2/21/11

Fokus Itu Penting




Ini gambar yang aku tangkap semasa bertugas sebagai Ketua Lajnah Multimedia Badar SBPIKP.


Alhamdulillah. Kini aku pulih dari sakitku. Aku mendengar ada ceramah sempena Maulidur Rasul di Surau ar-Rahman, surau yang kerap aku pergi. Tanpa membazirkan masa, aku 'meluncur' laju dengan Honda Wave kepunyaan ayahku, terus ke surau itu. Sebenarnya, ceramah itu bermula selepas isya'. Jadi, aku pun tunggu la sehingga tiba waktu isya'.


Mama atau ceramah??

Sebelum tiba waktu isya', kami disediakan jamuan makan. Ikan keli goreng + gulai ikan masin + sambal belacan + jering + petai = pergh, boleh tahan jugak la. Sedang aku memuatkan nasi dalam pinggan polisterin aku, tiba-tiba ayah membisik, 'mama ajak makan kat luar sat gi '. Aku faham bisikan itu, lantas mengurangkan nasi yang diambil. Jiwa aku bertanya, ' ceramah atau mama???'. Tak syak lagi, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Pasti, mamalah pilihanku!!

 Daripada Abdullah Bin Amru, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa"
( H. R Tirmizi )


Berada di bawah lembayung para malaikat.

Usai solat isya', aku terus pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, aku kaget. Terkesima dengan kata-kata mama. " Tak apa lah, dah lewat dah ni, cancel saja lah", kata mama. Aku tanpa berlengah masa, terus mencapai kunci motor. Terus dihalakan ke arah surau. Nasib baik ceramah itu baru nak mula. Jiwa kecil aku berbisik, 'akhirnya aku berada di majlis ilmu ini dan bernaung di bawah lembayung para malaikat'.



Rasulullah memasuki masjid lalu mendapati ada dua kumpulan sahabat, satu sedang berzikir dan berdoa, satu lagi sedang mengajar dan belajar. Baginda berkata kedua-duanya baik dan berkata "aku dibangkitkan sebagai guru" kemudian baginda memilih majlis ilmu. 
(Riwayat Ibn Majah-sohih)


Fokus Itu Penting!

Alhamdulillah. Ceramah kali ni nampak sangat rancak. Dikemudi oleh ustaz muda yang kacak bergaya. Umurnya dalam lingkungan 26-28 tahun. Petah berbicara. Lulusan daripada Syria. Tapi ada satu yang aku tidak suka dengan ceramah ini. Aku bukanlah alim sangat nak menegur ustaz ni. Tetapi tidak semestinya pendapat anak muda ini semuanya tidak boleh pakai atau mentah!

 Jika dilihat pada sejarah kembali, ramai ulama' hebat kita dahulu kala mula menyumbangkan diri mereka kepada Islam atau menjadi pemimpin Islam bermula dengan umur belasan tahun.

Contoh, Imam Hasan al-Banna mula mengemudi Ikhwan al-Muslimin pada umur 16 tahun. Perghh, baru form 4. Haa, hebat tak?

Justeru, aku ingin sangat utarakan masalah yang menimpa para penceramah hari ini. Ceramah yang aku dengar ni sebenarnya berkisar dengan Maulidur Rasul. Tetapi aku rasa, perkara yang disampaikan banyak yang tersasar. Maksud aku, banyak yang lari daripada tajuk. Aku anggarkan lebih kurang 28% sahaja ceramah tersebut berkisar dengan Nabi Muhammad S.A.W.  Yang selebihnya, kebanyakan pergi ke arah topik lain. Politik, buat lawak, perkenal diri dan lain-lain.

Tidak salah buat lawak bagi menghiburkan pengunjung ceramah, tidak salah juga berpolitik, dan tidak salah juga perkenalkan diri. Tetapi perlu diingat, anda sebenarnya memegang amanah. Amanah untuk mengingatkan kembali umat Islam hari ini tentang perjuangan Rasulullah S.A.W dalam memikul tanggungjawab sebagai daie terbesar.

Masyarakat mutakhir ini sering sahaja dibajai dan disirami dengan hedonisme setiap hari. Mana taknya, setiap hari hedonisme mereka di 'top-up' dengan TV, internet, radio dan lain-lain. Jadi, jika masa mereka datang untuk ke majlis ilmu itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya, maka objektif utama kita sebenarnya telah tersasar, untuk memperingatkan mereka tentang perjuangan Rasulullah S.A.W.

Jadi, aku berpandangan, cubalah para penceramah ni fokus pada tajuk perbincangan yang sebenar. Fokus, fokus itu penting! Paling kurang pun biarlah 50% peratus mengikut tajuk perbuncangan. Barulah hasilnya lebih mantop. Banyak sangat pengalaman aku berdepan penceramah-penceramah seperti ini. Antara alasan yang aku selalu dengar  :

" Malam ni kita nak ceramah pasal isra' dan mikraj. Tak payah la cerita panjang-panjang, semua orang dah tau dah kisah ni. Kita dengar kisah lain. Lepas tu buat lawak banyak-banyak. Bla,bla,bla..."

Aku dah bosan dengar alasan macam ni. Seolah-olah si penceramah ini seorang yang tidak bertanggungjawab. Tidak bertanggungjawab terhadap tajuk yang perlu disampaikan. Memanglah mereka sudah banyak kali mendengar cerita-cerita tentang Islam ni. Terutamanya sejarah Islam. Tetapi mereka seharusnya menghormati juga golongan-golongan belia ni, terutamanya kanak-kanak yang hadir. Kanak-kanak atau golongan belia yang tidak tahu apa-apa tetap akan tidak tahu apa-apa. Kerana sikap mereka itu.

Ok lah tu setakat tu. Ingat, bercakaplah benar walaupun ianya pahit. Kalau ada yang terasa tolong la berubah. Jika anda ingin menafikan pandangan anak muda ini pun tidak mengapa. Kerana pandangan seseorang sememangnya boleh diterima dan ditolak. Kalau dirasakan baik, terimalah.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter