2/18/10

Arghh!!! JERAWAT!!!


Jerawat!!???
Arghh..tidak...

dan ada jugak...

haaa..dah tumbuh jerawat , ni jerawat galak la ni.. (org tua melawak dgn org muda)

Haaa.. itulah serba sedikit respons  sebahagian masyarakat kita tentang jerawat ni...
Jerawat kira dianggap bala a.k.a penyakit besar la bagi remaja kerana kalau ada jerawat tak hensem la beb atau tak cantik la...

Btoiii dak??

Tetapi pada hari ini, cuba kita alihkan pemikiran kita terhadap jerawat nih daripada negatif kepada positif ( pakat-pakat kalih)

Macam ni caranya,,
Apabila di takdirkan keatas kita tumbuh jerawat, tak kira la jerawat batu ke, jerawat batu lesung ke, kita terus alihkan pemikiran kita dengan menganggap ia sebagai positif..

Positif macam mana???

Fikirkanlah, dengan sebutir jerawat yang tumbuh itu membuatkan kita ni kerdil disisi ALLAH S.W.T. kerana walaupun yang tumbuh itu hanyalah sebutir jerawat, tapi kita langsung tidak mampu dan tidak berdaya untuk menepis atau mengawal atau dalam bahasa rojaknya 'mengontrol' jerawat itu supaya tidak tumbuh lagi atau hilang dengan cepat.

Tak faham lagi??

Macam ni,,,
Adakah kita mampu memberi arahan kepada jerawat itu supaya jangan tumbuh lagi???

"  Hey jerawat, lepas ni, kau tak payah la bersusah payah bertungkus berlemoih nak bertapak kat atas muka aku yang suci lagi murni ni !!! Kau paham tak??? "

Jerawat tu garantee tak akan ikut cakap kita pnya, kerana apa??, kerana yang mengawal semua itu adalah ALLAH, bukan nya kita ..Jadi, kalau setakat jerawat sekecil tu pun kita tak mampu nak kawal, jangan la berlagak nak langgar perintah ALLAH, buka aurat, main sport toto (tikam nombor ekor la), berzina, dan macam2 lagi la...

Andai kata la, neraka boleh kita lihat kat tv setiap hari sebagai amaran kepada setiap insan atau di jadikan iklan, sudah pasti tv pun kita tak berani buka punya la dan buat baik je sentiasa, tapi di sebabkan semua itu adalah benda ghaib, ramai yang tak beriman  dengan benda2 ghaib ni seperti dosa, pahala, syurga dan neraka...tetapi ramai yang memilih jalan hitam..

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(SURAH AL-BAQARAH Ayat 2-3)

WALLAHU'ALAM


Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..

3 comments:

  1. Salam :)
    hurm.
    betol tuh :)
    Itu baru jerawat. Belum lagi Allah duga dengan penyakit yang merbahaya..
    Tahun lepas Fana kene denggi, Alhamdulillah, berkat doa family..seminggu lebih dah boleh balik..

    ReplyDelete
  2. hahahaha~ btol3! redha je la~ apa2 yg trjadi 2 mmg dah dtentukan~

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter