12/28/10

Jambori Remaja Muslim Nasional 2 (JIRIM 2 )









Jika kamu menolong agama ALLAH ( Islam ), ALLAH akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. ( Surah Muhammad : 7 )

In the name of Allah most Gracious and Merciful. Alhamdulillah, semenjak hari jumaat hingga ahad kelmarin, aku sebenarnya telah menyertai satu program anjuran KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) iaitu Jambori Remaja Muslim Nasional 2 atau JIRIM 2. Aku bersama 3 lagi rakan-rakan kampung aku, menaiki sebuah Toyota Avanza di Plaza Tol Sungai  Petani 2 yang dikemudi oleh abang-abang daripada KRIM Kedah. Sebelum itu, aku akan terangkan apa itu KRIM dan ISMA.


KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri






Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!




Haaa, itulah KRIM dan ISMA bagi siapa yang belum mengenali. Jambori kali ini bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam dan seperti dijanjikan ia merupakan program bertemakan al-Quran. Kebanyakan aktiviti semuanya menggunakan al-Quran. Oleh sebab itu, para peserta diwajibkan membawa senaskhah al-Quran terjemahan. Antara aktiviti yang bagi aku seronok ialah War Games ( memang terasa cebisan jihad di alam peperangan ), kembara al-Quran ( memang meletihkan tetapi berbaloi ), malam mencari sinar ( buat persembahan ), dan banyak lagi.

Suasana hutan bandar dengan sungai yang bersih





Alhamdulillah, melalui kem ini, aku dapat mengenal banyak saudara seIslam seluruh Malaysia kerana penyertaan peserta kem ini adalah dari seluruh pelosok Malaysia ( 1 Malaysia ) kecuali Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. ( Surah al-Hujurat : 10 )


Sememangnya telah diaturkan semasa pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak supaya dapat menjalinkan ukhwah bersama saudara seagama yang langsung tidak pernah bersua. Hasil usaha fasilitator yang begitu komited melakukan kerja mereka, ukhwah dapat dibentuk dengan mudah dan pantas. Usai perasmian penutup, kami pulang kembali ke kampung halaman dengan harapan agar KRIM dapat istiqamah membentuk remaja akhir zaman ini. Biar apa jua pandangan orang lain terhadap KRIM atau ISMA ni, aku tetap menyokong segala usaha untuk membangunkan Islam.

Disini aku selitkan sedikit gambar yang aku petik dekat flickr KRIM :

Aku menjadi bapak (yang sedang terbaring ) ketika Malam Mencari Sinar




Kawan-kawan sekumpulan


Setelah meredah aktiviti air.






Wallahua'lam.


MUHAMMAD IQBAL

Baling, Kedah.

2 comments:

  1. salam... tahniah kerana dapat join JIRIM 2... semoga mendapat kebaikan... =)

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwwah

    Salam perantauan daripada seorang ikhwah ISMA Eropah

    moga thabat membina generasi harapan!

    n_n

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter