2/18/10

Arghh!!! JERAWAT!!!


Jerawat!!???
Arghh..tidak...

dan ada jugak...

haaa..dah tumbuh jerawat , ni jerawat galak la ni.. (org tua melawak dgn org muda)

Haaa.. itulah serba sedikit respons  sebahagian masyarakat kita tentang jerawat ni...
Jerawat kira dianggap bala a.k.a penyakit besar la bagi remaja kerana kalau ada jerawat tak hensem la beb atau tak cantik la...

Btoiii dak??

Tetapi pada hari ini, cuba kita alihkan pemikiran kita terhadap jerawat nih daripada negatif kepada positif ( pakat-pakat kalih)

Macam ni caranya,,
Apabila di takdirkan keatas kita tumbuh jerawat, tak kira la jerawat batu ke, jerawat batu lesung ke, kita terus alihkan pemikiran kita dengan menganggap ia sebagai positif..

Positif macam mana???

Fikirkanlah, dengan sebutir jerawat yang tumbuh itu membuatkan kita ni kerdil disisi ALLAH S.W.T. kerana walaupun yang tumbuh itu hanyalah sebutir jerawat, tapi kita langsung tidak mampu dan tidak berdaya untuk menepis atau mengawal atau dalam bahasa rojaknya 'mengontrol' jerawat itu supaya tidak tumbuh lagi atau hilang dengan cepat.

Tak faham lagi??

Macam ni,,,
Adakah kita mampu memberi arahan kepada jerawat itu supaya jangan tumbuh lagi???

"  Hey jerawat, lepas ni, kau tak payah la bersusah payah bertungkus berlemoih nak bertapak kat atas muka aku yang suci lagi murni ni !!! Kau paham tak??? "

Jerawat tu garantee tak akan ikut cakap kita pnya, kerana apa??, kerana yang mengawal semua itu adalah ALLAH, bukan nya kita ..Jadi, kalau setakat jerawat sekecil tu pun kita tak mampu nak kawal, jangan la berlagak nak langgar perintah ALLAH, buka aurat, main sport toto (tikam nombor ekor la), berzina, dan macam2 lagi la...

Andai kata la, neraka boleh kita lihat kat tv setiap hari sebagai amaran kepada setiap insan atau di jadikan iklan, sudah pasti tv pun kita tak berani buka punya la dan buat baik je sentiasa, tapi di sebabkan semua itu adalah benda ghaib, ramai yang tak beriman  dengan benda2 ghaib ni seperti dosa, pahala, syurga dan neraka...tetapi ramai yang memilih jalan hitam..

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(SURAH AL-BAQARAH Ayat 2-3)

WALLAHU'ALAM


Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..

2/17/10

Pengembaraan ke SMKAS..

Alhamdulillah, pada petang isnin, tanpa dirancang PENULIS bersama-sama dgnsahabat penulis, Amsyar (amerg) pergi ke rumah Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMK Agama Sik iaitu Muhammad Ihsan Bin Abdul Rahman untuk menghadiri kenduri kahwin abangnya walaupun ketika kami sampai di rumahnya lebih kurang pukul 6.30 (lewat giler)..kawan-kawan lama penulis pun ramai yang berkumpul kat situ..apa lagi dah lama tak jumpak, bersembang la...




 

  

  

  
  

  

  






 

Semua gambar ni di tangkap pada malam itu selepas menunaikan solat maghrib.

Selepas solat isya', kami beramai-ramai terus ke SMKAS dengan menaiki 2 buah kereta. Setelah sampai di sana, kami sempat ke rumah Cikgu Hafizan iaitu ketua warden kat situ. Kami bersembang-sembang dan bertanyakan khabar setelah lama tidak berjumpa. Semua yang pernah belajar di SMKAS mesti knai punya dgn Cikgu Hafizan nie. Dia terkenal dengan rotan dan penampaq dia yang cukup padu dan padat punya lah. Teringat zaman duk kat sana, pernah juga la kena rotan dgn dia, biasa la penulis ni nakal sikit dulu tapi kalau bercakap tentang kesannya, perghhh...4 5 hari baru la nak hilang bekas hooo..Penulis sempat juga bergambar di kawasan asrama SMKAS..Perghh..SMKAS semakin cantik la sekarang jauh lebih cantik dari sekolah yang Penulis bersekolah sekarang..hihi..

  

 

.


  

  

  

  

 

 

Pada solat subuh keesokkan harinya pula, alhamdulillah Penulis sempat mengimami solat subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Abrar walaupun suara kurang sihat sedikit pada ketika itu. Dan selepas itu kami semua pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan Penulis, penulis menaiki bermacam-macam kenderaan seperti motosikal-->;bas-->kereta..tetapi yang best nya penulis menaiki motosikal itu dengan muatan 3 orang dan dalam jarak jauh pulak tu...gila bt0ii, nasib baik tak kantoi dgn Pak Cop (polis),,hihi

Sekitar pemandangan SMKAS pada sebelah pagi (tu pun sempat ambik gambaq brdekatan asrama je la)
 
 

  

  
rakan-rakan penulis
  

  
kawasan belakang asrama yang dahulunya merupakan ladang getah sudah digondolkan..
  

  

  
asrama muslimin
  

  

  

 
 Penulis (yang memakai baju hijau) bersama rakan-rakan
 

  

  

  

  
asrama muslimat
  

  

  

  





  
breakfast kat pekan Sik (nasi lemak+roti canai+air kosong berais=RM1.00)
  
tiba-tiba jumpak anak kucing yang sangat comel kat atas jalan..
  
balik....


WALLAHUA'LAM


Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..