Tatkala membuka fb pada satu ketika, tiba-tiba terlihat satu pertanya di wall profile fb ku.

Soalan sahabatku :

Bal...I'm just want to ask you something...I know you are always updating in your blog and do lot of things to decorate it with lot of things...not forget so many followers also...the question is??? How about your sense@nuffang@adverisement...any income???Hi..hi....I think I want to be serious in my ~blogwriting~ 

Jawapan yang aku berikan kepadanya ketika itu :

ohh, about that.. i'm only use nuffnang to be my advertiser. And a lot of says.my and churp-churp. Income?? haha, not to much but still available above rm 30 la.. I started serious in my blog writing was about 4 months ago. If u really want to be serious , keep it up and always istiqamah to share the beneficial things. And the income will follow then, insya-Allah~

*******

Alhamdulillah. Berpagi-pagian. Berpetang-petangan.Bermalam-malam. Sudah lama aku bersama aku bersama dengan si nuffnang itu. Dengan impian boleh la mencari sedikit wang bersamanya seperti orang-orang lain yang dah cash out beribu-ribu. Memang ada impian itu dalam diriku, tak dapat dinafikan lagi walaupun ianya hanya picisan kecil.

Sebelum ini, aku cukup yakin dengannya kerana pendapat seorang ustaz ini mengatakan hukumnya harus dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun tatkala aku seronok dengan kemasukan duit yang bertambah baru-baru ni ( tak lah banyak sangat, pernah la 5 kali dapat BE, lihat sini dan sini ), aku jadi tersentak dengan satu artikel ini. Aku jadi bingung, kalut, gelisah, dan mengambil keputusan untuk berfikir secara professional, kritis, relevan dan waras. Sambil menenangkan diri, aku terus berfikir semasak-masaknya ( sampai nak hangit dah tau ).http://www.emocutez.com

*******

 Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman :

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih.
JAWAPAN :
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau  wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

  • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

  • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

  • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan

  • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

  • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN  :

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
**********

Sudah membacanya?? Alhamdulillah, jangan main skip-skip ye, nanti hasilnya tidak memuaskan diri anda sendiri. Melihat kepada artikel diatas, aku melihat Ustaz Zaharuddin tidak nyatakan  ianya halal atau haram. Tetapi artikel diatas itu  merupakan satu panduan atau " guideline" kepada kepada kita semua.  Jadi, seterusnya, perlulah kita perah minda berharga kita untuk menerima atau tidak dan berfikir juga isu halalkah duit yang bakal kita perolehi itu nanti.

Jika anda mahu lihat pendapat Ustaz Nor Amin pula, klik SINI.


Fikiran aku terus dimasak-masakkan dengan meminta petunjuk Allah supaya hasil buah fikiran aku itu biarlah yang terbaik dan yang paling penting mendapat keredaanNYA. Akhirnya, kata hatiku yang yakin setelah memohon petunjukNYA telah membuatkan aku menghasilkan satu keputusan yang agak drastik yakni membuang kesemua unit iklan daripada syarikat nufnang.


Pokok Keputusanku

Apakah yang telah mempengaruhi diriku untuk membuat semua ini. Ya, aku yakin, pasti ramai yang mahu mengetahuinya, kan?? Sekarang, mari aku kemukakannya.

*Setelah meneliti garis panduan Ustaz Zaharuddin, melihat pada garis panduan yang ke-3, yakni ;  

Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Aku highlightkan pada " gambar wanita tidak menutup aurat ". Kenapa?? Kerana pendapat aku, selama aku menggunakan nuffnang ini, aku akui, banyak sungguh iklan-iklan yang tak diingini datang memunculkan dirinya di blog aku seperti gambar wanita tidak menutup aurat.  Perkara ini sememangnya telah sedkit sebanyak merunsingkan aku.


Matlamat aku membuat blog ini, bukanlah mahu menjadikannya sumber dosa buat kalian semua tetapi jika boleh, biarlah menjadi sumber pahala aku dan anda semua setiap masa.


Cuba anda bayangkan, jika iklan-iklan yang tak diingini itu muncul di blog anda lebih kurang 10 kali sekali sehari. Secara tidak langsung dan tanpa anda sedari, anda telah berkongsi dosa bersama pengunjung blog anda. Itu baru sekali, kalau dua hari?? Seminggu?? Sebulan?? Setahun?? Dengan tidak sengaja, kita dah top up atau menambah dosa kepada diri kita sendiri. 


Bagi syarat-syarat yang lain, aku kira semuanya lulus. Tetapi bila sampai ke kenyataan ke-3 tu, memang terang-terang gagal!!

Perasaan

Perasann aku?? haha. Jujur lagi telus ni. Memang sangat berbaur. Sedih + gembira + puas =  ^_^

pinkycatemoticon


Syadid!!

Mungkin apa yang orang lain fikir, ialah mengenai aku terlalu keras dalam membuat keputusan atau dalam erti kata lain, syadid gila budak ni!! Aku tak kisah apa jua tohmahan orang terhadap aku, janji aku langsung tak mengganggu hidup mereka. Aku yakin dengan keputusan yang telah aku buat. aku yakin dengan petunjukNYA. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan aku ni. Tapi aku tak pernah memaksa anda setuju dengan pandangan aku dan apa yang aku lakukan ni.


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)



p/s : Di sini aku hanya membicarakan tentang nuffnang sahaja kerana aku hanya menggunakan nuffnang secara majoritinya di blog aku satu ketika dahulu. Jika ada sebarang kekhilafan, tegurlah dan aku akan akui kekhilafan itu kerana aku jua hanya insan biasa..

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


13 Nasihat & Komen:

  1. tibe2 rase nak buang nuffnang gak..:)

    ReplyDelete
  2. hmmm,.. gud info,.. kna fkr bnyk kli gak noh,.. nseb x ambk pon,... klu x jnoh pkir,... bgos2,.. gud job,...

    ReplyDelete
  3. laaa.... btullah...
    cuz iklan2 ni bukan kite yg atur kan...
    ntah2 dorg pernh iklan kan jename arak ke ape ke...
    kite x tau.... huhu

    ReplyDelete
  4. never thought of this before... sebab rasa cam mustahil ja dapat cashout..haha iqbal ada above 30 kan? kami punya xsampai 20 pun =p

    ReplyDelete
  5. fuhh..kena hati2 la lepas nie kalo nak pasang iklan..(^^,)

    ReplyDelete
  6. Firdani : tak apa, fikirlah masak-masak dulu. Saya tak pernah memaksa menerima pendapat saya.

    HuSnA : bagus la kalau tak guna nuffnang, tak payah la pikiaq byk2

    Shamsuddin Amin : kan..memang bukan yg kita aturkan, tu yg payah tu. Tanpa disedari dah kumpul dosa bertimbun dah...

    yui92 : never thought before. saya pernah la jugak pikiaq, tapi duk keja sangsi dan keliru ja. Tapi kali ni terus bertindak!!

    iLa suHaiLa : hmm, betul tu, memang kena sangat berhati-hati.

    ~Nabilah~ : u're welcome..

    ReplyDelete
  7. Bro pun tidak menggunakan Nuffnang sudah...

    kalauikutkan dari Segi BE, boelh jatuh hukum.. bila kita sendiri tidak tahu pengiraannya...

    sedangkan syarikat lain termasuk google meletakan, 1000 impression pun ada nilainya.. tidak seperti nuffnang...

    untuk innity.. mana iklan yang kita kurang berminat.. kita boleh reject dari menerimanya

    sekadar pandangan dari bro sahaja

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum
    thanks komen entri nice komen haha.
    oh psl nuffnang nie sy mmg x pnh nak guna lgsung
    sbb sy takut duit tu ada yg x baik gara-gara gmbr x tutup aurat tu lah
    better x guna la kan.
    insyaAllah dipermudahkan urusan kewangan anda dgn hasil yang lebih baik !

    ReplyDelete
  9. Salam..alhamdulillah..sy pon dh x mau lg trlibat ngn nuffnang ni..syukran atas info..

    ReplyDelete
  10. Alah apa nak sibuk dengan nuffnang ke innity ke,banyak lagi ruang untuk anda menjana pendapatan di internet,apa yang lebih penting sekarang terus tambahkan bilangan pelawat anda setiap hari,saya cadangkan agar anda menggunakan software Viral percuma ini,Saya telah menggunakannya,dan alhamdulilah berfungsi dengan baik didalam meningkatkan traffic.
    http://www.trafficdigger.com/user/sudutbonda.html

    ReplyDelete
  11. baguss..tahniah! sy dulu pernah cuba utk memasang iklan nuffnang di blog, tapi membatalkannya kerana ragu-ragu dgn kandungan iklann yg akn dipaparkan- perkongsian info yang sgt membantu..:)-

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter

 
Top