3/21/11

Ribena Ada Arak?




25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. ( sumber )

Oleh : PieLan

p/s : Aku tak tahu tahap kesahihan berita ni. Tapi walaubagaimana pun, kita masih boleh berhati-hati. Banyak lagi pilihan lain selain Ribena ni seperti Sunquick Blackcurrent atau sebagainya. Buatlah pilihan yang tepat supaya seluruh jasad kita sentiasa menerima perkara yang terbaik sahaja dan ibadah yang dihasilkan nanti pun bakal yang terbaik.


" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika baik, maka baikklah seluruh tubuh, dan jika ianya buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa itu adalah hati."
( H.R Bukhari dan Muslim )
klik sini untuk muat turun mendengar hadis ini dalam lagu
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Sungai Petani, Kedah. 



7 comments:

  1. Salam saudaraku,saya baru saja buat posting untuk promot blog kamu,semoga terus istiqamah dengan N3-N3 Islamik .

    ReplyDelete
  2. salam..munkin saheh..anak2pun selama ni suka suh beli ribena ni..ya allah..

    ReplyDelete
  3. ijoks2009 : alhamdulillah, syukran kasiro...insya-Allah, selagi saya diberi kekuatan, saya akn terus istiqamah..

    suri solehah : ermm, mungkin juga..apa pun, rasanya, solusi termudah ialah berhati-hati dgn cara memilih alternatif pilihan lain seperti Sunquick Blackcurrent atau sebagainya...

    ReplyDelete
  4. betul jugak...x tau betul ke x..tapi still kena berhati-hati..
    dia punya packing botol tu pun pelik je mcm nak menyerupai arak..

    tapi di terengganu, ada satu minuman ni, org gelar arak halal.
    botol mcm botol arak, tapi air tu halal.
    disebabkan org Islam tak boleh minum arak, die pun cipta benda2 mcm tu...
    mcm2..

    ReplyDelete
  5. tqaroslan : owh, ye ke, macam-macam cubaan manusia utk cuba menghalalkan sesuatu hanya kerana kadar keinginan yg tinggi utk meratah isi dunia yang menjadi larangan..

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni pun aku ada dengar pasal ceta ni juga,ada org kata ciri2 minuman ada alkohol ialah apabila di minum kita akan sendawa di hidung bukan di mulut sbb alkohol itu bersifat ringan.



    http://orderbookonline.blogspot.com/2011/05/buku-bimbingan-rohani-2.html

    ReplyDelete
  7. syafie : oh ye, terima kasih kerana berkongsi :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter