di 'Hack'

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Kali ni merupakan satu perkongsian. Perkongsian berupa beberapa tips bagi mengelakkan akaun fb kita di hacked oleh hacker dengan sesuka hati mereka. Ye la, belakangan ni, ramai bebenor aku tengok kawan-kawan aku kena hacked fb depa. Kesian. Alhamdulillah, aku belum kena, tapi jangan duk gatai tangan plak pi hacked akaun fb aku naa.Ok, terimalah tips-tips yang bakal diberikan ni ye, semoga ada manfaat buat anda~



Laman fb Ht.fm yang telah dihacked baru-baru ni...


Tips-tips Untuk  Elakkan Akaun Facebook Anda Daripada di 'Hack'

  • Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  • Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  • Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  • Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  • Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  • Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  • Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  • Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  • Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya.  Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  • Jangan online Facebook anda di kafe siber.
  • Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda.  Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  • Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam. :D 


    Iqbal : Ini hanyalah sebagai ikhtiar yang kita boleh usahakan bagi mengurangkan risiko akaun facebook kita di hack oleh mana-mana hacker yang tak bertanggungjawab. Stay safe. :D


    Wallahua'lam


    Muhammad Iqbal
    Baling, Kedah

    5 comments:

    1. wahh..bahaya..
      rasa trus nak deactive fb huhu

      ReplyDelete
    2. Nazihah@Jiha : gunakannya dengan sebijaknya, insya-Allah boleh bawa banyak manfaat buat ummah.. :)

      ReplyDelete
    3. ya..fikir begitu juga..w/pun jrg dah buka fb hee insya-Allah..

      ReplyDelete
    4. thanx for the info..beringat sebelum kena

      ReplyDelete

    Apa buah kata anda?


    Page Blog ini : Fb Page

    Twitter Saya : My Twitter