3/7/11

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

 

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
     . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
     .  Fizik
     .  Kimia
     .  Biologi
     .  Matematik
     .  Pendidikan Khas
     .  Bahasa Cina

C. Program Kembar Bahasa Perancis :
     .  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

D. Program Kembar Bahasa Jerman :
     .  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.
 

Sekian, terima kasih. ( Sumber )



 CARA MEMOHON
 
 


Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011


Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional


Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan



Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja


Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011



Tarikh Penting !!

Permohonan Ditutup
>> 22 Mac 2011

Semakan Temuduga
>> 04 April 2011

Temuduga
 >> 11 April - 22 April 2011

   Semakan Tawaran
     >> 21 Mei 2011

     Pendaftaran
        >>20 Jun 2011
















UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT, SILA KE LAMAN INI..

 

Beriklan bersama Milo. Berani? Klik la gambar di atas..





Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

5 comments:

  1. salam,nak tanya,emm,ana bukak http://www.moe.gov.my/ ,maklumat tntang PISMP ni ana keliru nk cr kat mana.dan,agak2 dia mintak result spm tak?

    ReplyDelete
  2. Program ijazah sarjana muda perguruan.tak pa,ana dh tau dh cara2 nk cri maklumat kat web tu.terima kasih byk2.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter